dakwah.info

Ikhlas Kunci Kebahagiaan Hakiki
Ikhlas adalah rahsia :“]”]

a.       Di sebalik kejayaan setiap amal manusia.

b.      Penyelamat hati manusia.

c.       Menuju kebahagian yang hakiki.

Ia adalah ilmu yang lain dari yang lain.

1.      Orang yang merasa telah mendapatkannya boleh jadi telah kehilangannya pada masa yang sama.

2.      Orang yang mendakwa menguasainya dengan mahir bererti dia tidak dapat menguasainya.

3.      Orang yang mengaku mampu mengajarkannya adalah orang masih perlu belajar lagi tentangnya.

Nilai sebuah amal atau perbuatan ditentukan oleh seberapa tulus niat kita. Perbuatan yang dimaksudkan tentunya adalah yang termasuk ketaatan atau perkara yang dibolehkan dan bukan perkara-perkara yang dilarang. Tidak ada istilah ikhlas untuk perbuatan-perbuatan yang tergolong dalam kategori kemaksiatan.

Ketulusan niat hendaklah diukur sebelum, semasa dan selepas kita melaksanakan suatu amal. Kita semestinya perlu ikhlas pada ketiga-tiga tahap tersebut dan tidak hanya pada salah satunya.

PERTAMA : IKHLAS SEBELUM MELAKSANAKAN

Ia bererti kita berniat untuk melakukan suatu perbuatan demi Allah semata-mata dan bukan untuk memperolehi pujian, penghargaan ataupun balasan dari orang. Begitu juga ia bukan pula demi harta, jawatan ataupun kemasyhuran di khalayak ramai.

Ikhlas sebelum melaksanakan juga bererti berkehendak melakukan suatu perbuatan bukan kerana dorongan emosi negatif (seperti kemarahan) dari dalam diri atau kerana ingin memberi reaksi terhadap sesuatu situasi (seperti kerana di maki hamun).

KEDUA :  IKHLAS SEMASA MELAKSANAKAN

Ia bererti kita membaguskan perbuatan kita hanya kerana rasa ingatan kita kepada Allah bukan kerana ingatan kita kepada manusia kerana kita sentiasa merasa diawasi oleh Allah bukan kerana merasa sedang diamati oleh manusia.

Selain itu, ia juga bererti tidak melaksanakan sesuatu dengan sikap bermalasan-malasan dan tidak mudah menyerah kalah, panik atau putus asa ketika bertemu dengan kesulitan atau halangan.

Dalam masa yang sama, jiwa kita sentiasa stabil tanpa membayangkan bagaimana kita akan dinilai, dipuji atau dihormati ketika nanti menyempurnakan perbuatan tersebut ataupun sebaliknya iaitu merasa resah membayangkan anggapan orang-orang yang nantinya akan meremehkan diri kita.

KETIGA : IKHLAS SELEPAS MELAKSANAKAN

Ia bererti kita tetap mengingati Allah di saat kita disanjung ataupun dicela, tidak sombong ketika dipuji dan tidak kesal semasa dimaki.

Kita menisbahkan kemampuan melaksanakan sesuatu itu kepada Allah dan kita tidak mengharapkan kemampuan kita sendiri dan menyerahkan hasil perbuatan kita kepada Allah dan tidak memandang bahwa hasilnya mesti seperti harapan atau kemahuan kita.

Selain itu, ia juga memberi makna bahwa kita tidak mengharapkan balasan, pujian ataupun ucapan terima kasih di samping tidak mengungkit-ngungkit perbuatan yang telah lalu dan tidak mempamirkan atau menyombongkannya kepada orang lain dan tidak mmbanggakannya dalam hati serta tidak tersinggung walaupun tidak disebut-sebut oleh orang.

SYARAT PENERIMAAN AMAL

Amal yang kita lakukan akan diterima oleh Allah jika memenuhi dua syarat :

PERTAMA :

Amal itu mesti berdasarkan kepada keikhlasan dan niat yang suci hanya mengharap keridhaan Allah swt.

KEDUA :

Amal perbuatan yang kita lakukan itu mestilah sesuai dengan sunnah Nabi saw.

Syarat pertama menyangkut masalah batin. Niat ikhlas ertinya ketika melakukan amal perbuatan, batin kita mesti benar-benar bersih.

Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadits itu, maka diterima atau tidaknya oleh Allah swt suatu amal perbuatan yang kita lakukan sangat bergantung kepada niat kita.

Sedangkan syarat yang kedua, mesti sesuai dengan syariat Islam dan syarat ini menyangkut sudut zahiriah.

Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa yang mengerjakan suatu perbuatan yang tidak pernah kami perintahkan, maka perbuatan itu ditolak.” (HR Muslim)

Berkenaan dua syarat tersebut, Allah swt menerangkannya pada sejumlah ayat dalam Al Qur’an.

Di antaranya dua ayat berikut :

“Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh….” (QS Luqman : 22)

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan….” (QS An-Nisa : 125)

Yang dimaksudkan dengan “menyerahkan diri kepada Allah” dalam dua ayat di atas adalah : ‘Mengikhlaskan niat dan amal perbuatan hanya kerana Allah semata-mata.’

Sedangkan yang yang dimaksud dengan “mengerjakan kebaikan” dalam ayat tersebut ialah :

‘Mengerjakan kebaikan dengan serius dan sesuai dengan sunnah Rasulullah saw.’

Fudhail bin Iyadh pernah memberi komentar tentang ayat 2 surah Al-Mulk :

“Supaya Allah menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.”

Menurutnya, maksud “yang lebih baik amalnya” adalah amal yang berdasarkan keikhlasan dan sesuai dengan sunnah Nabi saw.

Seseorang bertanya kepadanya, “Apa yang dimaksudkan dengan amal yang ikhlas dan benar itu?”

Fudhail menjawab :

“Sesungguhnya amal yang berlandaskan keikhlasan tetapi tidak benar, tidak akan diterima oleh Allah swt. Sebaliknya, amal yang benar tetapi tidak berlandaskan keikhlasan juga tidak diterima oleh Allah swt. Amal perbuatan itu hanya boleh diterima oleh Allah jika berlandaskan keikhlasan dan dilaksanakan dengan benar.

Yang dimaksudkan dengan `ikhlas’ adalah amal perbuatan yang dikerjakan semata-mata kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan `benar’ adalah amal perbuatan itu sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw.”

Setelah itu Fudhail bin Iyadh membacakan surah Al-Kahfi ayat 110 :

“Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

Jadi, niat yang ikhlas semata-mata belum menjamin amal kita diterima oleh Allah swt., jika dilakukan tidak sesuai dengan apa yang digariskan oleh syariat.

Begitu juga dengan perbuatan mulia, tidak diterima jika dilakukan dengan tujuan tidak mencari keridhaan Allah swt.

LAPAN TANDA KEIKHLASAN

Ada lapan tanda-tanda keikhlasan yang boleh kita gunakan untuk menilai apakah perasaan ikhlas telah mengisi relung-relung hati kita.

PERTAMA: KEIKHLASAN HADIR APABILA KITA TAKUT AKAN KEMASYHURAN (MENJADI TERKENAL)

Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri berkata :

“Sedikit sekali kita melihat orang yang tidak menyukai kedudukan dan jawatan. Seseorang boleh menahan diri dari makanan, minuman dan harta, namun ia tidak sanggup menahan diri dari tarikan-tarikan kedudukan. Bahkan, ia tidak segan-segan merebutnya meskipun perlu mensabotaj kawan atau lawan.”

Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika para ulama salaf banyak menulis buku tentang larangan mencintai kemasyhuran, jawatan, dan riya’.

Fudhail bin Iyadh berkata :

“Jika kamu mampu untuk tidak dikenali oleh orang lain, maka laksanakanlah. Kamu tidak rugi sekiranya kamu tidak terkenal. Kamu juga tidak rugi sekiranya kamu tidak disanjung oleh orang lain. Demikian pula, janganlah gusar jika kamu menjadi orang yang tercela di mata manusia, namun menjadi manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah.”

Meskipun demikian, ucapan para ulama’ tersebut bukan untuk menyeru agar kita mengasingkan diri dari khalayak ramai (uzlah). Ucapan itu adalah peringatan agar dalam mengharungi kehidupan, kita tidak terjebak pada jerat hawa nafsu ingin mendapat pujian manusia.

Yang dilarang adalah :

a. Meminta nama kita dimasyhurkan atau dipopularkan.

b. Meminta jawatan.

c. Sikap rakus pada kedudukan.

Jika tanpa cita-cita dan tanpa meminta, diri kita menjadi terkenal, itu tidak mengapa meskipun itu boleh menjadi malapetaka bagi orang yang lemah dan tidak bersedia menghadapinya.

KEDUA : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA MENGAKUI BAHWA DIRI KITA MEMPUNYAI BANYAK KEKURANGAN

Orang yang ikhlas sentiasa merasa dirinya memiliki banyak kekurangan. Ia merasa belum sepenuhnya dalam melaksanakan segala kewajiban yang ditaklifkan oleh Allah swt.

Oleh kerana itu, ia tidak pernah merasa `ujub dengan setiap kebaikan yang dikerjakannya. Sebaliknya, ia merasa cemas jika apa-apa yang dilakukannya tidak diterima oleh Allah swt dan oleh sebab itulah ia kerap menangis.

Aisyah ra pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang maksud firman Allah :

“Dan orang-orang yang mengeluarkan rezeki yang dikurniakan kepada mereka, sedang hati mereka takut bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.”

Apakah mereka itu orang-orang yang mencuri, orang-orang yang berzina dan para peminum minuman keras, sedangkan mereka takut akan siksa dan murka Allah `Azza wa jalla?

Rasulullah saw menjawab :

“Bukan, wahai Puteri Abu Bakar. Mereka itu adalah orang-orang yang rajin solat, berpuasa dan sering bersedekah, sementara mereka khuatir amal mereka tidak diterima. Mereka bergegas dalam melaksanakan kebaikan dan mereka orang-orang yang berlumba.” (HR Ahmad)

KETIGA : KEIKHLASAN HADIR KETIKA KITA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENYEMBUNYIKAN AMAL KEBAJIKAN

Orang yang tulus adalah orang yang tidak ingin amal perbuatannya diketahui oleh orang lain.

a.       Ibarat pohon, mereka lebih senang menjadi akar yang tertutup oleh tanah tapi menyokong kehidupan keseluruhan pohon tersebut.

b.      Ibarat rumah, mereka adalah tapak asas yang dipenuhi tanah namun menyokong keseluruhan bangunan rumah tersebut.

Suatu hari Sayyidina Umar bin Al Khatthab pergi ke Masjid Nabawi. Ia mendapati Mu’az sedang menangis berhampiran makam Rasulullah saw.

Umar menegurnya :

“Mengapa kau menangis?”

Mu’az menjawab :

“Aku telah mendengar hadits dari Rasulullah saw bahwa baginda bersabda :

“Riya’ sekalipun hanya sedikit, ia termasuk syirik dan barang siapa memusuhi kekasih-kekasih Allah maka ia telah menyatakan perang terhadap Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, taqwa serta tidak dikenali. Sekalipun mereka tidak ada, mereka tidak hilang dan sekalipun mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati mereka bagaikan pelita yang menerangi petunjuk. Mereka keluar dari segala tempat yang gelap gulita.” (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)

KEEMPAT: KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA TIADA MASALAH DITEMPATKAN SEBAGAI PEMIMPIN ATAU PERAJURIT

Rasulullah saw melukiskan jenis orang seperti ini dengan bersabda :

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendali kudanya di jalan Allah sementara kepala dan tumitnya berdebu. Apabila ia bertugas menjaga benteng pertahanan, ia benar-benar menjaganya dan jika ia bertugas sebagai pemberi minuman, ia benar-benar melaksanakannya. “

Itulah yang berlaku kepada diri Khalid bin Al Walid ketika Khalifah Umar bin Al Khatthab memberhentikannya dari jawatan panglima perang. Khalid tidak marah, kecewa mahupun sakit hati kerana jawatannya diturunkan, bahkan ia tetap turut berperang di bawah komandan barunya iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah.

Ketika ramai orang menimbulkan provokasi dan menanyakan beliau tentang perkara itu, Khalid menjawab dengan tenangnya bahwa, “Aku berperang kerana Allah, bukan kerana Umar”. Subhanallah betapa tingginya tahap keikhlasan Khalid Al Walid.

KELIMA : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA MENGUTAMAKAN KERIDHAAN ALLAH DARIPADA KERIDHAAN MANUSIA

Tidak sedikit manusia yang hidup di bawah bayang-bayang orang lain. Bila orang itu menuntun pada keridhaan Allah, sungguh kita sangat beruntung namun tidak jarang juga ketika orang itu menggunakan kekuasaannya untuk memaksa kita bermaksiat kepada Allah swt.

Di sinilah keikhlasan kita diuji samada :

a. Memilih keridhaan Allah swt

atau

b. Memilih keridhaan manusia yang mendominasi diri kita?

Pilihan kita semestinya seperti pilihan Masyithah, tukang sikat anak Fir’aun. Ia lebih memilih keridhaan Allah daripada menyembah Fir’aun.

KEENAM : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA CINTA DAN MARAH KERANA ALLAH

Sesungguhnya kita dalam keadaan ikhlas ketika kita menyatakan cinta dan benci, memberi atau menolak, ridha dan marah kepada seseorang atau sesuatu kerana kecintaan kita kepada Allah dan keinginan membela agamaNya bukan untuk kepentingan peribadi kita.

Sebaliknya, Allah swt mencela orang yang berbuat bertentangan dengan sikap itu.

“Dan di antara mereka ada orang yang mencela tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah.” (QS At-Taubah : 58)

KETUJUH : KEIKHLASAN HADIR KETIKA KITA SABAR TERHADAP PANJANGNYA JALAN

Keikhlasan kita akan diuji oleh waktu. Sepanjang rentang waktu kehidupan kita adalah ujian.

Keteguhan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi meskipun kita tahu jalannya sangat jauh, sementara hasilnya belum pasti dan kesukaran sudah di depan mata, amat sangat diuji.

Hanya orang-orang yang mengharapkan keridhaan Allah yang mampu teguh menempuh jalan panjang ini seperti Nabi Nuh as yang giat berdakwah tanpa penat lelah selama 950 tahun.

Sepertimana Sayyidina Umar bin Al Khatthab yang berkata :

“Jika ada seribu mujahid berjuang di medan juang, aku seorang di antaranya. Jika ada seratus mujahid berjuang di medan juang, aku seorang di antaranya. Jika ada sepuluh mujahid berjuang di medan juang, aku seorang di antaranya. Jika ada satu mujahid berjuang di medan juang, itulah aku!”

KELAPAN : KEIKHLASAN WUJUD KETIKA KITA MERASA GEMBIRA JIKA KAWAN KITA MEMILIKI KELEBIHAN

Yang paling sukar adalah menerima orang lain yang memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh kita. Lebih-lebih lagi jika orang itu lebih muda dari kita. Itulah sifat hasad dengki yang menutup keikhlasan dari hadir di relung hati kita.

Hanya orang yang ada sifat ikhlas dalam dirinya yang mahu memberi kesempatan kepada orang yang mempunyai kemampuan yang memadai untuk mengambil bahagian dari tanggungjawab yang dipikulnya.

Tanpa merasa apa-apa beban, ia mempersilakan orang yang lebih baik dari dirinya untuk tampil menggantikan dirinya. Tidak ada rasa irihati dan tiada rasa dendam. Jika ia seorang pemimpin, maka ia tiada segan-segan membahagikan tugas kepada sesiapapun yang dianggapnya mempunyai kemampuan.

Kita mesti banyak belajar tentang keikhlasan dan sebaik baik contoh keikhlasan adalah meneladani Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Ada sebuah ungkapan yang menarik :

“Tentera hadapanmu adalah keikhlasan”.

Ungkapan ini sangat tepat kerana memang keikhlasan adalah pengawal hadapan kita untuk menghadapi segala rintangan di jalan Allah. Keikhlasan membuatkan kita tidak kenal penat lelah dan tidak kenal berhenti dalam beramal kerana tujuan kita hanya satu, iaitu Allah swt.

Cuba kita perhatikan kembali ‘catatan amal’ kita dan kita perbetulkan lintasan hati atau getaran hati yang dapat menggugurkan nilai amal kita.

Mungkin kita pernah berfikir tentang kejayaan kita, kemudian berucap :

“Itu kerana kehebatan saya, apa jadinya tanpa diri saya?”

