Hadis 20 – Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman

الحــديثالعشرون

HADITH KEDUA PULUH

 

عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ

   [رواه البخاري ]

 

Terjemah hadith /     ترجمة الحديث :

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah:  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat Bukhari)

 

Kosa kata / مفردات :

أدرك : diketahui, didapatkan

النبوة      : kenabian

لم      : huruf nafi, artinya: tidak

(تستح (تستحي  : (engkau) malu .

(فـ(ـاصنع : (maka) perbuatlah

(شِئْـ(ـت       : (yang engkau) sukai

 

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث :

1) Malu merupakan cabang kepada iman – akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).

  1. Malu merupakan landasan akhlak mulia dan selalu bermuara kepada kebaikan. Siapa yang banyak malunya lebih banyak kebaikannya, dan siapa yang sedikit rasa malunya semakin sedikit kebaikannya, maka jangan harap lagi (kebaikan) darinya sedikitpun.

2) Makna suruhan dalam hadis :

  1. Suruhan sebagai tahdid (kecaman) – dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
  2. Suruhan terhadap perkara yang harus – pilihan (buat/tak buat).
  3. Suruhan sebagai pilihan – sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).

3) Malu terbahagi dua :

  1. yang boleh diusahakan (dapat dibentuk) – mengenal Allah – merasai muraqabah Allah.
  2. yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).

4) Malu yang dicela – yang tidak menepati syarak :

  1. malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam keadaan jahil. “Dan Allah tidak malu dari kebenaran” (Al-Ahzab: 53).

1)      Diantara manfaat rasa malu adalah  ‘Iffah (menjaga diri dari perbuatan tercela) dan Wafa’ (menepati janji)

 

Fiqh Dakwi dan Tarbawi:

  1. Ajaran Nabi-nabi sejak dahulu adalah dari sumber yang satu ; ALLAH. Kadangkala perbezaan berlaku kerana perbezaan zaman dan perkembangan hidup manusia yang telah dikehendaki oleh Allah sejak azali untuk ianya berlaku. Perkembangan ini memerlukan Rasul, Nabi dan syariat yang agak berbeza dari sebelumnya. Namum deen dan agama yang dibawa mereka adalah tetap sama iaitu membawa manusia kembali tunduk kepada Allah yang esa.
  2. Oleh kerana deen dan ajaran mereka adalah sama, maka pokok ajaran juga adalah sama walaupun berlaku sedikit kelainan dalam amalan. Banyak persamaan pada prinsipnya kerana manusia tetap juga manusia. Yang berubah hanya bentuk kehidupan dan kemudahan. Malu adalah satu prinsip yang tetap wujud dan ada di dalam jiwa manusia walaupun pelbagai cara dibuat dan digunakan untuk menghilangkan sifat naluri ini.
  3. Antara kewajipan para murabbi adalah untuk membentuk rasa malu terhadap perilaku mutarabbinya agar sesuai dengan landasan Islam
  4. Malu ada baik dan buruknya. Malu biar bertempat. Tetapi tanpa kewujudan sifat malu, hilanglah segala alat untuk menahan seseorang dari melakukan sesuatu yang buruk. Ketika manusia telah hilang sebahagian dari akalnya samada secara mabuk atau penyakit, bermula proses hilang malunya dan dia akan mula melakukan sesuatu yang tidak normal atau memalukan.
  5. Malu yang berlebihan pula akan menghalang dari melakukan kebaikan atau menyerlahkan segala kelebihan atau akan menahan dari menegur kesalahan dan mungkar. Di sini malu tidak dibenarkan kerana ia bukan suatu yang diperlukan.
  6. Kadangkala Nabi saw menggunakan uslub perli atau reverse saikologi. Buatlah apa yang kamu suka bukan beerti boleh dibuat tetapi ia beerti mengherdik pembuatnya. Kadangkala uslub direct tidak disedari atau tidak kuat untuk menghalang pembuat keburukan. Mencari pelbagai uslub untuk difahami maksud yang ingin disampaikan adalah perlu dibuat dan digunakan.

 

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran / موضوعات الحديث

Menumbuhkan rasa malu sesuai tempatnya : 33 : 53

Leave a Comment