Feed on
Posts
Comments

Dr Mushtafa Husni AS-Siba’i dilahirkan di kota Himsh, Syria. Beliau lahir dalam keluarga yang terpandang di Syria dan kemudiannya beliau menjadi imam dan khatib di Masjid Jami’ Himsh sepertimana juga ayah dan datuknya. Beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam penentangan penjajahan Perancis di Syria. Pada 1931, beliau telah menyebarkan penulisan anti Perancis yang menyebabkan beliau di tahan dan perkara ini berulang lagi setelah beliau dibebaskan.

Pada 1933, beliau telah ke Universiti al-Azhar dan di sana beliau menemui Asy-syahid Imam Hassan al-Banna. Kemudiaanya pada 1942, beliau pulang ke Syria utnuk menubuhkan Ikhwanul Muslimin bahagian Syria setelah bermesyuarat dengan dihadiri Ustadz Said Ramadhan. Pada 1945, beliau dilantik menjadi Munaqiz Am Ikhwanul Muslimin Syria.

Suatu ketika sedang beliau sakit, seorang teman telah melawat beliau dan menyatakan simpatinya, namun beliau menjawab,

“Saya sedang sakit dan tentu saja saya menderita. Engkau dapat lihat penderitaan pada wajahku, tanganku dan gerakanku. Lihatlah hikmah Allah pada diriku!Lihatlah hikmah Allah pada diriku!Allah mahakuasa melumpuhkan gerakanku. Memang sebahagian gerakanku lumpuh, namun lihatlah bahagian mana yg lumpuh? yang lumpuh hanya tangan kiriku, sedang tangan kananku masih dsisakan Allah dalam keadaan sihat. Ini nikmat yg agung yg disisakan Allah kepadaku. pakah saya mampu menulis seandainya yg lumpuh adalah tangan kananku?”
Beliau amat menjaga solatnya dan amat menekankan solat berjemaah di masjid. Di dalam keadaan beliau yang sakit, beliau tetap berusaha untuk menunaikan solat di masjid.
(Dari Mereka Yang Telah Pergi, Abdullah Al-Aqil)

Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:
“Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”
“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”
“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”
“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan. Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”
Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.” Continue Reading »

Qiamullail- Amalan harian?

Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud. Continue Reading »

Perniagaan yang tidak pernah rugi

Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam
Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut.
Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikat-syarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan
cuba menawarkan gaji
dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata, ‘Saya tidak akan
menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran
daripada Allah sahaja.’ Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang
perdagangan dan perniagaan.

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:

‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

Sikap Imam Hasan al-Hudhaibi

Saya sedang berkunjung ke Pejabat Pusat Ikhwanul Muslimin di akhir tahun 1953. Pada saat itu telah tersebar isu bahwa pemerintah akan membubarkan Jamaah Ikhwanul Muslimin, isu ini disiarkan oleh siaran Israel. Setelah saya datang dari kunjungan ke kota ar-Risyah, saya meminta izin untuk menghadap Ustadz Mursyid, kemudian duduk bersamanya. Sebagian ikhwah membicarakan tentang sikap Gamal Abdul Naser dan revolusi Ikhwan, mereka mengungkapkannya dengan kata-kata kasar dengan nada marah. Akan tetapi, Ustadz Mursyid Hasan al-Hudhaibi - semoga Allah merahmatinya- berkata kepada mereka dengan tenang, "Cara-cara kalian dan yang saya dengar dari kalian tentang Abdul Naser beserta kaki tangannya sama sekali bukan dari akhlak Islam, juga bukan yang kita pelajari dari dakwah Ikhwan. Saya mohon agar kalian komitmen dengan akhlak dakwah, terus terang saya gembira dengan sikap seperti ini, yaitu mengembalikan akhlak-akhlak dakwah."
Seorang tua renta mempunyai seorang putera pergi bertempur bersama ikhwan melawan Yahudi di Palestina. Lalu ia pergi menuju ke Pejabat Pusat Ikhwanul Muslimin di Kaherah untuk menemui Ustaz Mursyid Am Hassan al-Banna. Ia mohon agar Ustadz Hasan al-Banna memberi keringanan kepada  puteranya dari keikutsertaan pertempuran itu. Hassan al-Banna  menyambutnya dengan baik. Sebelum orang tua itu masuk ruangan pejabat, ia menanggalkan sandalnya di dekat pintu. Setelah Ustaz al-Banna berbincang-bincang dengannya, meredalah rasa takut dalam jiwanya. Setelah itu, beliau pun berdiri untuk mengantarkannya sampai ke pintu dan orang tua itu kelihatan kekok untuk mendapatkan sandalnya. Tampaknya penglihatannya lemah, cepat-cepat Imam al-Banna mengambilkan sandalnya dan memakaikannya. Orang tua itu sangat terkesan dengan sikap Ustadz al-Banna dan ia merasa menyesal. Sebahagian ikhwan menyaksikan kejadian itu, mereka merasa malu terhadap diri mereka sendiri, dan mereka mendapatkan pelajaran bagaimana seharusnya seorang dai bersikap terhadap orang tua.
Syekh Ismail Hamdi seorang pendidik di kota Iskandariyyah bercerita, ia dalam perjalanan bersama Ustadz Hasan al-Banna di Mesir Atas. Setelah perjalanan penjang di sebagian desa itu, pada suatu petang, tibalah waktu shalat Isya. Ustadz al-Banna berkata kepada Syekh Ismail Hamdi, "Saya letih sekali, kami ingin agar Anda menjadi imam shalat." Maka Syekh Ismail maju untuk mengimami shalat, akan tetapi ia shalat dengan surah-surah pendek. Ketika shalat berakhir, Hasan al-Banna berkata kepadanya "Mengapa Anda shalat dengan surah-surah pendek." Ia menjawab, "Kerana Anda mengatakan ”Saya letih sekali’, oleh sebab itu saya membaca surah-surah pendek untuk meringankan Anda." Ustadz al-Banna berkata, "Wahai saudaraku, junjungan kita Rasulullah berkata kepada Bilal, ‘Hai Bilal, istirahatkanlah kami dengan shalat.’ Beliau tidak berkata, ‘Hai Bilal istirahatkanlah kami dari shalat.’
Setelah perusahaan susu Siklam di Iskandariyyah go public sekitar tahun 1964, saya pergi menemui pengarah perusahaan itu untuk mengucapkan selamat jalan. Ia seorang pemuda, namanya Tuan Furtis, berkebangsaan Swiss. Saya pergi menemui dia di rumahnya yang dibuat khusus di samping perusahaan itu; villa yang arkitektur dan keindahannya sangat elok. Di sana saya disambut dengan baik. Setelah ia mengucapkan salam penghormatan kepadaku, kami terlibat perbincangan tentang go public perusahaannya yang selalu dinanti-nantikan oleh dia dan orang tuanya, serta perbincangan masa depan pekerjaan yang mereka fikirkan setelah kembali ke Swiss. Setelah berbincang-bincang, ia diam sejenak kemudian berkata kepadaku,

