Jenis-jenis Wahyu
Saturday, 10 May 2008 18:36
admin
Sebelum kita menghuraikan secara terperinci mengenai penghidupan sebagai seorang rasul dan nabi, kita berpendapat ada baiknya terlebih dahulu kita mengenali jenis-jenis wahyu yang merupakan sumber risalah dan bekalan dakwah, Ibnu al-Qayyim telah menyebut peringkat-peringkat wahyu:
|
Jibril Membawa Wahyu Di Kali Kedua
Saturday, 10 May 2008 18:35
admin
Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, itu adalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hati Baginda dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelah mana perasaan kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat.
Penangguhan Wahyu
Saturday, 10 May 2008 18:32
admin
Adapun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa hari, pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yang tepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan yang ianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun setengah, ini bukan pendapat yang sahih dari mana-mana sudut pun. Namun bukan di sini ruang untuk kita perlihatkan pendapat tersebut.
|
Jibril Menyampaikan Wahyu
Saturday, 10 May 2008 18:31
admin
Setelah genap usia Baginda empat puluh tahun, merupakan nukhtah kesempurnaan. Disebutkan bahawa pada usia inilah para rasul diutuskan, tanda-tanda kenabian mula bertapak dan muncul di dalam penghidupan. Mimpi-mimpi yang mendatangi Baginda, adalah dalam bentuk mega-mega subuh, mimpi ini berulang-ulang dalam tempoh enam bulan - tempoh kenabian Baginda adalah dua puluh tiga tahun, mimpi yang Baginda alami adalah sebahagian dari empat puluh enam ciri al-Nubuwiah (kenabian).
Di Gua Hira
Saturday, 10 May 2008 18:28
admin
Di Gua Hira Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila', untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta).
|
|
|
|
|