Bukankah ungkapan sedemikian senada dengan Fira’un yang menjadikan dirinya sombong hingga berani mengikrarkan dirinya sebagai tuhan atau juga kisah Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah kerana merasa kehebatan dirinya dalam mengumpulkan harta kekayaannya.

“Kecewa!”, Ya, kita sering kecewa jika tujuan kita menyimpang kepada yang sifatnya duniawi, maka ketika tujuan itu tidak tercapai, kita akan mudah kecewa dan berbalik ke belakang.

Bila sesuatu amal dibangunkan lantaran mengharapkan apa-apa yang ada pada manusia berupa :

1. Penghormatan.

2. Penghargaan.

3. Pengakuan kewujudan diri.

4. Kemasyhuran.

5. Jawatan.

6. Pengikut.

7. Pujian.

Maka hakikatnya, kita telah berubah menjadi hamba manusia, bukan lagi hamba Allah swt. Sekali lagi, kita mesti banyak belajar dan berlatih untuk mewujudkan keikhlasan dalam amal kita.

Selayaknya kita bangunkan prestasi amal kita kerana Allah swt semata-mata kerana amal yang dibangunkan selain keranaNya hanya akan meninggalkan buih-buih amal yang membuatkan kita kecewa di kemudian hari, Wal Iyazubillah.

Inilah sifat ikhlas yang di awalnya kita buat tanpa mengharapkan balasan kemudiannya kita pertingkatkan ke tahap yang lebih mendalam iaitu ikhlas tanpa batas yakni ikhlas dalam segala hal dan dalam segala perbuatan.

Ia adalah suatu ikhlas yang menjadi kesan dari tauhid iaitu ikhlas sebagai pemurnian hati dari segala syirik samada :

a.       Dari syirik besar hingga syirik yang sekecil-kecilnya.

b.      Dari syirik yang nyata hingga syirik yang samar-samar.

Akhir sekali hakikat keikhlasan yang sebenar akan membawa kepada kefahaman bahwa orang yang ikhlas :

1.      Hanyalah bergantung kepada Allah.

2.      Tidak menjadikan amalannya sebagai sandaran kemajuan kerohaniannya.

3.      Hanyalah mendambakan wajah Allah.

4.      Tidak menjadikan syurga sebagai pemacu semangat beramalnya.

Ya Allah, tiupkanlah perasaan ikhlas dalam hati dan jiwa kami sehingga ianya tetap kekal bersarang di dalam setiap amal yang kami lakukan. Sesungguhnya kami hanya mengharapkan segala amal kami diterima olehMu. Jauhkanlah diri kami dari mengharapkan sesuatu dari makhlukMu kerana sesungguhnya setiap makhlukMu adalah lemah dan hanya bergantung kepada kekuatan dan kekuasaan dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/04/ikhlas-kunci-kebahagiaan-hakiki.html

Tilawah, Ta’lim dan Tazkiyah
Kupasan Fikrah Ustaz Salam

Oleh: Ummu A’liya

Maha Suci Allah telah menurunkan al-Qur’an sebagai mukjizat Nabi Muhammad saw. Di dalamnya kaya dengan ilmu dan pengajaran. Beruntunglah bagi sesiapa yang bertadabur al-Qur’an iaitu orang yang mengamati dan menghayati bait-bait ayat al-Qur’an, kemudian berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya. Kemudian membandingkan perkaitan dengan hidupnya. Ia melibatkan rifleksi hati yang mampu menguja anggota badan untuk beramal.

Al-Qur’an juga berjaya melahirkan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Shidiq, Saidina Ali Karamallahuwajhah, Saidatina Khadijah r.ha, Saidatina Aishah r.ha, Zaid bin Harithah, Bilal bin Rabbah dan yang lain yang diceritakan di dalam sejarah. Wahyu yang didatangkan melalui Rasulullah saw benar-benar dapat mengubah pemikiran mereka sehingga Saidina Umar r.a yang garang dan keras hati boleh menjadi seorang yang penyabar dan lembut hati kepada orang-orang Mukmin. Sanggup berjuang hingga ke titis darah terakhir semata-mata menegakkan Kalimah Toiyibbah.

Zaman selepas kewafatan Rasulullah saw juga berjaya mewujudkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Sallehuddin al-Ayubi, Muhammad al-Fateh dan ulama-ulama penyambung tugasan para Rasul. Al-Qur’an dan sunnah mampu mewujudkan individu Muslim yang Mukmin walaupun ketiadaan jasad Rasulullah saw itu sendiri.

Timbul persoalan di sini, bagaimana al-Qur’an dan sunnah mampu mengubah seseorang itu dari satu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik sehingga seakan-akan menyamai generasi sahabat atau lebih daripada itu. Rasulullah saw pernah bersabda;

“Akan ada diakhir zaman nanti orang-orang apabila beramal melebihi 50 kali ganda daripada kamu.” Sahabat bertanya; “Siapakah kamu itu?” Rasulullah saw menjawab; “kamu itu ialah kamu semua, sahabat-sahabatku.”

Maka tidak mustahil sesiapa sahaja dikalangan kita boleh mencapai tahap tersebut. Di dalam al-Qur’an ada menerangkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sehingga mampu mengubah peribadi individu Muslim. Kaedah tersebut ialah penggunaan konsep tilawah, ta’lim dan tazkiyah sebagaimana di dalam surah al-Baqarah:129,

رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيہِمۡ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (١٢٩

Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (129)

Tilawah( ۡ يَتۡلُو )

Tilawah ialah satu konsep satu hala di mana wujud suasana guru membacakan ilmunya dan didengari oleh anak murid atau pendengar yang mendengar dengan meneliti isi kandungannya dan cuba mengikutinya . Konsep ini selalu digunakan di sekolah-sekolah, tempat ceramah, khutbah Jumaat, siaran radio, dan kaedah-kaedah yang seumpama.

Contohnya, tilawah al-Qur’an. Bacaan diperdengarkan oleh pembaca dan didengari oleh penonton. Di sekolah pula guru menerangkan ilmunya dan didengari oleh pelajar di dalam kelas. Di dalam majlis ceramah, penceramah memberi kuliahnya dan didengari oleh mereka yang hadir. Ini bermakna ilmu dibacakan dan sepatutnya diikuti dengan baik tetapi pemahamannya bergantung kepada pendengar. Ada yang boleh memahaminya dengan baik, ada yang memahaminya separuh sahaja dan ada yang tidak memahaminya langsung. Oleh itu ia perlu pergi ke proses seterusnya sama ada ta’lim atau tazkiyah.

Ta’lim (َيُعَلِّمُهُمُ )

Ta’lim adalah suatu konsep memastikan berlakunya pemahaman terhadap apa yang diajar. Konsep ini memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara dua hala atau lebih. Pendekatan yang boleh diguna seperti perbincangan dalam kumpulan atau bengkel, tutorial, ujian atau peperiksaan, latihtubi dan banyak lagi teknik yang seumpama bergantung kepada kreativiti-kreativiti penyampai maklumat. Yang perlu dipastikan adalah pemahaman telah berlaku.

Fenomena disekolah sebagai contoh, markah ujian sejarah di dalam satu kelas yang mengandungi 30 orang pelajar adalah berbeza-beza walaupun mereka mendapat ilmu daripada seorang guru sejarah yang sama. Ini menunjukkan tahap pemahaman mereka yang berbeza dan mungkin juga usaha untuk memahamkan ilmu tersebut adalah berbeza-beza kesungguhannya.

Sebagai guru atau murrabi atau pendakwah sepatutnya mengikut saranan al-Qur’an bahawa setiap apa yang disampaikan perlu dipastikan ia betul-betul difahami oleh pelajar atau mad’u. Iaitu konsep mengajar sampai faham atau sampai pandai. Inilah konsep yang digunakan dalam Islam. Maka akan lahirlah para cendiakawan dan ilmuan.

Jika dirujuk kepada ayat di atas, Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah swt supaya diutuskan seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri (۬ مِّنۡہُمۡ ). Apa pengajarannya? Mengapa dari kalangan mereka sendiri?

Menurut sejarah, Nabi Ibrahim a.s adalah dari keturunan Iraq. Berkahwin dengan Sarah juga dari keturunan Iraq. Maka lahirlah Nabi Isyak a.s menjadi keturunan Iraq. Daripada Nabi Isyak a.s pula lahirlah Nabi Yaakob a.s dan seterusnya Nabi Yusuf a.s.

Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s dan sehinggalah Nabi Isa a.s adalah daripada keturunan Nabi Yaakob a.s. Mereka diutuskan kepada Bani Israil. Bila diteliti dengan baik, terdapat banyak cerita di dalam al-Qur’an berkenaan kisah Nabi Musa a.s. Ujian yang dihadapinya adalah sangat berat. Rasulullah saw pernah berdoa supaya Allah ‘azza wa jalla merahmati Nabi Musa a.s. Ada dua ujian besar yang dihadapi oleh Nabi Musa a.s. iaitu:

(1) Berhadapan dengan Fira’un. Pemimpin atau raja yang paling berkuasa, paling kejam dan paling jahat.

(2) Kaum Bani Israil yang sangat degil, sombong dan ego. Mereka payah beriman kepada ajaran Nabi Musa a.s. walaupun mereka telah melihat sendiri 9 mukjizat Nabi Musa a.s. sebagai bukti kenabian Nabi Musa a.s. Ketika Nabi Musa a.s meninggalkan mereka dalam tempoh yang tidak lama ke Bukit Tursina, mereka kemudian berpaling menyembah lembu yang diberi nama Samiri.

Ini memberi gambaran kepada kita bahawa bukanlah senang untuk menjadi seorang da’i. Banyak halangan dan dugaan yang akan dihadapi. Namun setiap usaha yang dibuat pasti mendapat ganjaran disisi Allah ‘azza wa jalla.

Manakala Nabi Ibrahim a.s juga berkahwin dengan Hajar dari keturunan Mesir. Hasil perkahwinan mereka lahirlah Nabi Ismail a.s. Nabi Ismail a.s pula berkahwin dengan wanita dari keturunan Arab yang menetap di Makkah sehingga melahirkan keturunan Arab. Nabi Muhammad saw adalah dari keturunan Nabi Ismail a.s yang berketurunan Arab. Selepas Nabi Ismail a.s, tiada lagi Nabi diutuskan sehinggalah kewujudan Nabi Muhammad saw di bumi Arab itu.

Ini bermakna, doa Nabi Ibrahim dikabulkan oleh Allah swt selepas 4 atau 5 ribu tahun kemudian. Itu doa seorang Nabi, jika kita bagaimana pula? Terpulanglah kepada Allah swt sama ada hendak memakbulkannya dengan segera atau lambat atau tidak dimakbulkan. Sebagai orang Mukmin perlulah beriman kepada qadha’ dan qadhar Allah swt. Meyakini bahawa setiap yang ditetapkan Allah swt keatas dirinya adalah yang terbaik. Allah ‘azza wa jalla mengahui tetapi kita tidak mengetahui ilmu-Nya. Malah perbuatan berdoa itu sendiri menunjukkan kerendahan dan pengharapan seorang hamba kepada Penguasanya. Perbuatan seperti ini adalah ibadah. Setiap ibadah pasti mendapat ganjaran pahala.

Kembali kepada persoalan mengapa Nabi Ibrahim a.s memohon supaya diutuskan seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri? Ini kerana apa yang hendak dibawa ialah pemahaman agama. Justeru itu adalah lebih berkesan dan mudah sekiranya ia dibawa oleh orang tempatan yang mengenali budaya dan bahasa setempat. Malah para da’i juga hendaklah memahami budaya tempatan dan duduk bersama mereka supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lunak dan menyelinap hingga ke kalbu.

Jika kita mengimbau kembali sejarah Islam di Acheh, seorang berbangsa Belanda bernama Dr.Snouck Hurgronje telah berjaya menembusi pengaruh Islam di Acheh. Sebelum ini, Acheh adalah satu-satunya daerah di Indonesia yang kebal dari penaklukan Belanda. Sehinggalah kehadiran Dr.Snouck Hurgronje dapat mempengaruhi dan mengubah pemikiran orang-orang Islam Acheh dan akhirnya Acheh berjaya dijatuhkan ketangan Belanda. Bagaimana Dr.Snouck Hurgronje melakukannya?

Dr. Snouck Hurgronje telah mengkaji budaya, peradaban, dan agama Islam sehingga sanggup masuk Islam dengan nama Abdul Ghaffar. Beliau juga pandai berbahasa Arab dan berkahwin dengan rakyat tempatan. Selama 16 tahun berada di sana, beliau berjaya mempengaruhi pemikiran orang Acheh dan akhirnya Belanda berjaya menakluki Acheh.(rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Christiaan_Snouck_Hurgronje)

Begitu juga pergerakan mubaligh Kristian di Sarawak. Mereka cuba mempelajari budaya dan bahasa tempatan seperti Iban, Kadayan dan yang lain. Akhirnya berjaya sehingga kini banyak gereja-gereja di Sarawak dan majoriti penduduk di Sarawak adalah penganut agama Kristian.

Jelas di sini, untuk mengaplikasi konsep mengajar sampai faham atau sampai pandai ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Justeru itu, orang-orang yang bukan berbangsa Arab, untuk memahami al-Qur’an yang berbahasa Arab perlu berkorban mempelajari Bahasa Arab semata-mata cuba memahami secara mendalam isi kandungan al-Qur’an. Membaca terjemahan al-Qur’an adalah berbeza kefahamannya berbanding memahami Bahasa Arab yang unik itu. Ini sangatlah penting untuk menjadi seorang yang fiqh ad-Din kerana segala-gala rahsia Islam berada di dalam al-Qur’an.

Tazkiyah ( َوَيُزَكِّيہِمۡ‌ۚ )

Rasulullah saw terpaksa berhadapan dengan masyarakat Arab yang rosak budaya sosialnya. Masyarakat yang sukakan hiburan semata-mata, masalah zina, tipu menipu dalam jual beli, yang kaya menindas yang miskin, penyembahan bahala dan lain-lain masalah aqidah dan sosial. Menangani masyarakat yang rosak selama 4 hingga 5 ribu tahun memang sangat mencabar. Namun, berpandukan wahyu(al-Qur’an), Rasulullah saw yang berbangsa Arab dan mengetahui budaya masyarakatnya berjaya mengharungi onak dan duri sehingga melahirkan generasi Sahabat yang menyambung perjuangannya. Bagaimanakah ia dilakukan?

Al-Qur’an sebagai mu’jizat diturunkan untuk membaiki aqidah dan cara hidup Muslim. Memperolehi ilmu secara tilawah dan memahami ilmu secara ta’lim adalah tidak mencukupi untuk mengubah peribadi seseorang Muslim. Orang yang berilmu tidak semestinya beramal. Orang yang beramal tanpa ilmu pula adalah rugi dan sia-sia. Guru di sekolah boleh melahirkan pelajar yang pandai tetapi belum tentu berakhlak mulia. Ini kerana ilmu yang diperolehi tidak sampai ke hati. Maka ilmu yang ada tidak dapat mengubah peribadi pelajar.

Hadith Rasulullah saw;

 أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْب – رواه البخاري ومسلم

Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik, maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa itu adalah hati “. - (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika dilihat para sahabat di zaman Rasulullah saw, hampir 99% daripada mereka adalah buta huruf. Mereka tidak dapat membaca. Sementara itu, ramai juga dari kalangan sahabat ini keluar berjihad menentang musuh Islam. Maka masa untuk tilawah dan ta’lim adalah terhad. Namun mereka tetap hebat dengan tazkiyah. Apa yang ditazkiyahkan?

Mereka telah mentazkiyahkan perkara:

1. Menyucikan dan membersihkan Aqidah dari syirik kepada mentauhidkan Allah swt. Asal tauhid ialah‘wahada’ yang bermaksud Esa. Nabi saw mengambil masa 13 tahun untuk mengukuhkan aqidah para sahabat.

2. Menyucikan, membersihkan, memperbaiki diri daripada akhlak yang tidak baik dan daripada amalan-amalan maksiat sebagaimana amalan jahiliyah.

