Rukun Ke-6 – Ta’at

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Keenam– Ta’at

 

                Al-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:

                “TAAT YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH: MEMATUHI PERINTAH DAN MELAKSANKANNYA DENGAN SEGERA, BAIK DI WAKTU SENANG DAN SUSAH, DALAM PERKARA YANG DISUKAI DAN DIBENCI. INI ADALAH KERANA PERINGKAT DAKWAH ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA PERINGKAT:

                1- PERINGKAT TA’RIF: DENGAN MENYEBARKAN FIKRAH UMUM DI KALANGAN ORANG RAMAI. SISTEM DALAM PERINGKAT DAKWAH INI MERUPAKAN SISTEM PERSATUAN YANG BERSIFAT PENTADBIRAN. TUGASNYA IALAH MELAKUKAN AMAL KEBAJIKAN UMUM. WASILAH YANG DIGUNAKAN DALAM PERINGKAT INI IALAH MEMBERIKAN KESEDARAN DAN BIMBINGAN, JUGA DENGAN MEWUJUDKAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG BERFAEDAH DAN WASILAH-WASILAH LAIN YANG PRAKTIKAL…..

                2- PERINGKAT TAKWIN: DENGAN MEMILIH ANASIR-ANASIR YANG LAYAK UNTUK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB JIHAD DAN MENGGABUNGKAN ANASIR-ANASIR TERSEBUT…..

                3- PERINGKAT TANFIZ: DAKWAH DALAM PERINGKAT INI ADALAH JIHAD YANG TIDAK MENGENAL TAWAR-MENAWAR, AMAL YANG BERTERUSAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT, CUBAAN DAN BALA YANG TIDAK MAMPU DIHADAPI OLEH MEREKA MELAINKAN DENGAN KETAATAN YANG SEMPURNA”.                

 

KETERANGAN

                Al-Imam asy-syahid berkata: “Taat yang saya maksudkan ialah: Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera, baik di waktu senang dan susah, dalam perkara yang disukai dan dibenci.

              Ini adalah kerana peringkat dakwah itu terbahagi kepada tiga peringkat.

                Peringkat ta’rif: Dengan menyebarkan fikrah umum di kalangan orang ramai. Sistem dalam peringkat dakwah ini merupakan sisitem persatuan yang bersifat pentadbiran. Tugasnya ialah melakukan amal kebajikan umum. Wasilah yang digunakan dalam peringkat ini ialah memberikan kesedaran dan bimbingan, juga dengan mewujudkan institusi-institusi yang berfaedah dan wasilah-wasilah lain yang praktikal.

                Semua cawangan Ikhwan yang wujud sekarang memainkan peranan dakwah dalam peringkat ini. Sistem yang mengaturnya ialah “Kanun Asasi” yang dihuraikan dalam risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam peringkat ini adalah dakwah umum.               

                Semua orang boleh berhubung dengan jamaah sekiranya beliau mempunyai keinginan untuk turut serta melakukan kegiatan-kegiatan jamaah dan berjanji akan memelihara prinsip-prinsip jamaah. Ketaatan yang sepenuhnya tidak diwajibkan dalam peringkat ini seperti mana diwajibkan menghormati nizam dan prinsip umum jamaah.

                Peringkat takwin: Dengan memilih anasir-anasir yang layak untuk memikul tanggungjawab jihad dan menggabungkan anasir-anasir tersebut.

                Sistem dakwah dalam peringkat ini ialah sistem sufi tulin dari sudut rohaniah dan ketenteraan tulin dari sudut amaliah. Slogan dalam kedua-dua sudut ini ialah (perintah dan taat) tanpa teragak-agak, tanpa soaljawab, syak dan tanpa keluh kesah. Katibah-katibah Ikhwan sekarang memainkan peranan dakwah di peringkat ini. Sistem yang mengaturkannya ialah Risalah Manhaj dulunya dan Risalah Ta’alim untuk sekarang.

