You are here: Home Utama Kebangkitan Islam Islam Agama Yang Cepat Berkembang di Inggeris
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ini Sejarah Kita

menyingkap detik-detik sejarah kita sebagai muslim

Islam Agama Yang Cepat Berkembang di Inggeris

E-mail Print PDF
Penduduk Islam telah bertambah sebanyak 400,000 untuk mencecah angka 2 juta orang.

Menurut Guardian, anggaran Whitehall mengesahkan bahwa Islam sebagai agama kedua paling ramai penganutnya di Britain selepas Kristian, dan umat Islam kini membentuk 3.3 peratus daripada jumlah penduduk Inggeris.

Peningkatan seramai 400,000 dalam tempoh hanya tujuh tahun menunjukkan bahwa komunitas Islam merupakan komunitas yang paling cepat berkembang di Inggeris.

Muslim berasal dari Pakistan mewakili 43 %, manakala Bangladesh dan India masing-masing 17% dan 9% dari perkembangan komunitas.

Dalam sebuah ucapan di Islamabad, Jacqui Smith, menteri Dalam Negeri Inggeris menekankan pentingnya perkembangan ini dan menyebut bahwa kerjasama antara umat Islam Inggeris dan lain-lain masyarakat adalah penting.

Dia juga mengatakan Inggeris menjadi tuan rumah kepada 10,000 jutawan muslim yang memberikan sumbangan GBP sebesar 31 billion.

Guardian juga melaporkan pernyataan Smith yang mengatakan bahwa kini terdapat 2 menteri dan lebih dari 200 pegawai majlis perbandaran muslim.

Menteri Dalam Negeri ini juga mengutuk sebagian media yang secara tidak benar mengaitkan Islam dengan terorisme dan meminta seluruh masyarakat Inggeris untuk membantu mengubah kesalahfahaman ini.

“Kami akan memastikan universiti kami menyediakan pendidikan yang bermutu tinggi tentang kepercayaan dan Islam serta menjadikan Inggeris sebagai pusat Pengajian Islam diluar negara Islam.” Kata Smith.

Seraya menekankan peran Program Pejabat Luar, Smith menjelaskan bahwa salah satu dari tanggung jawab kuncinya adalah untuk menangani kesalahfahaman negatif terhadap umat Islam Inggeris.

Newer news items:

 

Add comment


Security code
Refresh

Ini Sejarah Kita

Infaq

Bahan Tarbiyyah

Rajah ISK

Adakah Kau Lupa

Dengan Kerjasama