3. Membersihkan dan menyucikan harta.

Tazkiyah Aqidah Dari Syirik

Bangsa Arab sebelum kedatangan Rasulullah saw telah membuat berhala daripada pelbagai bahan seperti kayu, batu, logam dan ada yang dibuat daripada buah kurma yang dibungkus. Mereka membuatnya sebagai patung penyembahan, ada yang selepas beribadah kemudian memakan semula patung yang dibuat daripada kurma apabila mereka rasa lapar. Ada yang dibuat untuk kebanggaan seperti patung raja-raja, para pahlawan dan ilmuwan semata-mata untuk mengingati sejarahnya yang baik agar dijadikan contoh. Ada pula membuatnya hanya sekadar sebagai perhiasan yang disimpan di dinding rumah, depan pintu rumah dan di halaman rumah. Kalau diperhatikan di zaman sekarang yang dikatakan sebagai zaman moden, terdapat patung-patung sebagai sembahan, tugu peringatan dan juga sebagai perhiasan. Mengejar wang, pangkat dan kemewahan sehingga membelakangkan Allah ‘azza wa jalla. Bukankah itu sama seperti aqidah zaman jahiliyah yang perlu ditazkiyahkan?

Arab jahiliyah juga ada yang mempercayai Allah swt mempunyai anak. Orang Yahudi mempercayai ‘Uzair adalah anak Allah. Orang Nasrani mempercayai Nabi Isa a.s adalah anak Allah. Manakala orang Musyrikin Arab mempercayai malaikat adalah anak Allah. Sehingga kini kepercayaan ini masih ada dan memerlukan tazkiyah.

Tazkiyah Akhlak

Telah disebutkan sebelum ini, orang Arab jahiliyah mempunyai akhlak yang teruk. Mereka merendahkan darjat wanita sehingga sanggup menguburkan anak perempuan hidup-hidup kerana menutup malu dan supaya tidak terhina dengan kelahiran anak perempuan. Amalan-amalan seperti minum arak, berjudi, bertilik nasib, anshab dan azlaam. Anshab ialah batu tempat penyembelihan kurban mereka yang dipuja-puja(seperti perkara khurafat). Azlaam pula anak panah yang tiada bulu dihujungnya digunakan untuk undian. Satu ditulis‘lakukanlah’, satu ditulis ‘jangan dilakukan’ dan satu lagi tidak ditulis apa-apa kemudian diletakkan di dalam Ka’abah. Juru kunci Ka’abah diminta mengambil anak panah itu untuk melihat sama ada mereka perlu atau tidak melakukan pekerjaan yang dimaksudkan(seperti menilik nasib). Amalan-amalan seperti ini masih wujud disesetengah tempat. Sedangkan manusia diberikan akal fikiran oleh Allah swt untuk membuat pilihan berdasarkan ilmu dan syari’at. Akhlak dan amalan seperti inilah yang perlu ditazkiyahkan.

Tazkiyah Harta

Orang Arab jahiliyah sebelum kedatangan Rasulullah saw juga mengamalkan amalan riba seperti mengadakan sistem bunga dalam hutang piutang. Ini dipanggil sebagai riba nasiah. Manakala riba fadhli ialah mencampurkan suatu yang baik dengan yang tidak baik dalam jual beli atau seumpamanya. Sebagai contoh, menjual buah yang elok dicampur dengan yang busuk semasa timbangan. Menimbang emas yang dicampurkan dengan bahan pemberat yang lain untuk menipu timbangan. Ini semua perlukan tazkiyah supaya menjadi seorang yang jujur, amanah dan tidak menzalimi sesama manusia. Justeru zakat diwajib sebagai tazkiyah harta.

Jelas disini, tazkiyah hati sangat penting dalam perubahan hidup Muslim. Aqidah yang mantap akan melahirkan insan yang bermotivasi dan bermatlamat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt.

Maka dapat disimpulkan disini bahawa tilawah sepatutnya akan menarik kepada ta’lim dan tazkiyah. Apa-apa yang dibaca atau didengari mestilah difahami melalui pelbagai cara dan penyucian atau pembersihan hati mestilah berlaku. Perubahan akan dapat dilihat melalui pengamalan individu Muslim itu. Jika tiada ketiga-tiga konsep ini, maka tidak akan lahir orang yang beriman dan bertaqwa.

Timbul persoalan di dalam diri, bagaimana untuk mendapatkan atau melakukan tazkiyah? Tazkiyah adalah sebahagian daripada Tarbiyah( memperbaiki, memelihara, menjaga, mendidik, memimpin, meninggikan, menyempurnakan, menumbuhkan dan mengembangkan). Manusia mempunyai 3 elemen yang perlu ditarbiyahkan iaitu:

1. Akal. Akal manusia boleh ditarbiyah dengan ilmu. Ilmu menyebabkan akal dapat membezakan di antara baik dan buruk.

2. Jasad atau badan atau fizikal manusia. Tubuh manusia dapat ditarbiyah dengan perkara-perkara yang menyihatkan seperti makan makanan yang berzat dan melakukan senaman.

3. Hati. Hati nurani manusia dapat ditarbiyah dengan iman dan Islam. Proses mendapatkan iman dan Islam ini memerlukan pengorbanan yang memenatkan. Perlu bersedia untuk ‘at-tawissi’( dalam surah al-Asr, ‘at-tawissi’ bermaksud berpesan-pesan) yakni berpesan-pesan kepada kebenaran dengan kesabaran. Tidak semua orang boleh menerima teguran dan pesanan dengan hati yang terbuka. Oleh itu ta’aruf (mengenali orang yang hendak dipesan) adalah perlu untuk faham memahami antara satu sama lain(tafahum) dan diri sendiri juga perlu bersedia untuk ditegur dan dipesan-pesan. Kemudian sifat bantu membantu(takaful) perlu diwujudkan.

Kadang-kala wujud perdebatan apabila ditegur atau dinasihati. Teguran disambut dengan jawapan seperti;

“Engkau ni imam atau ustaz?” atau “Apa engkau ambil peduli? Kubur lain-lain…”

Mengapa ini boleh berlaku? Ini disebabkan tiada elemen ta’aruf dan tafahum diperingkat permulaan.

Bagaimana untuk membina ta’aruf, tafahum dan takaful? Untuk mewujudkannya perlu kepada kumpulan kecil atau kumpulan usrah yang duduk berbincang dalam iman dan istiqamah. Kumpulan ini merupakan asas kepada pembentukan tarbiyah. Ia seolah-olah seperti satu unit sel yang bersedia untuk bergabung dengan kumpulan mukmin yang lain membentuk tisu, organ dan seterusnya dapat berfungsi dalam keluarga, masyarakat dan Negara.

Terdapat 4 ayat dalam al-Qur’an yang menyebut perkataan tilawah, ta’lim dan tazkiyah:

1. Ayat 129 di dalam surah al-Baqarah di atas.

رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيہِمۡ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (١٢٩)

Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (129)

2. Ayat 151 di dalam surah al-Baqarah juga.

كَمَآ أَرۡسَلۡنَا فِيڪُمۡ رَسُولاً۬ مِّنڪُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتِنَا وَيُزَكِّيڪُمۡ وَيُعَلِّمُڪُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِڪۡمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمۡ تَكُونُواْتَعۡلَمُونَ(١٥١)

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (151)

3. Ayat 164 di dalam surah Ali-Imran.

لَقَدۡ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذۡ بَعَثَ فِيہِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَڪِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِڪۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (١٦٤)

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (164)

4. Ayat 2 di dalam surah al-Jumu’a .

هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٢)

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2)

Kita Penyambung Tugas Rasul

Tugas Rasul ialah:

1. Membacakan al-Kitab(al-Qur’an) – Tilawah.

2. Membersihkan Aqidah dan Akhlak. – Tazkiyah

3. Mengajarkan al-Kitab dan Hikmat – Ta’lim

Menurut 4 ayat di atas, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bermula dengan tilawah, kemudian diikuti dengan ta’lim dan tazkiyah. Boleh juga dimulakan dengan tilawah kemudian diikuti dengan tazkiyah dan ta’lim. Konsep ini boleh diaplikasi oleh pendakwah, da’i, murrabi maupun diri perseorangan itu sendiri.

Akhir kata, al-Qur’an adalah mu’jizat dan merupakan ni’mat yang tidak ternilai untuk orang-orang yang beriman. Dengan adanya al-Qur’an dan sunnah Rasulullah saw, generasi muktahir ini mampu mengikuti generasi sahabat dan tabi’in. Kuatkanlah azam dan tekad. Mohonlah restu dari Ilahi.Amin.

Wallahu’alam.

http://bersamaummualiya.blogspot.com/2012/04/26-tilawah-talim-dan-tazkiyah.html

93: Surah Al-Bayyina – سُوۡرَةُ البَیّنَ (Bahagian 2 : Ayat 5 – 8)
وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ (٥) إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِيَّةِ (٦) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ (٧) جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ (٨)

Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepada-Nya serta berpegang teguh dengan tauhid dan supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Dan itulah agama yang benar (5). Sesungguhnya orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin akan ditempatkan di dalam Neraka Jahannam di mana mereka hidup kekal abadi. Merekalah sejahat-sejahat makhluk (6). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, merekalah sebaik-baik makhluk (7). Balasan untuk mereka di sisi Tuhan mereka ialah taman-taman Syurga ‘Adni yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai di mana mereka hidup kekal buat selama-lamanya. Allah telah redha terhadap mereka dan mereka telah redha terhadap Allah. Itulah balasan bagi orang yang takutkan Tuhannya (8).

Penerangan Ayat

Ayat ke-5

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ (٥)

Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepada-Nya serta berpegang teguh dengan tauhid dan supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Dan itulah agama yang benar(5).

Ayat ini memberikan satu tasawur ad-din dan konsep ‘ibadah yang sebenar. Malah ia menerangkan tentang penawar kepada punca pertelingkahan. Yakni apabila keikhlasan kepada Allah dijelmakan 100% maka sikap ego dan kedegilan dapat dihapuskan.

Tujuan manusia hidup ialah untuk beribadah kepada Allah. Maka adalah perlu memahami konsep ‘ibadah yang sebenar. `Ibadah mempunyai perkaitan yang rapat dengan `aqidah. Jika berlaku `gap’ dalam pemahaman tentang `ibadah, maka akan ada `gap’ juga dalam pemahaman tentang `aqidah. Adalah mustahil memahami `aqidah tanpa memahami konsep `ibadah yang sebenar.

Mengikut Abu A’la Al-Maududi, ‘ibadah membawa maksud ketundukan kepada keagungan Allah dan menyerahkan kemerdekaan dan meninggalkan sifat melawan. Yakni menjadi hamba yang patuh kepada Allah. Seorang hamba semestinya akan merendahkan diri dan akan taat setia yang tidak berbelah bagi. Tiada yang diikuti/dipatuhi/ditakuti selain Allah. Ketaatan dan ketundukannya tidak tertakluk kepada masa. Akan taat pada setiap masa dan pada keseluruhan detik kehidupannya. Dia akan menerima arahan dan melakukan segala amalan. Meninggalkan segala larangan Allah. Kesemuanya dilakukan secara sukarela. Tidak mengharapkan ganjaran. Dia memuji dan memberikan ikrar bahawa Allah-lah Rabb dan Ilah.

Firman Allah dalam surah al-Fatihah 1:2 dan 5 (maksudnya)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)

“Segala puji-pujian terpulang kepada Rabb yang memelihara seluruh Alam (2)”

“Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan” (5)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimullah menjelaskan lima perkara penting dalam perhambaan kepada Allah:

1. Kecintaan kepada Allah

Asas kepada ibadah adalah kecintaan kepada Allah. Tiada yang lebih dicintai selain Allah; malah syarat kecintaan kepada perkara lain juga adalah kerana Allah.

2. Ketaatan dan ketundukan

Tiada ketaatan melainkan kepada Allah.

3. Keikhlasan

Matlamat/objektif ibadah adalah semata-mata untuk Allah. Tiada `secondary’ motif. Dalam doa iftitah selalu dilafazkan ikrar ini “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku, kuserahkan hanya kepada Allah”.Dia melakukan sesuatu amal bukan kerana riya’, sum’ah (mencari kemasyuran diri) atau tujuan yang lain. Malah tidak mengharapkan pengiktirafan dan balasan.

4. Kepercayaan

Mempunyai keyakinan sepenuhnya kepada Allah. Yakin dan redha kepada Qadha’ dan Qadar Allah. Semua yang datang dari Allah adalah yang terbaik untuk kita. Bersabar terhadap takdirnya; bersyukur atas ni’matnya dan bertawakal kepada-Nya.

5. Syarat perhambaan/ibadah

Ditentukan oleh Allah sepenuhnya. Bukan kita yang boleh mengatakan kita hamba Allah yang baik; tetapi Allah-lah yang menentukan samada amalan kita diterima atau tidak.

Ayat ke-5 ini merupakan satu kesimpulan kepada keseluruhan isi al-Qur’an. Ia menerangkan ciri-ciri agama yang benar; yakni ibadat kepada Allah yang Esa, mengikhlaskan `ibadah kepada Allah, menjauhi syirik dan pendokong-pendokongnya, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Pendeknya ciri agama yang benar ialah `aqidah yang bersih dalam hati. Dan `ibadat yang tulus ikhlas kepada Allah itu adalah jurubahasa yang menterjemahkan `aqidah itu. Barang siapa yang menegakkan asas-asas ini, bererti ia telah menegakkan iman. Inilah asas agama Allah yang menyeluruh, iaitu satu agama dan satu `aqidah yang dibawa oleh semua agama samawi dan diperjuangkan oleh para rasul silih berganti.

Ayat ke 6

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِيَّةِ (٦)

Sesungguhnya orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin akan ditempatkan di dalam Neraka Jahannam di mana mereka hidup kekal abadi. Merekalah sejahat-jahat makhluk(6).

Sesungguhnya orang-orang kafir telah menerima penerangan yang jelas dari para rasul yang terdahulu. Seterusnya Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. membaca mesej Al-Qur’an dan menunjuk jalan `aqidah Islam yang mudah dan nyata. Ini bermakna mereka telah diberi peluang demi peluang, tempoh demi tempoh untuk beriman. Golongan kufur sebegini berlaku berulang-kali di dalam setiap generasi dan kaum, dalam setiap zaman dan tempat. Mereka tetap tidak menerima dan menyambut kebenaran itu walaupun sebanyak mana mereka melihat bukti-bukti hidayat dan petunjuk-petunjuk yang membangkit dan menyarankan keimanan.

Firman Allah dalam surah al-Araf 7:179

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ (١٧٩)

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Sesungguhnya, memilih iman bererti memilih keselamatan, sebaliknya tetap kufur bererti memilih kebinasaan.

Natijahnya, balasan dan nasib mereka yang kufur dijelaskan dalam ayat ke-6 ini. Ia merupakan ancaman kepada golongan kufur. Neraka Jahannam adalah hukuman muktamad yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Di dalam ayat ini, Allah mengancam orang kafir dengan tiga bentuk hukuman yakni:

1. Dihumban ke dalam neraka Jahannam yang bernyala-nyala

2. Kekal di dalam neraka buat selama-lamanya, tidak akan keluar darinya dan tidak akan mati.

3. Golongan kafir adalah sejahat-jahat makhluk kerana mereka mereka menolak kebenaran walaupun telah diberikan `al-Baiyyinah’. Ini adalah kerana perasaan keegoan dan hasad dengki yang bersebati dalam diri mereka.

Semua amalan kebaikan orang Kafir juga tidak diterima walaupun dipandang mulia dari neraca dunia. Firman Allah dalam Surah Ibrahim :18

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّهِمۡ‌ۖ أَعۡمَـٰلُهُمۡ كَرَمَادٍ ٱشۡتَدَّتۡ بِهِ ٱلرِّيحُ فِى يَوۡمٍ عَاصِفٍ۬‌ۖ لَّا يَقۡدِرُونَ مِمَّا ڪَسَبُواْ عَلَىٰ شَىۡءٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلضَّلَـٰلُ ٱلۡبَعِيدُ (١٨)

“ Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang kufur ingkar terhadap Tuhannya, ialah seperti abu yang diterbangkan oleh angin pada hari ribut kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sia amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran”

Ayat ke 7-8

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ (٧) جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ (٨)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, merekalah sebaik-baik makhluk (7). Balasan untuk mereka di sisi Tuhan mereka ialah taman-taman Syurga ‘Adni yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai di mana mereka hidup kekal buat selama-lamanya. Allah telah redha terhadap mereka dan mereka telah redha terhadap Allah. Itulah balasan bagi orang yang takutkan Tuhannya (8).