                Dakwah dalam peringkat ini adalah khusus, hanya mereka yang membuat persediaan yang bersungguh-sungguh untuk memikul tanggungjawab jihad yang berterusan dan beban yang banyak, hanya mereka inilah sahaja yang layak berhubung dengan jamaah. Petanda-petanda awal bagi kesediaan ini ialah ketaatan yang sempurna.

                Peringkat tanfiz: Dakwah dalam peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal tawar-menawar, amal yang berterusan untuk mencapai matlamat, cubaan dan bala yang tidak mampu dihadapi oleh mereka melainkan dengan ketaatan yang sempurna. Untuk tujuan inilah saf pertama Ikhwan Muslimin telah memberikan bai’ah pada 5 Rabii’ul Awwal 1359.

                Dan saudara sendiri, dengan kemasukan saudara dalam katibah ini, menerima risalah ini (Risalah Ta’aalim), juga dengan bai’ah yang saudara berikan bererti saudara telah berada di dalam peringkat kedua dan telah hampir kepada peringkat ketiga. Oleh itu saudara mestilah membuat penilaian terhadap tanggungjawab yang saudara pegang dan sediakanlah diri saudara untuk menunaikannya.                

              Maka kita katakan bahawa “penerimaan” dan “ketaatan” merupakan dua perkara yang berpadu. Kedua-duanya pada hakikatnya sebagai tulang belakang bagi manusia pada setiap umat, penentangan terhadap musuh atau kejayaan ketenteraan tidak akan berlaku melainkan apabila “dengar” dan “taat” berakar umbi pada setiap individu umat ini dan umat yang menentang musuh. Umat yang bersepadu dengan kuat dan teguh ialah umat yang mempunyai prinsip serta individu yang menerima dan patuh. Sesungguhnya sesiapa yang membina Armada, membuat kapal terbang dan berusaha mencipta berbagai bentuk senjata, melaksanakan perancangan ummah tetapi tidak mempunyai wakil dalam pendapat, dan dalam mengikut pendapat ahli-ahli perundingan, dia telah membina istana di atas himpunan pasir yang boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja, seterusnya meruntuhkan bangunan yang dibina. Gambarkan bersamaku, setiap bidang kehidupan dan sebaliknya serta setiap sektor di dalam mana-mana negara, andaikan di sana terdapat buah fikiran yang matang, langkah-langkah yang dicipta, perancangan yang dikaji, contoh i’lmi dan amali, kemudian usaha-usaha ini telah diambil oleh telinga-telingga yang tidak mendengar, kewibawaan yang mundur serta hati-hati yang keadaan semulajadinya engkar menyebabkan diri tidak dapat merasai kemanisan selepas melaksanakan kerja-kerja yang mulia tadi. Diri yang teruk dan bersifat putus asa telah menyebabkan matinya usaha-usaha yang agong serta terkuburnya kerja-kerja yang mulia tanpa pengiring-pengiringnya.

                Kerja-kerja yang besar tadi telah lumpuh, dimana kedaulatan negara dan keagongan anak watannya bergantung kepada pelaksanaannya, kadang-kadang ditimpa kemusnahan di peringkat awal lagi sebelum mendapat hasilnya. Kehilangan menimpa kehidupan awam di dalam segenap kehidupannya yang akan memberhentikan penghasilan sumber kehidupan serta mengalami keruntuhan yang teruk. Oleh sebab itu bolehlah kita katakan bahawa “dengar” dan “taat” merupakan dua perkara yang berpadu dan menjadi keperluan hidup samada dalam keadaan aman mahupun perang.

                Memang dimaklumi bahawa Islam merupakan syariat Allah yang maha mengetahui, maka tidak hairanlah ia meletakkan penerimaan dan kepatuhan pada tempat yang sememangnya sangat diperlukan.

