Rasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.Read more... Add new comment



Sirah Nabawiyah


Nabi Muhammad 'Alaihi Wasallam ialah Nabi yang ter-akhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umatIslam (ijma'). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai ('Aqidah).Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud:
Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan Semenan-jung 'Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dari bumi ini dan bangsa 'Arab pula sebagai pembawa obor da'wah Islamiyyah.
Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kita bahagikan seperti berikut: 