Golongan Mu’min merupakan sebaik-baik makhluk jika mereka beriman dan mengerjakan amal soleh. Kesan-kesan keimanan terserlah dalam setiap detik kehidupannya. Bukan setakat beriman di dalam hati, malah amal soleh dikerjakan dengan sesungguhnya. Segala sesuatu yang disuruh Allah dilaksanakan, yang dilarang Allah ditinggalkan, budi pekertinya baik; dan dia bekerja serta bermu’amalah kerana Allah.

Seseorang mukmin walau apa pun keadaannya, berpotensi melakukan amal soleh mengikut kemampuan dan kefahaman (kefaqihan) terhadap ad-din. Yang berharta akan mudah untuk memberi seperti menginfa’kan hartanya di jalan Allah; sebaliknya yang fakir pula berusaha mencari rezeki, tidak meminta-minta dan berputus asa dari Rahmat Allah. Yang berilmu akan menyampaikan risalah Allah; sebaliknya orang awam tidak jemu-jemu untuk menimba ilmu. Pendeknya, setiap masa digunakan untuk ber’ibadah.

Bagi mendapatkan redha Allah, amal `ibadah itu hendaklah dikerjakan dengan kualiti yang tinggi kerana sesuatu kebaikan itu diukur mengikut kualitinya. Allah sentiasa menyebut di dalam al-Quran bahawa;

`……. hanya sedikit mereka yang beriman’,

`………. hanya sedikit di kalangan hamba-hamba-Ku yang pandai bersyukur’.

Oleh itu hendaklah `ibadah itu dilakukan secara khudhu’ , rughbah, ruhbah, tazallul dan ikhlas. Mereka yang sedemikian adalah merupakan sebaik-baik makhluk.

(khudu’ = merendahkan diri kepada Allah; rughbah = kemahuan sendiri dan gembira mengerjakannya; ruhbah =merasa ketakutan kepada Allah )

Orang-orang beriman dan beramal soleh akan memperolehi empat jenis ganjaran dari Allah yakni:

1. Mereka dipuji Allah sebagai sebaik-baik makhluk

2. Mereka dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

3. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

4. Mereka mendapat keredhaan Allah. Allah meredhai amalan-amalan mereka.

Kenapakah syurga dikaitkan dengan air sungai yang mengalir-ngalir ? Mereka yang dengki kepada Islam mengatakan ia adalah satu omongan kosong untuk menghiburkan kaum `arab yang hidup di padang pasir yang panas dan kering. Namun jika kita amat-amati, tempat-tempat peranginan seperti pantai yang cantik dengan air yang biru, bersih, jauh dari pencemaran; tempat-tempat rehlah seperti kawasan berair terjun adalah menjadi tempat tumpuan manusia untuk bercuti dan beristirehat. Tempat-tempat sebegini mententeramkan jiwa mereka. Boleh dikatakan keinginan manusia adalah sama walaupun berbeza zaman, masa, tempat, bangsa dan warna kulit. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan benarlah firman Allah dan dustalah mereka yang memperkecilkan ayat-ayat Allah.

Taman-taman Syurga untuk kediaman yang kekal abadi dalam ni’mat-ni’matnya mengambarkan keamanan dan ketenteraman dari sebarang kegelisahan. Sungai-sungai yang mengalir di bawah Syurga menggambarkan suasana basah, damai, sejuk, segar dan indah. Orang beriman dan beramal soleh akan mendiami syurga selama-lamanya, tidak akan keluar dan berpindah darinya. Mereka tidak akan mati, bahkan akan berada di dalam keni’matannya secara berterusan mengecapi kelazatannya tanpa kesudahan.

Seterusnya Allah berfirman (maksudnya):

…………. Allah telah redha terhadap mereka dan mereka telah redha terhadap Allah. Itulah balasan bagi orang yang takutkan Tuhannya (8).

Keredhaan dari Allah merupakan kemuncak segala ni’mat. Keredhaan mereka terhadap Allah ialah keredhaan terhadap qadha’ dan qadar Allah ke atas mereka. Keredhaan terhadap limpah kurnia Allah dan terhadap hubungan hati dengan Allah yang menimbulkan rasa kepuasan hati dan jiwa yang tenang dan bersih. Hubungan hati ini juga membuahkan perasaan takut kepada Allah yang menjadi pendorong kepada segala yang baik dan penghalang dari segala penyelewengan. Mempunyai sifat ihsan yang tinggi dan merasakan Allah seolah-olah melihatnya. Dia merasai ihsan itu seperti yang diterangkan di dalam hadith Jibril yang terkenal;

“……… Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, dan jika engkau tidak melihatnya, maka Dia melihat engkau”.

Bagaimanakah kita ingin mendapatkan perasaan ihsan dan takut kepada Allah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi ? Hendaklah kita merenung firman Allah dalam surah Fatir 35:28

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨)……

“…….Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya ialah ulama’ (orang-orang yang berilmu)”

Para ilmuan yang mengenal Allah dengan makrifat yang hakiki. Mereka mengenal Allah dengan kesan-kesan penciptaan-Nya. Mereka memahaminya dengan kesan-kesan qudrat-Nya dan mereka menginsafi hakikat kebesaran-Nya. Lantaran itu mereka merasa takut, bertaqwa dan ber’ibadat kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Pengajaran dan pengiktibaran yang dapat diambil

1. Al-Baiyinnah sahaja tidak mencukupi. Hendaklah menerima al-Baiyinnah dengan matahati dan perasaan terbuka. Perasaan syak wasangka dan ego yang tinggi (arrogance) patut dijauhi.

2. Hidayah Allah hendaklah dicari. Allah meminta kita berusaha mencarinya. Ini adalah Sunnahtullah. Firman Allah dalam surah al-`Ankabut: 69.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٦٩)

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (69)

Allah akan memberi hidayat kepada mereka yang berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mencari hidayat dan memberi kejayaan kepada mereka yang berusaha membersihkan dirinya. Sebaliknya, Allah akan menutup hati mereka yang menolak da’wah Islam.

3. Bersyukur dengan ni’mat Iman dan Islam. Kita adalah golongan terpilih yang telah diberi Hidayah Allah swt. Usah biarkan ia terlepas dari genggaman yang kuat.

4. Penyampai Risalah Allah hendaklah mendalami mesej-mesej Al-Qur’an dan mencontohi Rasulullah s.a.w. Perkara-perkara yang boleh menjadi fitnah kepada Islam dan halangan kepada da’wah Islamiyah haruslah dijauhi.

5. Menyedari bahawa kita juga boleh berpecah dan bertelingkah sebagaimana kaum Ahlil-Kitab. Perselisihan sesama manusia, baik yang berkaitan dengan urusan agama maupun urusan dunia boleh berlaku. Maka berusahalah untuk menjadi orang yang berilmu dan beriman agar jalan pemikiran, hala tuju, dan amalan kita mengikut neraca Al-Qur’an dan sunnah. Adab-adab dialog dalam Islam juga harus difahami.

6. Pemahaman konsep `ibadah akan memurnikan `aqidah dan membantu untuk ikhlas dalam ad-din dan keikhlasan ini adalah ubat kepada masalah hati seperti perasaan ria’, `ego’ dan `arrogance’.

7. Allah swt memuji dan redha kepada orang-orang mu’min yang berusaha meningkatkan kualiti pengabdiaannya kepada-Nya.

http://bersamaummualiya.blogspot.com/2012/02/416-surah-al-bayyina.html

93: Surah Al-Bayyina – سُوۡرَةُ البَیّنَ (Bahagian 1; Ayat 1-4)
BUKTI

Surah ke-98: 1 – 8

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَمۡ يَكُنِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأۡتِيَہُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ (١) رَسُولٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ يَتۡلُواْ صُحُفً۬ا مُّطَهَّرَةً۬ (٢) فِيہَا كُتُبٌ۬ قَيِّمَةٌ۬ (٣) وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡہُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ (٤) وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ (٥) إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِيَّةِ (٦) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ (٧) جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ (٨)Orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin akan terpisah (dari kekufuran) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas(1). Iaitu (kebangkitan) seorang Rasul dari Allah yang membaca lembaran-lembaran suci al-Qur’an(2). Yang terkandung didalamnya maudhu’-maudhu’ yang bernilai(3). Dan orang-orang yang telah dikurniakan kitab suci itu tidak berpecah- belah melainkan sesudah datang mereka penerangan yang jelas(4). Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepada-Nya serta berpegang teguh dengan tauhid dan supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Dan itulah agama yang benar(5). Sesungguhnya orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam di mana mereka hidup kekal abadi. Merekalah sejahat-jahat makhluk(6). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, merekalah sebaik-baik makhluk(7). Balasan untuk mereka di sisi Tuhan mereka ialah taman-taman Syurga ‘Adni yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai di mana mereka hidup kekal buat selama-lamanya. Allah telah redha terhadap mereka dan mereka telah redha terhadap Allah. Itulah balasan bagi orang yang takutkan Tuhannya(8).

Latar belakang dan pokok perbicaraan

Surah ini menjelaskan peri-pentingnya perutusan Rasululullah saw dan reaksi golongan kafir terhadap da’wah Nabi saw. Dinyatakan juga kefahaman terhadap maksud ibadah yang sebenar dan natijah kepada iman dan kufur terhadap Allah swt.

Para mufassirun berpendapat surah ini adalah surah Madaniyah; namun ramai juga mengatakan Makkiyah. Malah Saiyidina Abas r.a. mengatakan kedua-duanya; yakni Madaniyah dan Makkiyah. Saiyidatina Aisyah r.a.h lebih cenderung kepada surah Makkiyah. Surah ini diturunkan pada pengakhiran da’wah Nabi di Makkah dimana ketika itu banyak interaksi bersama Ahlil-Kitab; sebagaimana surah al-Kahf dan al-Israa’

Dikatakan Madaniyah kerana terdapat sebutan Ahlil-Kitab dan zakat. Namun ia tidak boleh dijadikan bukti yang kukuh kerana sebutan Ahlil-Kitab memang terdapat dalam surah-surah yang diturunkan di Makkah. Di Makkah juga terdapat sesetengah Ahlil-Kitab yang beriman dan yang tidak beriman. Begitu juga orang-orang Kristian dari Najran pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. di Makkah dan terus beriman sebagaimana yang diketahui umum.

Terdapat empat (4) hakikat utama di dalam surah al-Baiyinnah. Empat hakikat yang amat berharga untuk memahami peranan `aqidah Islamiyah dan peranan kerasulan Muhammad s.a.w. yang akhir, juga untuk memahami maksud keimanan sebenar. Empat hakikat itu ialah:

1. Hari kebangkitan Rasulullah saw (ayat 1-3)

Kebangkitan Rasulullah s.a.w. merupakan satu keperluan untuk memalingkan orang-orang kafir dari kaum Ahlil-Kitab, dan kaum Musyrikin dari kesesatan dan perselisihan yang telah mengongkong mereka. Tanpa kebangkitan itu, mereka tidak akan berganjak dari kesesatan dan perselisihan itu.

2. Hakikat perselisihan Ahlil-Kitab (ayat ke-4)

Golongan Ahlil-Kitab tidak berselisih dan berpecah-belah di dalam agama mereka sebagai akibat dari kejahilan dan kekaburan, malah mereka berselisih sesudah datang kepada mereka penerangan dan bukti yang jelas.

3. Hakikat Kesatuan Agama Allah (ayat ke-5)

Asal agama Allah itu satu sahaja, dan semua dasar-dasarnya mudah dan jelas dan tidak membawa kepada berpecah-belah.

4. Hakikat Orang-orang kafir (6-8)

Orang-orang yang kafir setelah datang kepada mereka bukti yang jelas adalah sejahat-jahat makhluk. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh adalah sebaik-baik makhluk. Kerana itulah balasan yang diterima oleh kedua-dua golongan ini amat jauh bezanya.

Penerangan Ayat

Ayat 1

لَمۡ يَكُنِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأۡتِيَہُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ (١)

Orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin akan terpisah (dari kekufuran) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas(1).

Sesungguhnya kedatangan Rasulullah s.a.w mengubah `kegelapan’ jahiliyah dan kufur kepada `cahaya’ Islam. Firman Allah dalam surah al-Baqarah 2:257 (bermaksud)

“Allah itulah Pelindung orang-orang beriman yang mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada nur(cahaya), sedangkan orang-orang yang kafir, pelindung mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari nur kepada kegelapan-kegelapan.”

Ayat pertama dalam surah al-Bayyinah dimulakan dengan sebutan “Orang-orang kafir…….” Perkataan kafir digunakan kepada golongan sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Yakni orang-orang kafir adalah sesat dan mengandungi berbagai-bagai jenis kegelapan, iaitu kegelapan hawa nafsu, kegelapan keangkuhan, kegelapan ria’ dan bermuka-muka dan bermacam-macam kegelapan yang tidak terhitung dan kesemuanya terkumpul apabila wujud kesesatan dari jalan Allah.

Keadaan manusia sebelum kebangkitan Rasulullah saw adalah merupakan zaman kegelapan dan merupakan abad-abad paling mundur dalam sejarah. Mereka lupakan Allah, lupakan dirinya, kehilangan akalnya dan daya membezakan di antara yang baik dan yang jahat. Pusat-pusat tamadun juga bercelaru dengan kerosakan peradaban dan peraturan serta kezaliman pemerintah.

Pendeknya, tidak ada di dunia waktu itu satu umat yang baik dan satu masyarakat yang tegak di atas akhlak dan budi pekerti yang mulia. Tidak ada kerajaan yang dilandaskan di atas asas-asas keadilan dan rahmat kasihan belas, dan tidak ada kepimpinan yang ditegakkan atas lunas-lunas ilmu pengetahuan dan hikmat kebijaksanaan, dan tidak ada satu agama yang betul diwarisi dari para-Anbia’.

Suara da’wah para Anbia’ telah lama hilang. Ahli-ahli agama telah menarik diri dari medan kehidupan. Mereka berlindung di biara-biara dan tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan agama mereka sendiri. Sementara ahli-ahli agama yang masih berada di dalam gelombang kehidupan terus berbaik-baik dengan raja-raja dan ahli-ahli dunia dan bekerjasama dengan mereka di dalam kegiatan-kegiatan mereka yang berdosa dan zalim. Mereka juga turut makan harta rakyat dengan jalan yang tidak benar.

Agama-agama besar di masa itu telah kehilangan roh dan bentuknya. Ia menjadi korban golongan perosak, oportunis dan para pendusta. Ia tidak memiliki punca-punca Agama Allah yang bersih.

Al-Qur’an sendiri telah menunjukkan gejala-gejala kekufuran Ahlil-Kitab dan Kaum Musyrikin. Di antaranya firman Allah `Azzawajalla mengenai kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasara:

“Dan orang-orang Yahudi berkata: ‘Uzayr itu putera Allah, dan orang-orang Nasara pula berkata al-Masih itu putera Allah” – QS At-Taubah:30

“Dan orang-orang Yahudi berkata: Orang-orang Nasara itu tidak mempunyai apa-apa pegangan yang benar. Dan orang-orang Nasara pula berkata: Orang-orang Yahudi itu tidak mempunyai apa-apa pegangan yang benar.” – QS al-Baqarah:113

Firman Allah Ta’ala mengenai kekufuran orang-orang Yahudi:

“Dan orang-orang Yahudi berkata: Tangan Allah itu terbelenggu(kikir), tangan merekalah yang terbelenggu, dan mereka telah dilaknatkan dengan sebab-sebab mereka (yang keji), malah yang sebenarnya tangan Allah sentiasa terbuka (pemurah), Ia membelanja mengikut kehendak-kehendak-Nya.” – QS al-Ma’idah:64

Firman Allah mengenai kekufuran orang-orang Nasara/Kristian:

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawa Allah itu ialah al-Masih putera Maryam.” – QS al-Ma’idah:72

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawa Allah itu ialah satu dari tiga.” – QS al-Ma’idah:73

Kekufuran kaum Musyrikin dinyatakan dalam surah al-Kafirun. Kaum Musyrikin Makkah adalah masyarakat `pluralistik’ dengan adanya pelbagai Tuhan dan sembahan berhala. Tradisi syirik telah tertanam dari generasi hingga generasi dan untuk mengubahnya perlukan kekuatan da’wah yang kuat.

Kerana itu, Allah dengan limpah rahmat-Nya telah memutus untuk mengutuskan seorang Rasul dari-Nya; yang mengeluarkan mereka dari kegelapan, kekufuran dan jahiliyah kepada cahaya Islam.