              Dengarlah firman Allah Taala:

              Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada RasululLah dan kepada orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu“. (Surah An-Nisa’: 59)

        Dan lihatlah bagaimana Allah s.w.t. telah mengaitkan ketaatan dengan diriNya (zatNya). Pada masa yang sama dikaitkan dengan hakikat keimanan di dalam dua sudut iaitu beriman dengan Allah dan hari akhirat. Allah berfirman:

              Maksudnya: “Jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

                Keterangan Allah tidak berhenti setakat ini sahaja tetapi Dia meneruskannya serta menegaskan bahawa ini merupakan kebaikan yang sebenarnya. Sesungguhnya orang perseorangan atau jamaah yang mengabaikan perkara ini barang hari tidak akan dapat memetik kebaikan.

              Peperangan Uhud tidaklah begitu jauh daripada kita, dan bagaimana RasululLah s.a.w. mengarah pasukan pemanah agar tidak meninggalkan tempat mereka sekalipun mereka disambar oleh burung, akan tetapi berita kemenangan umat Islam dan kekalahan musyrikin menyebabkan mereka menyangka bahawa peperangan telah berakhir, mereka pun turun dan meninggalkan tempat mereka, menyalahi apa yang diperintahkan oleh RasululLah. Di dalam pertempuran ini orang-orang Islam ditimpa beberapa musibah di samping mengorbankan seramai tujuh puluh orang sebagai syahid, yang demikian itu sebagai pengajaran dalam sejarah yang menguatkan kepada betapa perlunya ketaatan dan mengelakkan dari terjebak ke lembah keengkaran (maksiat).

              Inilah, dua juta daripada barisan tentera Itali di dalam pertempuran “Dua Bendera”, ketika berlakunya peperangan dunia kedua dengan persiapan yang mengatasi kelengkapan pihak musuh, akan tetapi setelah dikeluarkan kepada mereka arahan supaya mara dan maju lalu mereka meniarap ke bumi dengan rasa kecut dan ketakutan. Mereka tidak menyahut arahan tersebut. Bilangan mereka yang banyak dan kelengkapan yang moden tidak sedikit pun menguntungkan. Mereka berada dalam keadaan berpecah dan tidak mentaati perintah, kamudiannya kesemuannya menyerah kepada pasukan lawan. Kita dapat melihat betapa bahayanya tindakan ini sehingga menyebabkan kehancuran dan kemusnahan secara menyeluruh kepada Itali.

                Apabila kita mengetahui semua itu, tahulah kita betapa besarnya pengajaran ini di dalam Al-Quran, dan bagaimana seorang nabi yang mulia telah memberi latihan kepada tenteranya untuk membiasakan “ketaatan” supaya apabila berhadapan dengan musuh bersama tentera yang “dengar” dan “taat” kepada agama dan menjadi tabiatnya yang tulin.

              Dan bukannya mencintai kehidupan dan segala ragamnya. Sesungguhnya tentera yang meletakkan “mati” sebagai cita-cita dan maju dengan gagah ketika di medan, mereka tidak menginginkan sesuatu melainkan menyerah kehidupannya yang mulia.

                Firman Allah Taala:

              Maksudnya: “Kemudian apabila Talut keluar bersama tenteranya, berkatalah dia: sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka dia bukan dari pengikutku….”. (Surah Al-Baqarah: 249)

              Sebab itulah RasululLah s.a.w. bersabda:

              Maksudnya: “Setiap muslim mesti “dengar” dan “patuh” samada dalam perkara yang di sukai atau tidak, melainkan apabila disuruh di dalam perkara maksiat, maka pada ketika itu tidak ada lagi “dengar” dan “patuh“. An-Nawawi ‘Ala Muslim: 12/226

                Adapun keinginan dan kehendak seorang tentera (yang bercanggah dengan apa yang di perintahkan) atau apa yang dialaminya di dalam beberapa keadaan ketika menjalankan ketaatan, maka perkara ini tidak boleh menjadi penghalang untuk taat, bahkan kamu hendaklah “dengar” dan “patuh” samada senang atau susah, sukarela atau terpaksa.

