Hadis 19 – Pertolongan dan Perlidungan Allah

الحــديثالتاسععشر

HADITH KESEMBILAN BELAS

 

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً، فَقَالَ : يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ  يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ

رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح وفي رواية غير الترمذي: احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنَّ الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

 

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :          

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : Suatu saat aku berada dibelakang Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai budak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : Hadithnya hasan sahih). Dalam sebuah riwayat selain Turmuzi dikatakan : Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senang, niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran, pelepasan itu datang selepas kesukaran dan kesulitanitu akan ada bersamanya kemudahan).

 

Kosa kata / مفردات :

خلف           : dibelakang

(أُعَلِّمُـ(ك  : (aku) ajarkan (engkau)

اِحْفَظ           : Peliharalah /jagalah

(تجاهـ(ك     : dihadapan-(mu)

(اسْتَعَنْـ(تَ  : (engkau) minta pertolongan

(اجتمعـ(ت   : berkumpul.

(ينفعو(ك  : memberikan manfaat (kepadamu)

(يضرو(ك    : mendatangkan bahaya  (kepadamu)

(رُفِعَـ(ت     : diangkat

الأقلام         : bentuk jamak dari قلم

(جَفَّـ(ت      : kering

الصحف   : bentuk jamak dari صحيفة yaitu: catatan.

 

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث :

1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:

  1. melaksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan,menjaga batas-batas dan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah. Cth- solat(Al-Baqarah : 238) Maruah-(Al-Ahzab: 35). Janji dengan Maghfirah dan pahala yang besar.
  2. Allah akan menjaga kemaslahatan duniawi – kesihatan/anak/keluarga/harta.
  3. dipelihara din & iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.

 

2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:

  1. jaga hak Allah pada diri dan keluarganya – menepati Quran dan Sunnah.
  2. dalil bantuan/Allah bersama- Kisah nabi Musa dan Harun bersama Firaun(an-Nahl : 128), Nabi bersama Abu Bakar di Gua Thur (at-Taubah : 40),  (al-Mujadalah : 7 ).

 

3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:

  1. Memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat adalah wajib ke atas orang muslim. (Al-Fatihah : 5)
  2. Meminta hanya kepada Allah (dikira ibadah). Dicop oleh Allah orang yang tidak meminta darinya sebagai Takabbur(Ghafir : 60).
  3. Larangan meminta sedekah(Al-Baqarah : 272), Berhajatnya seorang hamba hanya layak ditujukan kepada Allah.
  4. Bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.

 

4) Beriman kepada Qadho’ dan Qadar :

  1. Nabi bersabda : “Sesungguhnya Allah telah menetapkan Taqdir semua makhluknya 50 ribu tahun sebelum diciptakan langit dan bumi”. HR Muslim
  2. “Makhluk yang pertama diciptakan Allah ialah Qalam kemudian dikatakan kepadanya : Tulislah..maka ia menulis sejak saat itu sehingga hari Qiamat”. Riwayat Imam Ahmad.
  3. Tidak akan ditimpa sesaorang hamba dari kebaikan atau keburukan kecuali apa yang telah di takdirkan ke atasnya. Dalilnya (At-Taubah : 51)
  4. (Ali Imran : 154).

 

5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .

  1. Caranya dengan melaksanakan kewajiban dan meninggalkan larangan ketika senang, aman, sihat, kaya dan kuat.
  2. Memperbanyakkan yang nawafil untuk dekatkan diri padaNya.
  3. Allah akan ingat kita ketika bersangatan susah, kesempitan dan sakit.
  4. Nabi Muhammad ketika di Gua Thur, Badar, Ahzab d.l.l
  5. Nabi Yunus ketika dalam perut ikan hut.

 

6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal : 66).

  1. Allah menjelaskan betapa fiah yang kecil bilangannya dapat mengalahkan fiah yang besar jumlahnya dengan izin Allah dan Allah bersama orang2 yang sabar.
  2. Sabar adalah sifat yang hebat, seorang muslim amat perlu kepada sabar untuk melaksanakan suruhan Allah.
    1. Bala yang menimpa seorang muslim.
    2. Mehnah di jalan Dakwah.
    3. Untuk meninggalkan syahawaat dan yang haram.
    4. Menjaga ketaatan kepada Allah.
  3. Semuanya berhajat kepada Sabar, kerananya perlukan mujahadah melawan kepayahan dan kebencian.