Secara literalnya, jika dibaca ayat pertama :

“Orang-orang kafir dari golongan Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin akan terpisah (dari kekufuran) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas(1)”

Maka akan timbul persoalan mengapa masih ada di kalangan mereka masih tidak beriman sedangkan telah datang kepada mereka bukti yang jelas. Jika kita membaca seerah Nabi saw, masih terdapat kaum Musyrikin dan Ahlil-Kitab yang tidak memisahkan diri daripada kekufuran.

Ulama’ mufassirun memberikan beberapa pandangan dalam hal ini. Ada yang berpandangan bahawa ayat ini tidak merujuk kepada kesemua golongan kuffar, tetapi segolongan besar mereka. Pada umumnya, masyarakat sebelum kedatangan Rasululullah s.a.w. dapat dibahagikan kepada empat (4) golongan yakni:

1. Mereka yang baik isi hatinya, dan baik peribadi luarannya. Contoh adalah seperti Saiyidina Abu Bakar As-siddiq

2. Mereka yang baik dalamannya, tetapi tidak tertonjol pada peribadinya; seperti Saiyidina Umar Ibnul Khattab.

3. Mereka yang peribadi luarannya terserlah, disukai orang tetapi hatinya busuk; seperti Abu Jahal

4. Mereka yang busuk hatinya dan buruk peribadinya; seperti Abu Lahab.

Keempat-empat golongan ini hidup bersama di dalam satu masyarakat. Mereka menerima seruan da’wah yang sama, namun penerimaan mereka berbeza. Dua golongan yang baik isihatinya menerima Islam tetapi golongan yang selebihnya semakin terserlah kejahatannya.

Satu perkara lagi yang perlu disedari ialah Nabi Muhammad s.a.w hanyalah pemberi peringatan dan menyampaikan ajaran Allah. Hidayat Allah-lah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan (syirik) kepada cahaya iman dan tauhid; dan daripada kebatilan (jahil) dan kebodohan kepada cahaya ilmu dan kefahaman yang murni.

Al-Zamakshari mempunyai pendapat berbeza dari pandangan mufassirun yang lain. Beliau berpendapat ayat ini merupakan pernyataan Allah berkenaan sikap golongan Kuffar iaitu Ahlil-Kitab dan kaum Musyrikin. Ia adalah dalam bentuk `kata pertanyaan’ sebagaimana firman Allah dalam surah al-Israa’:90-93

“Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan percaya kepadamu (wahai Muhammad) sehingga kamu mengeluarkan mata air dari bumi untuk kami atau…….”

Maka Al-Zamakshari berpendapat bahawa golongan kafir mengatakan bahawa mereka tidak beriman sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas. Pendapat ini adalah pendapat minoriti.

Ayat 2-3

رَسُولٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ يَتۡلُواْ صُحُفً۬ا مُّطَهَّرَةً۬ (٢) فِيہَا كُتُبٌ۬ قَيِّمَةٌ۬ (٣)

Iaitu (kebangkitan) seorang Rasul dari Allah yang membaca lembaran-lembaran suci al-Qur’an(2). Yang terkandung di dalamnya maudhu’-maudhu’ yang bernilai(3).

Ayat ke-2 adalah respons dan penerangan dari ayat pertama. Allah telah mengutuskan seorang Rasul dari-Nya untuk membaca Al-Qur’an selaku lembaran-lembaran suci yang mengandungi berbagai-bagai maudhu’ yang bernilai. `al-Baiyinnah’ yang dinyatakan pada ayat pertama ialah `Penyampai Risalah’ yakniRasululullah saw dan kitab Suci Al-Qur’an.

Jika kita melihat kaitan ayat tersebut dengan diri kita sebagai khalifah dan da’i, maka kita boleh menyimpulkan bahawa bukan sahaja idea dan mesej da’wah itu penting tetapi diri penda’wah juga perlu diberi perhatian. Penda’wah hendaklah menjadi contoh ikutan kepada orang-orang disekelilingnya sebagaimana Rasulullah s.a.w. menjadi contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

Pengamalan Islam dalam diri penda’wah hendaklah bukan setakat kepada dirinya; malah mencakupi interaksinya terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Semungkin boleh, dia berusaha mengelakkan dirinya dari melakukan sesuatu mungkar yang menjadi fitnah kepada Islam. Secara umum dapat dilihat, akhlak dan penghayatan Islam sebahagian penganut-penganut Islam adalah menjadi halangan besar terhadap da’wah kepada non-Muslim. Islam tidak nampak dalam diri mereka.

Penurunan ayat-ayat Al-Qur’an sepertimana yang pernah dibincangkan sebelum ini, adalah melalui tiga tahap.

Tahap pertama, ialah Allah telah menempatkan keseluruhan al-Qur’an yang mulia di Lohmahfuz. Firman Allah dalam surah al-Buruj:21-22 (maksudnya)

“Bahkan ia adalah al-Qur’an yang tertinggi kemuliaannya, (lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Lohmahfuz.”

Tahap ke-dua ialah al-Quran diturunkan secara sekali gus dari Lohmahfuz ke Baitul Izzah, yang terletak di langit dunia pada malam al-Qadar (Rujuk ayat al-Baqarah:185).

Tahap ke-3, ialah al-Qur’an diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril. Lembaran-lembaran suci al-Qur’an ini tertulis di dalam hati Nabi yang suci; iaitu hati yang telah dibersihkan sepertimana yang diceritakan dalam seerah. Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w. telah mengajar kandungan al-Qur’an kepada umatnya.

فِيہَا كُتُبٌ۬ قَيِّمَةٌ۬ (٣)

Yang terkandung di dalamnya maudhu’- maudhu’ yang bernilai(3).

Kata-kata `Kitab’ secara umumnya bererti maudhu’ iaitu tajuk/bab/fasal/perkara-perkara. Seperti kitab as-Solat (maudhu’ yang membicarakan solat) atau kitab al-Qiamat (maudhu’ yang membicarakan Qiamat). Jadi`lembaran-lembaran yang suci’ yang dimaksudkan ialah Al-Qur’anul-Karim yang mengandungi maudhu’-maudhu’ perbicaraan dan hakikat-hakikat yang amat berharga. Ia menjelaskan perkara-perkara syubhat di kalangan Ahlil-Kitab dan orang-orang Musyrikin dalam perkara agama. Terdapat ayat-ayat dan hukum-hakam yang benar dan penuh hikmah, tanpa sebarang penyelewangan sebagaimana firman Allah swt (bermaksud):

Ia (al-Qur’an) tidak diserapi kebatilan, baik kini mahupun nanti……” – QS al-Fussilat 89:42

Kebangkitan rasul yang baru ini (Nabi Muhammad s.a.w) telah datang pada waktunya yang tepat, dan kitab suci al-Qur’an yang membimbing, pemberi petunjuk, pemulih dan penuh dengan hikmah mampu menimbulkan satu-satunya perubahan yang besar di muka bumi.

Ayat 4

وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡہُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ (٤)

Dan orang-orang yang telah dikurniakan kitab suci itu tidak berpecah-belah melainkan sesudah datang mereka penerangan yang jelas(4).

Ayat di atas adalah `contrast’ dengan ayat yang pertama. Jika sebelumnya Allah menyatakan bahawa al-Bayyinah yakni kebangkitan pembawa risalah Rasululullah s.a.w. dan lembaran-lembaran suci Al-Qur’an membawa kaum kafir dari kegelapan kepada cahaya Islam; namun sebahagian mereka memilih berada di dalam kegelapan setelah datang Nur Islam. Mereka tetap dalam kekufuran walaupun telah datang bukti yang sangat jelas. Firman Allah dalam surah al-Baqarah 2:257 (bermaksud):

“…………..sedangkan orang-orang yang kafir, pelindung mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari nur kepada kegelapan-kegelapan.”

Allah memberikan harapan kepada Nabi Muhamad s.a.w. supaya tidak merasa dukacita terhadap Ahlil-Kitab. Allah menyatakan golongan Ahlil-Kitab itu tidak berpecah-belah dan berselisih dalam `aqidah agama bukan dengan sebab kejahilan atau ketidakjelasan untuk memahami agama TETAPI sebab yang paling utama ialah kerana kedegilan dan ego yang tinggi. Mereka dihanyutkan oleh hawa nafsu dan penyelewangan; dan ianya telah berlaku sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. lagi. Firman Allah dalam Surah Ali-’Imran 3:105 (bermaksud):

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasara) yang berpecah-belah dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah). Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab siksa yang besar.”

Terlalu banyak perselisihan di antara Ahlil-Kitab. Perselisihan yang pertama adalah di antara golongan-golongan umat Yahudi sebelum dibangkitkan Nabi Isa a.s. Mereka berpecah sedangkan nabi mereka ialah Nabi Musa a.s. dan kitab suci mereka ialah at-Taurat. Kemudian berlaku perselisihan di antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian, sedangkan Nabi Isa a.s. itu sendiri merupakan salah seorang dari nabi mereka yang terakhir yang datang untuk mengesahkan kitab suci (at-Taurat). Persengketaan sengit di antara Kaum Yahudi dan Kaum Kristian telah membawa berbagai-bagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang kejam dan mengerikan telah berlaku di antara dua puak itu sebagaimana dicatatkan dalam sejarah.

Perpecahan dan pertelingkahan juga berlaku di kalangan orang-orang Kristian walaupun kitab suci dan nabi mereka juga satu. Perselisihan mereka berlaku di sekitar sifat al-Masih a.s. sama ada ia bersifat dengan sifat ketuhanan (Lahutiyah) atau bersifat dengan sifat kemanusian (Nasutiyah); begitu juga sifat bondanya Maryam dan sifat tiga uqnum (dalam kepercayaan triniti) yang membentuk `Allah’. Al-Qur’an telah menceritakan hal ini dalam ayat-ayat berikut:

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawa Allah itu ialah al-Masih putera Maryam.” – QS al-Ma’idah:72

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawa Allah itu ialah salah satu dari tiga.” – QS al-Ma’idah:73

Antara iktibar yang perlu diinsafi dalam ayat ke-4 ini ialah `PUNCA’ kepada perselisihan dan perpecahan setelah datangnya bukti yang jelas. Dikalangan Ahlil-Kitab, terdapat mereka yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan disegani oleh pengikut mereka. Namun sifat ego dan sombong untuk mempertahankan pendapat dan gelap mata dalam tampuk kekuasaan menyebabkan hati mereka tertutup kepada kebenaran.

Ahlil-Kitab mengenali nabi Muhammad s.a.w. tetapi mereka menyembunyikan pengetahuan ini dan meminda kitab mereka. Di antara bukti bahawa Ahlil-Kitab mengenali diri Rasululllah s.a.w. adalah berdasarkan kisah Salman al-Farisi yang mendapat nasihat dari seorang Ahlil-Kitab berkenaan kebangkitan seorang Nabi. Ujar Ahlil-Kitab tersebut:

“Anakku! Tiada seorang pun yang ku kenal serupa dengan kita keadaannya dan dapat kupercayakan engkau padanya. Tetapi sekarang telah dekat datangnya masa kebangkitan seorang nabi yang mengikuti agama Ibrahim secara murni. Dia nanti akan berhijrah ke suatu tempat yang ditumbuhi kurma dan terletak di antara dua bidang tanah berbatu-bata hitam. Seandainya engkau dapat pergi ke sana, temuilah dia! Dia mempunyai tanda-tanda yang jelas iaitu, dia tidak mahu makan makanan sedekah; sebaliknya bersedia menerima hadiah; dan di bahunya terdapat cap kenabian yang bila engkau melihatnya, segeralah engkau mengenalinya.”

Begitu juga dengan kisah pendeta yahudi bernama Abdullah bin Salam yang memeluk islam di zaman Rasulullah. Beliau telah disanjungi sebagai seorang alim dan berpengetahuan tinggi oleh kaum yahudi sebelum keislamannya tetapi telah dicerca dan dimaki oleh kaumnya setelah keislamannya. Apakah sebab utama kepada cercaan tersebut … DEGIL dan EGO.

Satu pengajaran lain yang patut difahami ialah perpecahan dan pertelingkahan yang dulunya berlaku di kalangan Ahlil-Kitab juga berlaku di kalangan umat Nabi Muhammad saw. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan melalui pelbagai jalan (turuq) ada diterangkan bahawa:

“Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, orang-orang Nasara pula telah berpecah-belah kepada tujuh puluh dua golongan. Umat ini (Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Semuanya di dalam Neraka melainkan satu golongan. Para Sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab; Golongan yang menurut (amalan) aku dan para sahabatku.”

Maka seorang mu’min hendaklah berusaha memahami Islam agar kehidupan mereka dirahmati dan diberkati Allah. Mempunyai jalan pemikiran, hala tuju, maksud dan cita-cita yang satu berlandaskan neraca Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Perselisihan sama ada yang nyata dan yang tersembunyi hendaklah bertujuan bagi mencari kebenaran yang betul-betul dan tepat. Ia bukan didorong oleh niat buruk, cemburu dan ingin bermegah-megah. Dia berusaha menjauhkan perasaan ego dan sombong dalam dirinya. Dia juga tidak berdegil dalam mempertahankan taklid buta dan tidak taksub pendapat sendiri. Juga tidak bersifat asabiyyah dan bersikap zalim serta menjauhi sikap bermusuhan.

http://bersamaummualiya.blogspot.com/2012/02/415-surah-al-bayyina-bahagian-1-ayat-1.html

Mengkhususkan Diri Untuk Allah
Sesungguhnya jalan dakwah itu adalah satu,  maka oleh kerana itu, berbagai dakwah yang diserukan oleh setiap jamaah atau kelompok tidak akan meraih kejayaan jika tidak mampu melakukan ‘tajarud’ dengan usaha membersihkan jiwa dari fikrah (ideologi) selainnya.

Tajarud dalam sesebuah gerakan dakwah itu adalah kita melakukan setiap kerja itu kerana Islam dalam segala aspek sama ada dari segi kemasyarakatan, politik, ekonomi atau dalam jihad sendiri.

Dalam ertikata yang lain, kita mempercayai bahawa fikrah yang kita bawa ini adalah fikrah yang benar dan kita tidak meraguinya lagi.

Secara bahasa, tajarud bermakna :

PERTAMA : MENGOSONGKAN

Mengosongkan jiwa kita dari pengagungan kepada selain Allah.

KEDUA : MENYUCIKAN

Menyucikan hati dari apa yang selaian Allah.

KETIGA : MENANGGALKAN

Menanggalkan apa yang di dalam hati dan akal dari apa yang selain kebenaran.

KEEMPAT : MELEPASKAN

Melepaskan atau membebaskan diri dari setiap apa yang disembah selain Allah.

Manakala makna syar’ie, tajarud pula adalah :

“Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah”.

Jadi secara umumnya, Tajarud adalah :

“Mengkhususkan diri untuk Allah swt dan berlepas diri dari segala sesuatu selain Allah. Yakni menjadikan gerak dan diam serta yang rahsia dan yang terang-terangan untuk Allah swt semata-mata, tidak dicampuri oleh keinginan jiwa, hawa nafsu, undang-undang, kedudukan, dan kekuasaan”.

Maka oleh sebab itu, ketika kita menyeru atau mendakwahkan Islam kepada manusia, kita menyeru semata-mata hanya kerana Allah swt bukan untuk kepentingan kelompok, organisasi atau parti semata-mata kerana kita menginginkan agar umat mendapat, memahami dan mengamalkan pemikiran dan idea-idea Islam.

Oleh kerana itu, di antara inti yang menjadi fokus dalam kerja tarbiyah adalah :

Melatih seseorang untuk membersihkan jiwanya dengan apa yang membuatnya enggan pada perkara-perkara yang rendah.

Meningkatkan dirinya untuk hidup dengan ‘tajarud’ pada risalahnya.

Sentiasa bersiap sedia untuk berkorban di jalannya dengan seluruh potensi yang dimiliki.

Bahwasanya dakwah yang penuh berkat sangat memerlukan hati-hati dan jiwa-jiwa yang memiliki ‘tajarud’yang :

1.      Bersambung kepada Allah swt.

2.      Tidak selalu melihat kepada kenikmatan dunia yang hina dan fana.

3.      Tidak bekerja untuk kepentingan kemasyhuran.

4.      Tidak tamak untuk meraih kepimpinan.

5.      Tidak memerlukan kebanggaan.

6.      Tidak ingin untuk menjadi terkenal.

Menguasai dakwah hanya pada tahap akal dan perasaan semata-mata tidak mampu untuk meneguhkan seseorang pendakwah kerana tidak ada sesuatu apapun yang boleh membantu pendakwah dalam menghadapi berbagai ujian dan  rintangan di tengah jalan dakwah yang sukar kecuali ‘tajarud’ kepada Allah dan ikhlas untukNya.