                Memandang kepada diri pemimpin sahaja, tanpa melihat kepada apa yang dilaksanakan merupakan titik tolak kepada penyelewengan dalam “kepatuhan” dan “ketaatan”. Di dalam Islam “dengar” dan “taat” merupakan kawajipan, yang merialisasikan makna ini. Kewajipannya dalam apa keadaan pun bukanlah untuk pertelingkahan jahiliah atau sebahagiannya. Seorang tentera yang mematuhi dengan tujuan pertelingkahan ini hanya menjadikan dirinya barang dagangan di pasaran yang rugi. Kalau begitu tidak ada “kepatuhan” dengan tujuan pangkat atau pingat semata-mata atau dengan tujuan untuk mendapat faedah kebendaan padanya. Maka keadaannya tertolak dengan kemusnahan (kerugian).

              Benarlah sabda RasululLah s.a.w. bahawa “dengar” dan “patuh ” di dalam perkara yang baik dan apa yang disyariatkan oleh Allah, RasulNya dan Ulil Amri, dengan syarat mereka melaksana dan mengutamakan perintah Allah serta larangan-laranganNya. Begitu juga perjalanan (pentadbiran) mereka terhadap rakyatnya, selari dengan siasah ini. Semua yang tersebut adalah ma’ruf yang wajib dipatuhi padanya dan pemimpinnya.

Inilah syarat-syarat kelayakannya:

1) Iman yang kuat

2) Bertaqwa kepada Allah

3) Pengetahuan dan kekuatan

4) Amanah dan ikhlas

5) Tidak kasar dan keras hati

Dan ini pula garis panduannya:

1) Melaksanakan syariat sebagaimana yang diperintahkan.

2) Da’wah yang berterusan kepada Allah sehingga tidak tinggal lagi di muka bumi seorang pun yang tidak mendengar kalimah Allah.

3) Pentabiran ke atas rakyatnya selaras dengan apa yang terkandung dengan amanah ini.

                Pemimpin tadi mesti bersifat dengan sifat-sifatnya demi tercapai matlamat yang berkait dengan kerja dan tugas keseluruhannya, maka tentulah pemimpin dalam Islam mestilah merupakan seorang mu’min yang kuat beriman, bertaqwa, berpengetahuan serta mampu melaksanakannya dengan amanah dan ikhlas. Dia juga tidak boleh bersifat keras hati, akan tetapi hendaklah bersifat lembut (penyabar), lemah lembut serta mengetahui hak-hak rakyat di sekelilingnya dan hak Allah ke atasnya. Begitu juga dia hendaklah menggangap bahawa tidak ada beza di antara kecil atau besar, kaya atau miskin, berkulit hitam atau putih dan cantik atau hodoh. Kita melihat berapa ramai orang yang hodoh dan orang yang tidak dikenali lebih baik dari segala isi bumi serta lebih baik daripada orang yang membawa gelaran, mempunyai kecantikan dan pangkat. Malangnya manusia sering kali melupai semua perkara tersebut. Sesungguhnya orang yang melihat pemimpinnya dari sudut ini, iaitu sudut yang yang hanya dilihat oleh golongan biasa yang telah rosak tabiat dalaman mereka, bergoncang jiwa-jiwa mereka dan nilai-nilai di sekitar mereka, dia mengsia-siakan banyak waktu yang berharga dari jamaahnya dan memusnahkan usaha dan tenaga anak buahnya.

