Random Komik

image 04_pemuda_itu_ghulam_mula_belajar_perihal_kehidupan_2-jpg

image 05_akhirnya_dia_menemui_kebenaran_yang_harganya_begitu_mahal_1-jpg

image 03_pemuda_itu_ghulam_mula_belajar_perihal_kehidupan_1-jpg

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

komik – Kisah Revolusi Syria

Revolusi Syria 2011

image Kisah Syria 01.jpg
Kisah Syria 01
image Kisah Syria 02.jpg
Kisah Syria 02
Kisah di atas diinspirasikan dari maklumat terkini berkenaan negara S (baca: Syiria). Ramai juga yang baru tahu semenjak kunjungan pembantu khas Dr Yusof Qardhawi datang ke Malaysia untuk explain perihal Syiria ini. (Apa Yang Sedang Berlaku Di Syria ?)
Rupa-rupanya kekejaman yang berlaku di sana sangaaat kejam! Namun, tiada maklumat dalam dan luar internet yang menceritakan keadaan sebenar mereka. Malah dicover up dengan berita sebaliknya!
Moga kita dapat ambil pengajaran dan juga kongsi-kongsikan dengan teman-teman yang lain!
Komik path: http://dakwah.info/galeri-komik/?file=Isu%20Ummah/Isu%20Syria/

Posted in Isu Ummah,Komik | Read More »

Hati yang tenteram

Posted in Kehidupan,Komik | Read More »

Valentine Day

Valentine Day

Pasti banyak yang terbaca berkenaan Hari Valentine… yang adakalanya diberi nama ‘Hari Kekasih’. Orang mengatakan itulah hari untuk berkasih sayang … benarkah?

Berkasih sayang sesama orang yang belum berkahwin itu Allah suka? Pastinya ia mengundang murka dariNya.

islam menggalakkan kasih sayang … dan ia dapat dirasai bagi mereka yang berkahwin! Pada masa itu, apa yang haram sebelum kahwin dihalalkan … malah dapat banyak pahala!

Posted in Baitul Muslim,Komik | Read More »

Tahun Baru

Tahun Baru 02

Alhamdulillah, kita melangkah masuk ke tahun baru Hijrah 1432 dan Masihi 2011. Ramai yang berazam untuk berubah sempena kemasukan ke tahun baru ini.

Ia adalah satu perkara yang baik… berazam untuk berubah menjadi baik atau lebih baik.

Akan tetapi, lebih baik lagi kita tak menunggu tahun baru untuk berazam berubah. Ia harus dilakukan segera, sebab kita tak tahu bila ajal kita menjelang tiba! Jadi, sentiasalah berazam untuk berubah kepada yang lebih baik setiap masa. (ingatkah kisah orang yang bunuh 100 orang, lalu dia insaf dan terus berazam untuk menjadi baik?)

Posted in Kehidupan,Komik | Read More »

Tentang marah

Tentang marah 01

Penulis & Pelukis: kamalsan

Kali ini saya ingin highlight berkenaan marah. Kita selalu akan bertemu situasi yang menjadikan kita ingin marah atau ter’jadi’ marah. Selalu juga kita ‘gagal’ dalam mengawal kemarahan di saat itu.

islam menawarkan solusi terhadap situasi itu. Antaranya:

Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Posted in Kehidupan,Komik | Read More »

Kenapa Bertudung ?

Kenapa bertudung

pelukis – kamalsan

Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.

Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak. (more…)

Posted in Kehidupan,Komik | Read More »

Solat dan Fesbok

Solat dan Fesbok 01

Solat dan Fesbok 02

Fesbok, nama sinonim yang sudah menjadi fenomena kepada ramai penduduk dunia, tidak kira siapa sahaja lapis masyarakat yang ada, pekerja, pelajar mahupun pimpinan sesebuah negara. Ia menjadi media perhubungan, pengiklanan dan perkongsian terhadap pelbagai perkara yang berligar di dalam dunia ini.

Sedikit sebanyak ia memberikan kesan kepada umat Islam hinggakan ada sesetengah ulama dan ustaz bangkit untuk menyedarkan kaum muslimin terhadap penggunaan fesbok yang tidak syarie seperti;

  1. di gunakan untuk menyebarkan fitnah
  2. di gunakan untuk mendedahkan gambar2 yg sensitif yg juga boleh mendedahkan maruah saudara seIslam
  3. pembuangan masa
  4. dll

komik karya eyna_chan ini adalah sedikit sebanyak menggambarkan suasana fesbok di kalangan adik2

Posted in Kehidupan,Komik | Read More »

Little Khalifah

Little Caliph

Oleh: eyna_chan

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?’Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” (QS. al-Baqarah: 30)

Posted in Adikku,Komik | Read More »

Siri Adikku – Siapa yang jadikan pokok ini besar?

Siapa yang menjadikan pokok ini besar ?

Ibu, Siapakah Tuhan Kita?
Jawapan Pertama: Dari mana asalnya kita
Jawapan Kedua: Kita tidak mampu memilih rupa bentuk kita
Jawapan Ketiga: Nabi Ibrahim mengajar kaumnya
mengenal Tuhan
Jawapan Keempat: Allah beritahu kita berkenaan dirinya (more…)

Posted in Adikku,Komik | Read More »

Doa Rabithah

Doa Rabithah

Posted in Komik,Poster | Read More »