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS Al-An’aam : 162-163)

‘Tajarud’ yang sempurna adalah tajarud terhadap manhaj yang benar yang bersumber pada Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw serta berpegang teguh kepadanya dan tidak mudah melakukan persamaan dengan yang lainnya.

“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus”. (QS Az-Zukhruf : 43)

Nabi saw bersabda :

“Sungguh aku telah mewariskan kepada kamu (Hujjah) yang begitu terang, malam seperti siang, tidak menyimpang darinya setelahku kecuali akan hancur”. (HR Ahmad)

Beliau saw juga bersabda :

“Aku telah mewariskan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh pada keduanya, Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw”.

Rasulullah saw sentiasa bertajarrud kepada Allah dan berdakwah kepadaNya serta bertajarud untuk menyampaikan dakwah tersebut.

Kemudian setelah itu, Rasulullah saw mentarbiyah sahabatnya untuk ‘tajarud’ kepada Allah sehingga jiwa mereka terbebas dari kepentingan diri dan menjadikan ketinggian mereka seluruhnya untuk ikhlas beribadah kepada Allah, bekerja untuk kemenangan agamanya dan menyebarkan risalahnya.

Maka ketika Allah swt melihat mereka pada keadaan yang demikian, maka Allah swt akan terus memberikan kepada mereka ganjaran berupa kejayaan di muka bumi dan kemenangan sesuai dengan kurniaNya.

‘Tajarud’ adalah sebuah ketulusan pengabdian setiap penggerak dakwah.

Jadi, hakikat makna tajarud itu sebenarnya :

“Bukanlah meninggalkan segala sesuatu dengan alasan dakwah melainkan justeru melibatkan segala sesuatu untuk mendukung dakwah”.

Kadang-kadang berlaku kekeliruan persepsi mengenai makna tajarrud ini di manaaktivis dakwah merasakan perlu meninggalkan semuanya demi untuk dakwah.

Padahal pengertian yang tepat adalah ketulusan pengabdian aktivis dakwah untuk membawa semuanya demi kejayaan dakwah.

Maka,

a. Apakah yang selama ini sudah kita berikan untuk dakwah dan Deen ini?

b. Apakah kita hanya disibukkan dengan masalah yang berlegar pada diri kita sendiri sahaja?

c. Apakah dakwah dan tarbiyah hanya sebagai kerja sampingan sahaja atau kalau sempat sahaja?

d. Apakah kita hanya memberikan waktu, tenaga dan harta yang tersisa sahaja untuk dakwah?

Sayyid Qutb pernah berkata :

“Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar”.

Amir Syakib Arsalan, seorang pemikir Muslim yang berasal dari Syria, yang menulis sebuah buku mengapa kaum Muslimin mundur dan orang Barat maju menjelaskan jawabannya dalam kalimat yang sederhana iaitu :

“Orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum Muslimin. Mereka memberi lebih banyak demi agama mereka berbanding apa yang diberikan oleh kaum Muslimin bagi agamanya”.

Dan ketika ada pertanyaan, “Apakah yang diperlukan untuk menegakkan agama ini dalam realiti kehidupan?”

Maka jawabnya adalah, “Hadirnya para pahlawan sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta mahu mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya”.

Imam Hasan Al-Banna pula berkata :

“Yang aku maksudkan dengan ‘tajarud’ adalah membersihkan fikrah kamu dari berbagai prinsip dan kepentingan individu lainnya; kerana hal tersebut merupakan ideologi paling mulia, lengkap dan tinggi darjatnya.”

“Shibghah Allah dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah?” (QS Al-Baqarah : 138)

Abul Hasan Ali An-Nadwi mengatakan :

“Di antara ciri khas para Nabi dan para pendakwah kepada Allah adalah ‘tajarud’ untuk berdakwah dan fokus kepada hati dan jiwa dan sesuatu yang berharga, waktu dan kekuatan, dan di antara keperibadian mereka adalah fokus pada kesungguhan, keahlian dan menyerahkan segala waktu dan potensi mereka untuk dakwah ini dan menyebarkannya serta dengan berjihad di jalannya, memberikan seluruh waktunya sehingga tidak ada yang tersisa sedikitpun dari apa yang mereka miliki, tidak sedikit pun yang ditahannya dan tidak terpengaruh atasnya sedikit pun; bukan pada negara, keluarga, kelompok, hawa nafsu dan harta sehingga segala usaha mereka mendapatkan hasil yang gemilang”.

Muhammad Mahmud As Showaf berkata :

“Dakwah merupakan kehidupan seorang pendakwah, yang mampu mengambil darinya inti dakwah dari segala perasaan dan inderanya, baik pada masa kini dan masa depannya, kehidupannya bergantung pada kehidupan dakwah, kemenangannya digantungkan pada kemenangan dakwah dan mensibghah seluruh kehidupan dengan shibghah rabbaniyah.

1.       Jika berbicara, dalam wilayah dakwah.

2.       Jika bekerja, untuk dakwah.

3.       Jika berjalan, mengikuti perjalanan dakwah.

4.      Jika berada di suatu tempat maka tidak berpisah dari dakwah dan dakwah tidak lepas darinya.”

Oleh yang demikian, seorang penggerak dakwah yang jujur adalah seorang yang :

Sentiasa bersemangat dalam jihadnya.

Tidak terikat dalam aktiviti dakwahnya.

Kesungguhannya dalam bekerja bukan untuk mendapatkan jawatan atau tampil sebagai pemimpin dalam dakwah.

Malah, hatinya sentiasa bersih dari itu semua, tidak berlumba-lumba sedikitpun untuk mencapainya  atau berhenti dalam kerja jika dipindahkan ke tempat yang lain; samada yang telah maju atau sedang mengalami kemunduran dalam dakwah, kerana dirinya merasai sebagai perajurit dakwah dalam berbagai keadaan apapun, yang siap sedia berbakti dan memberikan yang terbaik untuknya.

Abul ‘Ala Al Maududi berkata :

“Sesungguhnya fikrah yang diseru oleh para aktivis dakwah dengan penuh lemah-lembut, benar, hati yang jernih, bersikap ikhlas dalam beramal, berpegang pada prinsip, kosong dari sebarang kepentingan nafsu sememangnya mampu memberi kebahagiaan untuk manusia dan menjanjikan kesejahteraan dan kerehatan kepada manusia yang berada di dalam kesusahan.

Hasilnya, hati-hati yang ada secebis kebaikan pasti akan tertarik dengan dakwah ini”.

Begitu juga seorang penggerak dakwah yang jujur tidak menjadikan sikap peribadi dengan salah seorang saudaranya (walaubagaimanapun bentuknya) sebagai sebab untuk :

1.      Meninggalkan barisan.

2.      Berpisah dan menyimpang dari jalan dakwah.

3.      Melakukan penghinaan.

4.      Menyebarkan berita bohong atau dusta.

5.      Melakukan banyak kebatilan terhadap dakwah dan pembawanya.

Namun dirinya akan tetap :

a.      Pada keadaan asalnya.

b.      Fokus pada penjelasan akan hakikat dakwah.

c.      Memberikan gambaran yang jelas dan terang untuk dakwah.

d.      Taat pada dakwah dan para pemimpinnya.

e.      Sentiasa menolak berbagai berita bohong dan dusta yang ditujukan kepadanya dan kepada pemimpin dakwah mereka.

Neraca ‘tajarud’ menurutnya adalah :

1.     Menuju pada kebenaran dan mendukung hakikat kebenaran.

2.     Tidak membezakan antara kejelasan kebenaran pada tangannya atau pada tangan saudaranya yang lain.

3.     Memandang saudaranya yang lain sebagai rakan karib bukan pesaing.

4.     Bersyukur jika diberikan teguran akan kesalahannya dan kekeliruan ke atasnya.

5.     Memberikan nasihat kepada saudaranya dengan beradab dan beretika serta menggunakan cara-cara yang sesuai dengan syari’at Islam.

6.     Sentiasa aktif dalam berdakwah.

7.     Bersemangat untuk mencapai keberhasilan risalahnya.

8.     Sedar akan berbagai usaha yang ingin memecahbelahkan barisan yang dilakukan oleh musuh-musuhnya.

Sesungguhnya fenomena pertikaian, perpecahan dan perdebatan yang dialami oleh sebahagian penggerak dakwah memberikan isyarat kepada kita akan kurangnya ‘tajarud’ kepada Allah yang sebenarnya.

Ketika berlakunya perbezaan pendapat :

a.      Jika kita sentiasa  ‘tajarud’ kepada Allah dan pada kebenaran serta menyerahkan pada‘dhawaabith’ dan ‘tsawaabit’ yang telah disepakati, niscaya akan berkuranglah pertikaian, perdebatan dan perpecahan.

b.      Jika kita ‘tajarud’ kepada Allah  maka kita akan menerima nasihat dan kritikan samada untuk peribadi-peribadi kita, pemikiran-pemikiran kita atau tingkah laku kita.

c.      Jika kita ‘tajarud’ kepada Allah maka kita tidak akan menjadikan diri kita sebagai orbit perhatian dan gerakan kita.

d.      Jika kita ‘tajarud’ kepada Allah maka kita akan menetapkan jalan untuk memberikan keputusan kepada orang lain bersesuaian dengan yang diperintahkan oelh Allah swt kepada kita:

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS Al-Maidah :

Namun ketika ‘tajarud’ hilang dari kehidupan seorang muslim, maka dirinya akan diisi oleh :

1.      Hawa nafsu.

2.      Bangga pada diri sendiri.

3.      Bangga pada pendapat sendiri.

Kesemua perkara di atas merupakan pangkal kepada kehancuran.

“Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik”. (QS As-Shaff : 5)

“Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan mengikuti hawa nafsunya?” (QS Muhammad : 14)

Dalam sebuah  hadits, Rasulullah saw mengingatkan kita:

“Saling memerintahlah kamu pada yang ma’ruf dan melarang akan yang mungkar, sampai jika kamu melihat seseorang yang kikir, mengikuti hawa nafsu, terpengaruh dengan dunia dan bangga dengan pendapatnya sendiri maka fokuslah diri kamu sendiri dan tinggalkan pendapat orang awam..” (HR Abu Daud dan Tirmizi dan beliau menghasankannya)

Maka oleh sebab itu, marilah kita :

a.      Berpegang teguh pada dakwah yang jelas ini.

b.      Teruskan berjalan pada jalan dakwah ini.

c.      ‘Tajarud’ semata-mata untuk risalah ini.

d.      Ikhlaskan diri kita untuk Allah swt sebagai Tuhan kita.

e.      Bekerja niscaya Allah swt akan sentiasa bersama kita.

Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita tentang ‘Tajarud’ dan diberikan kekuatan untuk melaksanakannya.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk kami tetap bertajarud semata-mata keranaMu kerana sesungguhnya dakwah ini sangat memerlukan peribadi-peribadi yang ikhlas dan membersihkan segala niat dan pemikiran mereka dari segala kepentingan-kepentingan diri dan hawa nafsu yang akan menghalang perjalanan dakwah yang bersih dan suci ini menuju keridhaanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/02/mengkhususkan-diri-untuk-allah.html

Gambaran Pejuang Dakwah
Sesungguhnya dakwah menjadi tinggi dan mulia dengan :

a.       Ketinggian pengorbanan dan kemuliaan akhlak pendukungnya.

b.      Tingkatan kesetiaan pendukungnya terhadap manhaj yang diikuti.

Untuk tujuan tersebut, kita perlu menumpukan usaha untuk melahirkan peribadi-peribadi contoh melalui proses tarbiyah yang akhirnya akan menjadi pejuang dakwah.

Mereka akan memikul tugas dan tanggungjawab dakwah sehingga dakwah ini akan tersebar ke serata pelusuk dunia bagi :

1.      Merealisasikan perhambaan sepenuhnya kepada pemilik dakwah ini iaitu Allah swt.

2.      Menghapuskan kezaliman sesama manusia

Semua usaha-usaha di atas tidak mampu untuk diwujudkan melainkan mendapat taufiq dari Allah swt dan sebahagian dari ciri-ciri peribadi contoh tersebut adalah seperti berikut :

PERTAMA : MENJADIKAN DAKWAH SEBAGAI TUMPUANNYA

Imam Hasan Al-Banna pernah menyebut :

“Aku dapat menggambarkan peribadi pejuang adalah seorang yang dalam keadaan :

1.       Mempersiapkan dan membekalkan diri.

2.      Berfikir tentang keberadaannya pada segenap relung hatinya.

3.      Sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemampuannya.

4.      Berwaspada dan sentiasa dalam keadaan siap siaga.

5.      Bila diseru, ia menyambut seruan itu.

6.      Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya dan pekerjaannya, tidak melanggar ruangan yang ia persiapkan diri untuknya.

7.       Tidak melakukan sesuatu kecuali memenuhi misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya iaitu berjihad di jalanNya.

Kita dapat membaca perkara tersebut pada raut wajahnya.

Kita dapat melihatnya pada bola matanya.

Kita dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang boleh memberi petunjuk terhadap :

a.      Sesuatu yang bergolak dalam hatinya.

b.      Suasana tekadnya.

c.       Semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya.

d.      Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan segera di sebalik perjuangan.

Adapun seorang pejuang yang :

1.       Tidur sepenuh kelopak matanya.

2.      Makan seluas mulutnya.

3.      Tertawa selebar bibirnya.

4.      Menggunakan waktunya untuk bermain dalam kesia-siaan.

Maka adalah mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam golongan para mujahidin.”

KEDUA : BERGERAK KERANA ALLAH SWT

Keadaan seorang pejuang yang berlari memohon kesyahidan kepada Allah swt di saat melakukan tugas dakwah kepada Allah sebagaimana syahidnya ‘Urwah bin Mas’ud ats-Tsaqafi ra yang mendakwahkan kaumnya kepada Islam.

‘Urwah adalah seorang dari dua tokoh besar kaum musyrikin yang disebutkan dalam firman Allah tentang perkataan kaum musyrikin :

“Dan mereka berkata, “Mengapa Al-Qur’an tidak diturunkan kepada seorang besar dari salah satu dua negeri (Makkah dan Thaif) ini?” (QS Az-Zukhruf : 31)

Ketika ia menyatakan dirinya masuk Islam, sekaligus mendakwahkan kaumnya kepada Islam,  tombak dan anak panah bertubi-tubi datang dari segala arah merobek tubuhnya hingga akhirnya ia syahid.

KETIGA : MEMILIKI SEMANGAT YANG TINGGI

Seorang pejuang dakwah mesti mempunyai semangat yang tinggi sebagaimana semangat Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami ra yang pernah diceritakan oleh Ibnul Qayyim :

“Bila kamu ingin melihat  tahap semangat, lihatlah semangat Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami ra.

Rasulullah saw berkata: “Mintalah kepadaku.”

Rabi’ah mengatakan: “Aku ingin menjadi pendampingmu di syurga.”

Sementara orang lain ada yang meminta makanan dan pakaian.

KEEMPAT : MEMEGANG TEGUH JANJINYA

Seorang pejuang dakwah dibina untuk mengerti dan melaksanakan sikap “shiddiq” sebagai sikap mulia para sahabat ridhwanullahi’ alaihim.

Seperti kisah Anas bin Nadhr ra yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahwa Anas bin Nadhr tidak hadir dalam peperangan Badar.

Beliau mengatakan:

“Aku tidak ikut serta dalam perang pertama yang disaksikan olah Rasulullah saw. Bila Rasulullah kembali  berperang melawan kaum Quraisy setelah Badar, niscaya Allah ‘Azza wa Jalla akan memperlihatkan apa yang akan kuperbuat.”

Ketika berlakunya perang Uhud, umat Islam menderita kekalahan. Seseorang berkata kepada Anas bin Nadhr radhiallahu’ anhu: “Wahai Anas hendak kemana engkau?”

“Saya ingin menghampiri bauan syurga di sebalik Uhud.’

Anas berangkat hinggalah ia syahid. Di tubuhnya terdapat lebih dari lapan puluh luka akibat  tikaman pedang, tombak dan anak panah hingga jasadnya tidak dapat dikenali lagi oleh saudara perempuannya kecuali melalui pakaiannya.

Lalu turunlah firman Allah swt :

“Di antara orang-orang mu’min ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.” (QS Al-Ahzab : 23)

Demikianlah semestinya sikap teguh terhadap janji.