                Dan sesungguhnya, seagong-agong contoh di dalam sejarah Islam yang kita berikan di sudut kepatuhan ialah:

Apa yang dilakukan oleh Khalid ketika mendapat surat perintah daripada Amir Mu’minin, (demi kepentingan yang ditentukan), supaya dia menyerahkan pimpinan tentera kepada Abu Ubaidah Al Jarrah, sedangkan panji-panji dipegang oleh Khalid dan tentera muslimin sedang menghadapai pertempuran yang dahsyat yang sememangnya diketahui di dalam sejarah. Tentera Islam ketika itu tidak lebih 40,000 orang, berhadapan dengan tentera berkuda dan pemanah Rome yang bilangannya tidak kurang daripada 200,000 orang. Dia tidak menghentikan peperangan sekalipun berita yang datang itu adalah suatu perkara yang amat besar ke atas dirinya, malah dia meneruskan peperangan sehinggalah selesai berhadapan dengan musuh-musuh Allah dengan kemenangan kepada tentera-tentara Allah, seterusnya dia tidak pergi ke khemahnya sehingga dia memanggil Abu Ubaidah tampil kehadapan dan menyerahkan panji-panji dan menyerahkan kuasa ketua kepadanya. Kamudian dibaca perintah khalifah. Khalid kamudiannya berkata kepadanya: “Aku hanyalah seorang tentera kamu yang “mendengar” dan “taat” wahai Abu Ubaidah”. Peristiwa ini telah menjadi contoh yang agong di dalam sejarah:

سل قاهر الفرس والرمان هل شفعت

له الفتوح وهل أغنى تواليها

غزى فأبلى وخيل الله قد عقدت

بالنصر والبشرى نواصيها

لم يجز بلدة إلا سمعت ها

الله أكبر تدوى فى نواحيها

وخالد سبيل الله موقدها

وخالد في سبيل الله صاليها

أتاه أمر أبي حفص فقبله

وعزة النفس لم تجرح حواشيها

Maksudnya: Tanyalah panglima yang menundukkan Farsi dan Rom, adakah pembukaan negeri memadai untuknya, dan adakah mencukupi pembukaan berikutnya.

Dia berperang dan diuji, sedangkan kuda-kuda Allah diikat ubun-ubunnya dengan kemenangan dan berita gembira

Dia tidak melewati sebuah negeri pun, melainkan didengar padanya laungan ‘Allahu Akbar’ berkumandang di segenap pelusuknya .

Dan khalid di Jalan Allah penyemaraknya

Dan Khalid di jalan Allah pembakarnya (pemberi semangat)

Telah datang kepadanya perintah ‘Umar lalu diterimanya

kemuliaan diri tidak menjejaskan (melukakan) sudut hatinya.

                Jamaah yang memikul tanggungjawab yang besar tidak mampu mencapainya selagi mana tiada ketaatan kepada pemimpinnya dari orang-orang yang mendokongnya, bukan dalam perkara yang maksiat.

                Kadang-kadang seseorang merasakan bahawa perkara yang dituntut daripadanya supaya dilaksanakan tidak mempunyai alasan dan asas. Namun tidak seharusnya itu menjadi sebab untuk tidak

melaksanakan perintah dan mentaatinya. Qiadah orang yang pertama-tama dipertanggungjawabkan, dia kebiasaannya merupakan orang yang lebih mengetahui situasi sekitar, dorongan dan alasan-alasan yang tidak terdapat pada individu-individu lain.

                Di bawah naungan syura, setiap individu diminta melahirkan pandangan-pandangan mereka dan apabila jamaah telah memutuskan pendapatnya maka berkewajipan kepada semua untuk beriltizam dengannya demi menyatukan kesatuan jamaah dan arah yang dituju. Tidak seharusnya bagi seseorang yang berlainan pendapat atau pandangan memperkatakan pendapatnya selepas itu di dalam barisan jamaah sekalipun percubaan telah menunjukkan bahawa pendapatnya yang tidak diterima itu, lebih benar. Sesungguhnya bersatu jamaah di atas kebenaran lebih baik dari berpecah di sekitar pendapat yang lebih benar. Dalam bersatu di atas kebenaran membolehkan kita sampai kepada yang lebih benar. Manakala seandainya berlaku perpecahan tentunya tidak ada di sana kesatuan di atas kebenaran juga tidak di atas yang lebih benar. 

Leave a Comment