 

7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) :

  1. Akibat dari musibah dan mehnah yang berterusan ke atas orang muslim menyebabkan dunianya terasa sempit, murun dan sedih. Sekiranya dia muhasabah, sabar dan yakin apa yang menimpanya adalah ketentuan qadho’ dan qadar Allah serta tidak putus asa dengan Allah nescaya akan datang jalan keluar. ((al-Baqarah:214).
  2. Saat-saat keperitan memuncak :
    1. Anak Adam (Qabil dan Habil).
    2. Nabi Nuh dengan bah besar.
    3. Nabi Ibrahim semasa dibakar dan saat menyembelih anaknya Ismail.
    4. Musa ketika dikejar Firaun dan tenteranya.

 

8) Bersama kepayahan ada kesenangan (As-Syarh) .

  1. Kenapa Allah jadikan bersama kesenangan itu kepayahan?
  2. Agar hambanya bergantung harap padaNya. Ikatan akan bertambah erat bila keperitan makin kuat dan mendesak.
  3. Seorang hamba akan bertawajjuh kepada Tuhannya dengan lurus dan ikhlas, kerana itulah satu2nya jalan untuk menghilangkan kepayahan itu.

 

Fiqh Dakwi dan Tarbawi:

  1. Tarbiyah untuk mempersiapkan generasi dhu’at seharusnya bermula sedari kecil lagi (ghulam = sebelum remaja) di mana idea-idea ketauhidan dan bentuk-bentuk pemikiran besar sudah mula di tanam
  2. Kita perlu sentiasa mengambil peluang yang ada untuk mengajarkan kebaikan kepada manusia lain. Pengajaran tidak perlu menunggu masa selesa, duduk dan majlis. Pengajaran tidak langsung dan sempena kadangkala lebih efektif dan dalam kesannya kepada mad’u dan mutarabbi. Nabi saw menggunakan sesi semasa menunggang ini untuk mengajar dan membina satu pemikiran yang besar kepada Ibnu Abbas r.a.
  3. Merasai kehadiran Allah dalam semua keadaan adalah kemuncak dari iman yang mendalam. Kehadiran dan kebesaran Allah bila telah di perolehi akan menjadikan semua perkara di hadapan kita ini kecil dan tidak bermakna (kecualilah atas arahan dan suruhan Allah). Makhluk langsung hilang kekuasaannya di dalam hati yang telah dipenuhi oleh kuasa Allah.
  4. Perasaan kehadiran kuasa Allah ini tidak mungkin tercapai dengan angan-angan dan pengetahuan semata-mata. Ia perlukan amali dan praktikal. Menjaga hudud (batasan) Allah adalah antara tanda kita telah yakin dengan kekuasaan Allah. Takutnya kita untuk melaksanakan perintah Allah di hadapan makhluk adalah tanda kita belum merasai kebesaranNya.
  5. Makhluk tidak mempunyai apa-apa kuasa tanpa izin dari Allah. Allah yang menggerakkan mereka, maka bagaimana mereka mampu mengatasi kuasa Allah? Perasaan ini jika telah kuat tertanam dalam diri mukmin, maka ia akan mengubah individu ini menjadi satu insan baru yang meletup, memancar dan meledak untuk melaksanakan arahan Allah tanpa ragu dan takut kepada makhluk (kecuali demi menjaga kemaslahatan Islam).
  6. Muslim yang yakin kepada qada’ dan qadar akan memandang remeh segala gertakan dan usaha musuh Islam untuk menghalang mereka. Semua perkara telah terangkat, tidak akan berubah lagi, dakwat telah kering untuk diubah. Cuma dia hanya tidak mengetahui apa yang berlaku. Tetapi dia tahu apa yang dituntut darinya dari alam ghaib iaitu tuntutan syarak. Oleh  itu dai akan berterusan untuk beramal dan beramal mematuhi syarak tanpa gementar.

 

Tema-tema hadith dan rujukan tambahan dari Quran / موضوعات الحديث

Menyiapkan generasi beriman    : 4 : 9, 25 : 74, 46 :15

Allah tempat bergantung dan berlindung : 1 : 5, 112 : 2

Musibah dan keberuntungan hanya datang dari Allah : 64 : 11, 9 : 51, 7 : 188, 10 : 49.