KELIMA : SEIMBANG DALAM SEMUA KEADAAN

Tarbiyah yang benar akan membina anggotanya agar memiliki sikap berani, namun tidak mengabaikan sikap berhati-hati, jauh dari sikap tergesa-gesa dan emosional.

Mungkin sedikit manusia yang mampu bersikap seimbang dalam melakukan perkara ini.

Seorang yang membiasakan dirinya bersikap berani akan sentiasa berusaha untuk memutuskan semua rintangan-rintangan yang mengikatnya.

Mereka juga memiliki ketaatan yang tinggi yang diikat oleh kesedaran syar’ie yang tepat, jelas, tidak mengikut-ngikut dan bukan sikap membabi buta.

Di sisi lain, kita mestilah sentiasa memelihara potensi yang Allah anugerahkan kepada diri kita dan secara khusus mengerahkan semua kekuatan kepada seluruh yang mendatangkan manfaat kepada dakwah.

Penyaluran potensi itu tidak seharusnya dibiarkan tanpa pengendalian, tanpa arah dan tujuan yang jelas. Kita perlu sentiasa mengiringinya dengan langkah perancangan yang matang.

KEENAM : KOMITED TERHADAP PETUNJUK NABAWI

Seorang pejuang dakwah sentiasa :

a.       Berjalan di atas jalan syari’at.

b.       Tunduk kepada sunnah.

c.        Menjauhi diri dari perilaku bid’ah dan semua yang tidak diperintahkan oleh Rasulullah saw.

d.       Mengikuti petunjuk Nabawi dalam setiap tindak tanduknya.

e.        Mengambil agamanya dari mata air Islam yang jernih dan minum dari sumber keimanan.

Apabila ditanya :

1.       Tentang prinsipnya, ia mengatakan : “Ittiba’” (mengikut petunjuk Nabawi).

2.      Tentang pakaiannya, ia mengatakan : “Taqwa.”

3.      Tentang matlamat serta tujuannya, ia mengatakan : “Ridha Allah.”

4.      Tentang di mana ia menghabiskan waktunya di waktu pagi hingga petang, ia menjawab: “Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang.” (QS An-Nur: 36) serta di medan dakwah untuk mengembalikan manusia ke jalan ‘Al-Haq’.

5.      Tentang nasabnya, ia mengatakan : “Ibu bapaku adalah Islam. Tidak ada ibu bapa selainnya sementara orang lain bangga dengan keturunan Qais atau Tamim.”

KETUJUH : SABAR

Seorang pejuang dakwah terbina dengan akhlak sabar sehingga di awal perjalanannya, mereka telah memahami apa yang diucapkan Ibnul Qayyim rahimahullah :

“Sesungguhnya sikap untuk lebih mengutamakan ridha Allah pasti akan berhadapan dengan permusuhan manusia, siksaan bahkan usaha mereka untuk membunuhnya. Yang demikian adalah sunnatullah di antara makhluk-Nya.

Jika tidak demikian, lalu apakah dosa para Nabi dan Rasul yang memerintahkan keadilan di antara manusia dan menegakkan agama Allah?

Maka barangsiapa yang lebih mengutamakan keridhaan Allah, niscaya ia akan mendapat permusuhan dari :

a.      Orang alim yang jahat.

b.      Manusia yang menyimpang.

c.       Orang yang jahil.

d.      Pelaku bid’ah.

e.       Orang yang berdosa.

f.       Penguasa yang bathil.

Barangsiapa berpegang teguh pada Islam secara sempurna, ia tidak dapat :

1.       Digoyahkan oleh manusia bahkan gunung sekalipun.

2.      Dihalangi oleh berbagai ujian, kekerasan dan rasa takut.

Mereka mengetahui bahwa kesabaran dapat diperolehi melalui dua perkara :

a. Tarbiyah di atas sikap zuhud di dunia.

b. Tarbiyah di atas sikap zuhud terhadap pujian.

Tidaklah seseorang itu menjadi lemah atau terlambat di atas jalan ini kecuali kerana kecintaannya yang sedemikian besar pada kehidupan, keabadian serta kecintaannya pada pujian manusia dan usaha menjauhi kecaman mereka.”

Jalan ini, bagi mereka, merupakan jalan yang pasti berhadapan dengan pendustaaan, pengusiran dan siksaan seperti ungkapan Ibnul Qayyim al-Jauzi rahimahullah :

“Seseorang yang berjalan menuju Allah swt adalah sebagai “uswah” (contoh tauladan). Dan itulah tingkatan yang sangat mulia. Seorang yang berakal cerdas rela meneladani kepada para Rasul Allah, para Anbiya’, Aulia’ dan orang-orang yang dipilih Allah dari para hambaNya.

Merekalah kelompok manusia yang paling berat ujiannya. Siksaan manusia terhadap mereka lebih cepat berjalannya daripada air mata.

Cukuplah, contoh kisah yang disebutkan tentang perjuangan para Anbiya’ alaihimus salam bersama umat mereka, juga perjuangan Rasulullah saw. Bagaimana siksaan musuh-musuh terhadap mereka. Siksaan berat yang belum pemah menimpa orang sebelum mereka.”

Waraqah bin Naufal pernah berkata kepada Nabi saw :

“Engkau pasti akan didustai, diusir dan disiksa.”

Kemudian baginda bersabda :

‘Tidak seorangpun yang datang sebagaimana yang aku perjuangkan kecuali ia akan mengalami keadaan serupa dengan apa yang ku alami.”

Hukum ini berlaku hingga kepada para pewaris-pewarisnya. Tidakkah seorang hamba ridha menjadikan hamba Allah yang terbaik sebagai contoh tauladannya.

KELAPAN : PEMBERI INFAQ YANG TIDAK KIKIR TERHADAP DAKWAHNYA

Ciri ini adalah sebagaimana yang disifatkan oleh Imam Hasan Al-Banna :

Mereka tidak kikir terhadap dakwah, meskipun mesti mengeluarkannya dari bahagian makanan anak-anak mereka, mengeluarkan darah mereka dengan harga yang mahal untuk keperluan utama, apatah lagi dari keperluan yang tidak mendesak.

Mereka, tatkala menanggung bebanan dakwah ini, benar-benar mengetahui bahwa ia merupakan jalan dakwah yang tidak mungkin dilalui dengan sedikit pengorbanan darah dan harta. Maka mereka keluarkan perkara itu seluruhnya kerana Allah swt.

Dari semua ciri-ciri dan sifat-sifat seorang pejuang dakwah di atas, boleh difahami bahwa  mereka sebenarnya tengah melakukan perjalanan menuju Allah swt bersama kelompok al-haq dan kafilah tauhid.

Mereka adalah orang-orang yang mempunyai keyakinan besar, para pendidik, manusia yang sedar dan berpegang teguh kepada Islam, yang sedang mempersiapkan diri dengan ilmu, keahlian untuk berangkat dan berjihad. Masing-masing berlumba untuk berangkat, dan bila mereka berangkat mereka lakukan dengan penuh “itqan” (tanggungjawab dan amanah).

Jika mengalami situasi sulit dalam peperangan, mereka bersabar. Mereka tidak akan rela sehingga dakwah mencapai tujuannya. Meskipun mereka perlu memeras seluruh kemampuan dan pemikiran mereka habis-habisan.

a. Bila mereka memberi perintah, perintah mereka jauh dari sikap memaksa.

b. Bila mereka taat kepada perintah, ketaatan mereka terbebas dari sikap merasa hina.

c. Bila mereka melontarkan kritikan, kritikan mereka jauh dari sifat merosakkan dan menghancurkan.

Mereka :

1.       Memiliki mempunyai disiplin yang tinggi.

2.       Teratur urusannya.

3.       Para murabbi.

4.       Perancang strategi menuju sasaran yang jelas.

5.       Orang-orang yang teguh pendirian.

6.       Komited.

7.       Yang apabila diberi amanah sebagai pemimpin mereka lakukan dengan ikhlas.

8.      Jika diletakkan sebagai pekerja, mereka lakukan dengan penuh ketaatan.

9.       Mampu berfikir untuk terus meningkatkan kemampuannya secara seimbang untuk sentiasa berusaha mengatasi masalah yang dihadapinya.

10.   Mengambil hukum suatu pekerjaan dan aktiviti dari fikirannya.

11.    Mereka merasa bertanggungjawab untuk membela Islam.

12.    Puas dengan jumlah yang sedikit.

Dalam jiwa mereka terdengar sebuah prinsip yang begitu indah :

“Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat.” (QS Ash- Shaff : 13)

Betapa mereka bekerja keras di waktu siang, betapa indahnya lantunan “zikir” mereka, yang mereka ambil dari keluarga Daud pada waktu sahur. Kemudian ketika mereka berhadapan dengan orang yang bengis dan keras, perkataan mereka adalah:

“Suatu tentera yang besar yang berada di sana dari golongan-golongan yang bersepadu, pasti akan dikalahkan.” (QS Shaad : 11)

Mereka bertolak ke arah yang jelas, bergerak bersama sikap komitmen dengan ketaqwaan. Sumpah setia mereka adalah sebenar-benarnya, ketaatan mereka bukan dalam keadaan terpaksa tapi penuh kesedaran, pandangan mereka penuh perhitungan, wawasan pemikiran mereka luas dan tidak sempit.

Masing-masing berprinsip menjadi pendukung setia terhadap pemimpinnya, cita-cita mereka adalah bertemu dengan Rabb sebagai syuhada’.

Mereka memandang tanggungjawab syari’at sebagai :

a.       Penyejuk mata.

b.      Penyenang hati.

c.       Penghidup ruh.

dan mencampakkan sistem ‘thaghut’ dan undang-undang yang bathil.

Para pejuang dakwah adalah yang sentiasa memerangi kehendak nafsu mereka. Hati mereka rindu pada ketaqwaan, merasa tenang dengan zikir. Mereka mengetahui bahwa jihad adalah aplikasi rahbaniyah Islam. Oleh kerananya mereka persiapkan diri dengan senjata, mereka hunus pedang serta bentangkan busur panah.

Mereka mengetahui bahwa roh-roh mereka akan kembali di antara penghuni kubur, mereka tinggalkan bangunan dunia, semangat mereka meninggi dan perilaku mereka menjadi lurus. Mereka adalah‘junudullah’ (tentera Allah) di manapun mereka berada.

Mereka adalah para imam, pemberi petunjuk dan pemimpin kaum beriman. Mata mereka sering terjaga di waktu malam dan mata mereka kerap mengeluarkan air mata. Berbahagialah orang yang berada dan berpegang teguh bersama mereka.

Para pejuang dakwah sentiasa komited dengan seruan Rasulullah saw secara zahir dan batin. Mereka berpendirian sebagaimana Rasulullah saw berpendirian. Mereka berjalan sebagaimana Rasulullah saw berjalan. Mereka ridha dengan keridhaan Rasulullah saw. Menyambut seruannya bila Rasulullah saw menyeru mereka.

Landasan mazhab mereka adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah, meninggalkan hawa nafsu, bid’ah, berpegang teguh dengan para imam dan berqudwah pada para salaf. Meninggalkan perbuatan bid’ah, berpendirian di atas apa yang ditempuh para generasi awal dari para sahabat, pembela Islam, sumber keimanan mereka berintikan sikap ihsan.

Pengetahuan mereka murni mengambil dari haruman wahyu dan hadits Rasulullah saw.

Para pejuang dakwah yang meyakini bahwa :

1.       Mempelajari ilmu ikhlas kerana Allah dapat melahirkan ‘khasyiah’ (ketakutan).

2.       Menuntut ilmu merupakan ibadah.

3.       Muzakarah mereka adalah tasbih.

Pembicaraan mereka adalah tentang “jihad”.Mereka menuntut ilmu hingga terbukalah hijab yang menyelimuti hati mereka, hilang kegelapannya yang diganti dengan fajar tauhid dan terpancar di dalamnya matahari keyakinan.

Jalan di hadapan mereka menjadi terang benderang, malamnya laksana siang. Hati dan jiwa mereka bangkit memperolehi al-Haq, dan meninggalkan selainNya.

Terlepas dari semua kehendak (iradah) mereka. Yang terpatri dalam hati mereka hanya bara ‘khasyiyah’(ketakutan) yang membakar.

Kerahsiaan mereka berhiaskan ‘Al-Haq’ dan keterbukaan mereka terhias oleh akhlak.

Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk kami menghiasi diri dan membina ciri-ciri pejuang dakwah yang akan mewarisi tugas dakwah dan pembentukan serta tugas-tugas yang ditinggalkan atau diamanahkan oleh Rasulullah saw.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/02/gambaran-pejuang-dakwah.html

tanya ustaz salam – Memilih mutarabbi muntij
Soalan:

Saya adalah insan yang paling bertuah kerana masih lagi dipilih Allah untuk istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. Sepanjang perjalanan dalam dakwah dan tarbiyah bermula dengan menjadi mutarobbi dan sekarang dalam usaha menjadi murobbi yg sukses, InsyaAllah. Namun halaqah yg saya kendalikan tidak pernah lama sama ada saya transfer ke daerah lain ataupun mutarobbi sambung belajar ke lain. Sekarang ini insyaAllah akan tetap di daerah ini dan sekarang alhamdulillah telah membawa halaqah student. Timbul dalam fikiran saya soal memilih “mutarobbi yg berpotensi”.

1. Bagaimanakah untuk memilih mutarobbi yg berpotensi? dan adakah saya perlu mengasingkan yg berpotensi ke dalam usrah yg baru.

2. Ke mana kita nak bentuk mutarobbi yg berpotensi ini dan bagaimana pula bagi mutarobbi yg kurg berpotensi?

Ibnu,

Jawapan:

Assalamu’alaikum wm.wb

Soalan yang saudara utarakan adalah satu soalan lumrah yang berlaku di alam tarbiah. Jzklh kerana saudara sharekan soalan saudara itu dan moganya ia akan menjadi panduan dan membantu kita untuk beramal secara lebih muntij.

Memilih mutarobbi yang berpotensi adalah penting dan mengendalikan mutarobbi secara tersusun baik dan melalui kaedah yang muntij juga penting. Ini kerana kita kekurangan masa. saudara yang bekerja di kilang tentunya sibuk dengan kerja di tempat saudara dan tidak mempunyai masa  yang banyak untuk bergelumang dengan mutarobbi saudara. Oleh itu perlu di utamakan apa yang utama dan kadangkala kita sedih kerana tidak dapat melakukan suatu yang kita ingin lakukan kerana kekangan masa.

Manusia yang inginkan dan perlukan tarbiah sangat ramai. tenaga yang ada sangat terhad. masa yang ada pada tenaga yang terhad itu juga terhad pula.

Oleh itu pemilihan mutarobbi adalah penting.

Apakah ciri-ciri yang perlu dalam pemilihan mutarobbi dan apakah yang perlu dilakukan oleh kita dalam proses membina dan mengendalikan mutarobbi? Bersambung …

Wassalam

Ustaz Salam

tanya ummu – Tempoh ta’aruf terlalu lama
Soalan:

Ummu Atifah yang di rahmati Allah, ana mempunyai satu kerisauan di dalam hati di sebabkan tempoh ta’aruf kami untuk mendirikan baitul muslim ini mungkin mengambil masa yang lama, yakni dua tahun sebelum di benarkan berkahwin.

1. Apakah step/langkah untuk ana menjaga hati dan menjauhi perkara-perkara yg boleh mengurangkan keberkatan dalam perkahwinan kami nanti.

2. Apakah cara yang terbaik untuk ana menjaga hubungan dengan keluarga akhwat tersebut sepanjang tempoh menunggu ini memandang keluarga akhwat tersebut bukanlah dari kalangan keluarga ikhwah/akhwat

3. Apakah perkara yg dibenarkan untuk membolehkan saya berhubung dengan akhwat tersebut.

Ana harap Ummi dapat memberi pendapat secara telus agar Baitud-Dakwah yg saya impikan selama ini tidak bertukar menjadi Baitul-Futur dalam jalan dakwah ini kerana kerisauan ana lagi bertambah bila ramai sahabat-sahabat ana yang menghilang setelah melangkah ke anak tangga yang kedua ini. Na’udzubillah. Sesungguhnya ana sangat sayangkan jalan dakwah ini dan ingin menjadi seperti pakcik makcik yang ana lihat masih istiqamah dalam jalan dakwah ini.

Yusof, Kerja Kilang

Jawapan:

Wa’alaikumussalam wbt.

Anak umi, sesungguhnya Allah swt sedang menguji keimanan ank umi, justeru kembalilah kepada Allah swt anak umi.