"Tuan Abbas, apakah Anda punya minat untuk membeli sebagian dari perkakas yang ada di rumah ini atau peninggalan-peninggalan milik keluarga kami? Tentu kami akan segera pulang dan kami tidak memerlukan lagi perkakas-perkakas ini, kerana akan kami dapati perkakas-perkakas yang lebih baik dari ini, dan kami tidak dapat membawa perkakas-perkakas ini karena kosnya yang mahal."

Akan tetapi, saya cepat-cepat menjawab, "Tuan Furtis, saya datang sekarang bukan untuk itu, tetapi untuk mengucapkan se­lamat jalan dan menyampaikan ucapan terima kasih atas pergaulan baik Anda bersama kami sepanjang tahun ketika kami bergaul dengan Anda. Saya dapati Anda sangat hormat dan sopan. Adapun apa yang Anda tawarkan tentang perkakas-perkakas itu, saya sama sekali tidak memerlukannya."
Maka kedua matanya berkaca-kaca dan hampir-hampir saja menangis, kemudian berkata kepadaku, "Sayang sekali, ketika semua pegawai dan karyawan di perusahaan ini mengetahui bahwa saya akan pergi dari Iskandariyyah ke Swiss, mereka hanya mempedulikan untuk membeli barang-barang yang dapat mereka beli dari semua yang kami punyai, tanpa sedikit pun menampakkan perasan yang kekeluargaan setelah kami hidup bersama mereka. Karnilah yang membangunkan perumahan tempat mereka berteduh, kami pula yang mengurusi kesihatan dan kehidupan sosial mereka, dan sebagainya. Walaupun begitu, mereka sama sekali tidak pernah mengungkapkan seperti yang Anda ucapkan dengan kata-kata yang baik." Kemudian ia mengucapkan selamat tinggal kepada saya, sedang air matanya bercucuran, ia sangat berterima kasih atas ungkapan perasaanku yang membuat ia sangat terkesan.

Kenangan dan Sikap Hassan al-Banna

Ikhwan-ikhwan di kota Abu Kabir Timur pergi menuju az-Zaqaqiq untuk menghadiri muktamar yang dihadiri Ustadz al-Banna . Di sana Hasan al-Banna berkenalan dengan semua ikhwan dan menghafal nama-nama mereka. Setelah lima tahun, beliau pergi ke Abu Kabur untuk suatu kunjungan. Di sana beliau melihat salah seorang ikhwan yang dahulu pernah berkenalan dengannya di az-Zaqaqiq, kemudian beliau menghampirinya dan memanggil dengan namaya, yaitu Akh Ahmad Syauhan, seorang tukang kayu yang bersahaja. Akh Ahmad Syauhan merasa terkejut dan ia membanggakan hal itu, karena di antara semua ikhwan, ia mempunyai tempat khusus di hati Hasan al-Banna. Adalah akhlak yang terpuji dari Hasan al-Banna bahwa beliau sangat memperhatikan setiap lapisan ikhwan, ia tidak membezakan antara seorang tokoh masyarakat dengan yang lainnya. Semuanya adalah Ikhwanul Muslimin dan Anda tidak mengetahui pada diri siapa kebaikan itu berada.

- Next »