Hadis 21 – Istiqamah dan Iman

الحــديث الحادي والعشرون

HADITH KEDUA PULUH SATU

 

عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ  

[رواه مسلم]

 

Terjemah hadith / ترجمة الحديث   :

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- : Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, aku berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang  tidak  aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah .    

(Riwayat Muslim)

 

Kosa kata / مفردات :

أسأل : (aku) bertanya

اِسْتَقِم  : istiqomah-lah, berpegang teguhlah.

  

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث :

  1. Makna Istiqomah :
    1. Perbetulkan aqidah – beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
    2. (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan – beriltizam. (Fusshilat : 30).
  2. Kelebihan Istiqomah :
    1. Diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
    2. Diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
    3. Dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
    4. Didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
  3. Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
    1. Perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’ (Hud : 112).
  4. Jenis istiqomah:
    1. Istiqomah Hati : sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
    2. Istiqomah Lidah:
      1. sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
      2. sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

 

Fiqh Dakwi dan Tarbawi:

  1. Orang yang beriman memiliki kemahuan yang sangat kuat untuk menjaga agamanya dan merawat keimanannya.
  2. Bertanya adalah tanda keperluan dan keinginan. Berani bertanya adalah tanda kesungguhan dan kemampuan menolak malu. Tidak menyoal adalah tanda kefahaman atau mungkin juga masih wujud barrier penghalang. Ia juga mungkin menunjukkan sifat malu masih kuat dan belum dibuang.
  3. Bertanya pada perkara yang patut menghasilkan banyak kefahaman dan membetulkan silap faham. Tidak bertanya meninggalkan pendengar dalam kebingungan dan kabur blur. Da’I dan murabbi perlu sensitif terhadap yang bertanya dan yang lansung tidak bertanya.
  4. Terlebih tanya pula juga akan mengganggu yang ditanya. Ia juga mungkin akan melahirkan suatu yang lebih berat. Larangan quran terhadap ini perlu di amali sungguh-sungguh (Al-Maidah 5:101, al-Mujadilah 58:13).
  5. Dorongan bertanya juga perlu ditelitii sebelum bertanya. Adakah ia datang dari hati ingin tahu untuk di amalkan atau datang dari hati yang tidak ingin untuk beramal. Al-Quran menceritakan hal Bani Israel dan lembu yang menghasilkan surah al-Baqarah. Soalan dan permintaan mereka menjadi tanda bukti kecerewetan dan kesongean mereka sendiri (al-Baqarah 2:67-71)
  6. Tidak semua muslim sama. Ada yang boleh memahami perkara yang berat dan detail tetapi terdapat sesetengah mereka inginkan mudah dan simple. Da’I dan murabbi perlu meraikan semua bentuk ini dan memberi jawaban mengikut keperluan mad’u dan mutarabbi tersebut.
  7. Kesimpulan islam ialah iman dengan penuh yakin dan sanggup mengiklankan kepada orang lain dan keduanya selepas itu beramal dengan sungguh-sungguh dengan apa yang diperintahkan. Tanpa salah salah satunya atau tanpa melaksanakan keduanya dengan penuh lengkap, maka ia dianggap belum memenuhi ciri-ciri mukmin muslim yang dimintai oleh badwi tersebut.

 

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran / موضوعات الحديث

  1. Bertanya untuk mendapatkan kebaikan : 2 : 149, 2 : 512, 2 : 217, 2 : 219, 2 : 219, 2 :220.
  2. Iman dan istiqomah : 41 : 30, 46 : 13, 72 : 16, 15 : 99

Leave a Comment