1. Solat istikharah – sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui waktu yg paling diberkatiNya untuk anak umi bernikah.

2. Berbincang dengan ibubapa anak umi untuk nikah awal. Boleh umi tahu apa yang menyebabkan anak umi terpaksa bertunang lama?

3. Berhubung yang dibenarkan hanya untuk mu’amalah dengan kehadiran mahram. Sekiranya terpaksa berhubung untuk menyelesaikan sesuatu perkara, cckn sms kepada ahli keluarga/ melalui walinya@ keluarganya.

4. Bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran terhadap batas hijab Allah swt ketika pertunangan, anak umi banyak munajat kepada Allah swt, zikrullah, pelihara suruhan Allah dengan melakukannya, pelihara larangan Allah swt dengan meninggalkannya dan pelihara hukum2 Allah swt dengan haqnya.

5. Sibukkan diri dengan munajat kepada Allah swt, da’awah dan tarbiyyah.

6. akhir sekali anak umi, banyak2kan zikrullah dan istiqamah dengan rasa tawadhu’ dan khusyuk kepada Allah swt, InsyaAllah anak umi akan sentiasa dbantu oleh Allah swt.

7. Berwudhu’ 24 hrs. Mulakan hidup slps solat subuh dgn bacaan Alquran, solat dhuha, solat taubat sebelum tidur, qimulail, videokn kehidupan soleh ‘abid dan khalifah Allah swt brpndukn Alquan dan. Sunnah Rasulullah saw.

Smg Allah membantu ank umi utk taat kpdNya.

Wassalam

Ummuatifah

Al-Mathurat Sughro PDF
Al-Mathurat Sughro PDF ini sesuai utk di gunakan di iphone / android. Edisi untuk bacaan harian tanpa terjemahan.

Download:

1. Al-Mathurat Sughro - Al-Mathurat Sughro (1350)

2. Icon Al-Mathurat

- Create shortcut via app

- Replace icon via gallery

Mengalirkan Sumber Kekuatan
Sesungguhnya Al-Qur’an Al-Karim yang diturunkan oleh Allah swt adalah punca “tenaga” atau kekuatan bagi kaum muslimin dan ia adalah sebesar-besar sumber tenaga dalam kehidupan ini.

Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (QS Al-Maidah : 15-16)

Namun amat malang bahwa sumber kekuatan itu kini dicampakkan oleh kaum muslimin sendiri sehingga hati mereka menjadi gelap dan susunan atau tatacara kehidupan pun menjadi rusak.

Imam Hasan Al-Banna dalam memberikan “taujih” (pengarahan) tentang tugas dakwah, telah  memberikan perumpamaan dengan perkataannya :

“Di setiap bandar terdapat pusat penjana tenaga elektrik. Para pegawai memasang peralatan-peralatan, tiang dan kabel di seluruh penjuru bandar dan selepas itu aliran tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, nescaya seluruh penjuru bandar akan menjadi gelap gulita. Padahal pada ketika itu, tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, hanya sahaja tenaga elektrik yang ada itu tidak dialirkan dan tidak dimanfaatkan.”

TUGAS PENDAKWAH

Tugas kita sebagai pendakwah adalah seperti tugas para pegawai elektrik iaitu :

“Mengalirkan kekuatan ini dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar sentiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya.”

Allah swt berfirman :

“Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?” (QS Al-An’am : 122)

Tatkala kita ingin memikat hati objek dakwah, kita mesti ingat bahwa kita adalah :

Seorang PENDAKWAH.

BUKAN

Seorang ULAMA’ ATAU FUQAHA’.

Tatkala kita berdakwah, kita mesti ingat bahwa kita sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka kita mesti memikirkan apakah hadiah yang paling sesuai untuk kita berikan dan bagaimana cara memberikannya.

Sehubungan dengan ini, ada satu kisah di zaman Imam Hasan Al Banna di mana dalam salah satu sesi pengajian, Imam Hasan Al Banna dikejutkan dengan satu pertanyaan :

“Bagaimana pendapat Ustaz mengenai tawasul?”

Beliau berkata kepadanya :

“Wahai akhi, aku yakin yang engkau bukan hanya hendak bertanya tentang ini sahajakan?

Engkau juga ingin bertanya tentang :

Membaca salawat dan Assalamu’alaikum kepada Nabi sesudah azan.

Amalan membaca surah al-Kahfi pada malam Juma’at.

Mengucapkan perkataan sayyidina untuk Rasulullah saw sewaktu tahiyyat.

Nasib kedua-dua orang ibu bapa Rasulullah saw di akhirat nanti sama ada ditempatkan di syurga ataupun di neraka.

Bacaan Al-Qur’an, apakah pahalanya sampai kepada mayat atau tidak.

Halaqah-halaqah yang diadakan oleh ahli tariqat, apakah perkara itu merupakan bentuk kemaksiatankah ataupun taqarrub kepada Allah.”

Imam Hasan Al Banna sengaja mengungkapkan kepada si penanya tentang berbagai-bagai masalah khilafiyah yang menyebabkan fitnah dan perselisihan keras di antara mereka lalu si penanya pun hairan terhadap apa yang baru dikemukakan dan menjawab,

“Ya, benar. Saya memang ingin jawapan mengenai itu semua.”

Imam Hasan Al Banna kemudian berkata kepadanya :

“Wahai Akhi, aku ini bukan ulama’. Aku hanyalah seorang guru biasa yang hafal sebahagian daripada ayat-ayat Al-Qur’an, sebahagian hadis Nabi serta sebahagian dari hukum-hukum agama yang kubaca dalam beberapa kitab, lalu aku berusaha mengajarkannya kepada orang lain. Jika engkau membawa perbincangan kita keluar daripada ruang lingkup ilmu yang aku miliki itu, ertinya engkau telah membuatkan aku berhadapan dengan kesulitan. Siapa yang menjawab tidak tahu, sebenarnya ia telah berfatwa.

Oleh itu, jika engkau suka apa yang aku ajarkan dan engkau dapat apa-apa manfaat daripadanya, itulah yang aku inginkan dan silalah dengar. Namun jika engkau menginginkan jawapan dan pengetahuan yang lebih dalam, maka rujuklah kepada orang lain. Tanyakan kepada para ulama’ yang ahli. Merekalah yang mampu memberikan fatwa kepadamu mengenai apa yang engkau inginkan itu.

Adapun aku, hanya setakat inilah ilmu yang aku ada. Sesungguhnya Allah tidak membebankan seorang hamba itu lebih daripada kemampuannya.”

HALANGAN DAKWAH

Permasalahan yang menghalang seorang pendakwah di tengah-tengah medan dakwah adalah permasalahan yang muncul dari dalam dirinya, padahal orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan mampu memberikan sesuatu.

“Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sukar baginya untuk masuk.”

“Manusia yang hatinya terkunci sehingga sukar dimasuki oleh dakwah, bagaikan sebuah peti besi besar yang sebenarnya dapat dibuka hanya dengan kunci yang kecil.”

Demikianlah persoalannya, yang sesungguhnya kembali kepada diri pendakwah itu sendiri, iaitu berkaitan dengan :

1. Potensi dirinya secara ruhiah.

2. Kecekapannya untuk membuat program.

3. Ketahanan dalam mewujudkannya.

Jika kita telah faham bahawa syaitan juga membuat program untuk para pengikutnya dengan langkah-langkah yang bertahap sebagaimana firman Allah swt :

“Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.” (QS Al-Baqarah: 168)

Maka sudah selayaknya seorang pendakwah juga membuat program dan langkah-langkah dalam mengambil simpati objek dakwahnya.

Sungguh sangat jauh perbezaan antara tujuan syaitan dengan tujuan orang-orang yang beriman.

Allah swt berfirman :

“Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuh kamu). Jika kamu menderita kesakitan (kekalahan), maka mereka sesungguhnya juga menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya. Sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa’ : 104)

Oleh kerana itu, seorang pendakwah hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.

Tugas seorang pendakwah adalah seperti tugas seorang :

1. Guru.

2. Doktor.

Di mana mereka akan memberikan formula / ubat yang sesuai dengan masalah / penyakit yang dihadapi oleh pelajarnya / pesakitnya.

Tidak masuk akal kalau semua pelajar / pesakit diberi formula / ubat yang sama kerana pelajar / pesakit mereka tentu berbeza-beza tahap permasaalahannya antara satu sama lain.

Guru dan doktor adalah pendakwah yang paling berjaya jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dengan berdasarkan keimanan kepada Allah dan untuk menegakkan agamaNya.

Berdasarkan kepada alasan inilah, para pengembang agama Kristian dalam memerangi dunia Islam memusatkan perhatian mereka pada universiti-universiti dan hospital-hospital serta menyalurkan berbagai bentuk bantuan.

Tugas guru adalah menghayati :

a. Hati pelajar.

b. Pola pemikiran pelajar.

Lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit sehingga tujuan yang hendak dicapai

terlaksana.

Manakala tugas doktor pula adalah :

a. Menghapuskan penderitaan pesakit dengan kata-kata yang dipenuhi keimanan.

b. Memberikan ubat yang sesuai.

Apakah mungkin seorang pendakwah mampu mengajak orang lain untuk kembali kepada ajaran-ajaran Islam tanpa memberikan kasih sayang kepadanya?

Perilaku dan keteladanan seorang pendakwah yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah.

Ibarat “remote control” yang dapat digunakan untuk menukarkan siaran televisyen dari jarak yang jauh tanpa perlu menggunakan kabel.

“Begitu juga dengan seorang pendakwah yang ikhlas dan penuh kasih sayang, ia tidak akan menghadapi kesukaran memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain.”

Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa irihati dan dengki itu dapat memberikan mudharat.

Maka,

Tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

SUMBER KEKUATAN IMAM HASAN AL BANNA

Antara sumber kekuatan Imam Hasan Al Banna ialah :

PERTAMA

Semangat untuk berdakwah yang luar biasa.

Yakin dan puas dengan berdakwah.

Memberikan dedikasi tertinggi dalam dakwah dengan segala kemampuan dan instrumen yang dimiliki.

Semua itu merupakan syarat pokok dan ciri-ciri asas bagi seorang pendakwah dan pemimpin. Di tangan mereka inilah, Allah swt mengalirkan kebaikan yang sangat banyak.

KEDUA

Selain dari itu, ia juga memiliki pengaruh yang sangat mendalam terhadap sahabat dan murid-muridnya serta kejayaan yang cemerlang dalam tarbiyah dan pembentukan. Beliau adalah :

Pembangun generasi.

Pentarbiyah bangsa.

Pemegang madrasah.

yang mampu memberi pengaruh kepada objek dakwah berbekalkan pengetahuan, pemikiran dan perilaku yang baik.

Beliau juga menjadi simbol dan karakter yang sentiasa hidup serta menjadi rujukan, bila dan walau di manapun pengikutnya berada.

KETIGA

Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah swt.

Ada satu kisah yang diceritakan oleh Umar At-Tilmisani, salah seorang pengikut Imam Hasan Al Banna.

“Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Setelah selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam, kami semua sangat letih kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan aku mendapat bilik yang sama dengan Imam Al Banna.

Aku terasa sangat penat sekali dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat subuh. Kami pun berbaring di tempat tidur masing-masing.

Tidak beberapa lama kemudian beliau memanggilku, “Umar, sudah tidur ?”.

Aku jawab, “Labbaika, belum Mursyid.”.

Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tak beberapa lama kemudian, beliau bertanya lagi hal yang sama, “Umar, kamu sudah tidur ?”.

Aku jawab, “Labbaika, belum Mursyid”.

Dalam hatiku bertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi.

Oleh kerana aku sudah sangat letih, akhirnya aku tidak menjawab dan membiarkan beliau menyangka aku sudah terlelap.

Dengan mengira aku sudah tidur, tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Di dalam bilik mandi kudengar beliau dengan sangat hati-hati berwudhu’, agar percikan airnya tidak sampai membangunkanku.

Kemudian kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap kiblat lalu beliau pun solat malam (qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah!!, begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.”

KEPENTINGAN PANCAINDERA

Dari huraian dan kisah-kisah yang dipaparkan di atas, kita dapat mengetahui betapa berharganya pancaindera yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia.

Pancaindera adalah bahagian terpenting dari tubuh manusia sedangkan jasad secara keseluruhannya adalah sebagai tempat tinggal bagi pancaindera tersebut.

Allah swt berfirman :

“Katakanlah, ‘Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu?’ Perhatikanlah bagaimana berkali-kali Kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga).” (QS Al-An’am : 46)

“Katakanlah, ‘Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati.’” (QS Al-Mulk : 23)

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) lidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (QS Al-A’raf : 179)

Orang yang tidak mengetahui dan mensyukuri nikmat Allah swt berupa pancaindera adalah orang yang tidak mengetahui sumber kehidupan yang amat besar.

Allah swt berfirman ;

“Ataukah seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya lagi awan; gelap gulita yang tindih-menindih, apabila ia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tidaklah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (QS An-Nur : 40)

Dengan kehilangan pancaindera, manusia akan menjadi sebentuk makhluk yang tidak hidup dan tidak mati. Ia menjadi makhluk yang tidak berguna.

Kalau sudah begitu, maka ia tidak akan mampu memberikan pengaruh kepada orang lain kerana alat pengirim dan penerima sudah tidak lagi berfungsi seperti orang yang tidur di atas katil empuk tetapi ia tidak menyedarinya kerana pancainderanya sudah tidak berfungsi lagi.

Manusia yang sedemikian itu memerlukan orang lain yang boleh membangunkan dirinya dari tidurnya  yang lelap.

Allah swt berfirman :

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan itu ia dapat berjalan di tengah-tengah manusia, serupa dengan orang yang keadaannya dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?” (QS Al-An’am : 122)

Marilah kita perhatikan gambaran-gambaran berikut :

“Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Bagi mereka siksa yang amat berat.” (QS Al-Baqarah : 7)

“Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Apabila kamu menyebut Tuhanmu sahaja dalam Al-Qur’an, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya.” (QS Al-Isra’ : 46)

AKIBAT TIDAK MENGGUNAKAN PANCAINDERA

Orang yang tidak menggunakan pancainderanya adalah orang yang hidup dalam “dunia khayalan”sehingga alam sekitarnya tidak akan melihat dan merasakan keberadaannya serta tidak akan sedih jika ditinggal pergi.

Mereka tidak memahami :

1. Makna hidup yang sebenarnya.

2. Tujuan penciptaan.

3. Tanggungjawab yang ditaklifkan.

Adapun pendakwah, ia ibarat “qalbu” (hati), maka barangsiapa yang tidak melaksanakan fungsi hatinya, ia tidak akan mendapatkan sambutan dari masyarakatnya.

Allah swt berfirman :

“Maka disebabkan rahmat Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS Ali Imran : 159)

Hati yang beriman adalah sumber penggerak sebagaimana firmanNya :

“Tiada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan seizin Allah. Barangsiapa beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (QS At-Taghabun : 11)

PERASAAN DAN KASIH SAYANG “BAHASA” ANTARABANGSA

Perasaan dan kasih sayang adalah “bahasa” antarabangsa yang digunakan oleh pendakwah dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga kepada orang yang bisu sekalipun.

Dengan rahmat Allahlah kita berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kita bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhi kita, wahai para pendakwah.

“Bahasa” ini ibarat mata wang yang ditetapkan untuk digunapakai oleh setiap negara secara sejagat.

Dengan “bahasa” inilah, generasi pertama umat ini dapat menaklukkan dunia. Mereka adalah lampu kehidupan.

“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau mempergunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” (QS Qaaf : 37)

Oleh kerana itulah, barangsiapa yang tidak :

Mengingati.

Merasakan.

Terpengaruh.

oleh setiap keburukan atau keindahan, maka dia adalah orang yang tidak mempunyai hati.

Justeru, marilah kita mengambil pengajaran dari kata-kata Syeikh Jum’ah Amin bahwa :

“Kita menakluki manusia dengan kasih sayang”

Ya Allah, jadikanlah kami pengalir tenaga yang akan mengalirkan tenaga dari sumber kekuatan yang tidak akan kehabisan iaitu kalamMu, Al Qur’an Al Karim. Berilah kekuatan kepada kami sehingga kami mampu menggunakan setiap pancaindera yang dikurniakan oleh Engkau bagi melaksanakan fungsi-fungsinya dengan betul dan limpahkanlah perasaan halus dan kasih sayang dalam hati kami yang akan menjadi senjata kami untuk menaklukkan setiap hati manusia walau di mana mereka berada.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/02/mengalirkan-sumber-kekuatan.html