Tanya Ummu Atifah
Ruangan ini khusus untuk ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat untuk bertanyakan pelbagai persoalan tentang kewanitaan dan kekeluargaan bersama Ummu Atifah. Ummu Atifah merupakan Pakar Motivasi dan Kaunseling Baitul Muslim dan di lantik khas oleh dakwah.info untuk merungkai isi hati anda. Anda boleh bertanya pelbagai soalan dengan mengisi email / borang ini.
| Resah ibu muda yang masih belajar |
|
|
|
| Wednesday, 09 September 2009 19:11 |
|
Soalan:
~Ibu muda Jawapan: Wa'alaikumusalam warahmatullah, anakbuah umi - Ibu Muda. Ramadhan Al-Mubarak, Semoga Allah swt terus merahmatimu dan bersyukur kerana ALlah swt telah memilihmu untuk menjadi ummul mu'minah bagi generasi Al-Quran akhir zaman satu hari nanti, InsyaAllah. MasyaAllah, mumtaz! anakanda ibu Muda telah melakukan sesuatu yang amat berharga di sisi Allah swt untuk mendapat "Quratul'ain" daripada zuriat. Firman Allah swt : Surah Furqan : 74. "Dan orang2 yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri2(pasangan) kami dan keturunan(zuriat) kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertaqwa."
Nasihat umi, 1. Anakanda ibu Muda perlukan sedikit pengurusan masa dan pembahagian kasih sayang dan perhatian antara : a. haq Allah swt dan RasulNya- tanggungjawab sebagai seorang Muslim(ibadah, da'wah) b. haq terhadap suami - layanan(zahir dan batin), perhatian, makanan, kebajikannya c. haq sebagai ibu kepada anak2 soleh - kebajikan, pendidikan rohani dan jasmani, aqidah dsb. d. haq ibu bapa - kebaktian kepada mereka. e. haq ummah - bimbing masyarakat kembali kepada Islam dan taat kepada Allah swt- sebagai penciptanya. 2. Solat istikharah minta : a. bantuan ALlah swt untuk kita mengagihkan tanggungjawab yang dipikul dengan adil, berkesan dan berkat di sisiNya. 'Priority' - masa untuk Allah swt dan rasulNya, suami, anak2, ibu bapa dan ummah b. Allah swt memberkati masa untuk kita. - Tugasan lebih banyak dari masa yang kita ada. Doa agar ALlah swt mempermudahkan kita melaksanakan setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikanNya dengan sempurna dalam masa yang singkat. c. Doa agar Allah swt bantu kita dalam setiap detik - tidak membiarkan kita menentukan nasib kita sendiri walau hanya sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. (rujuk doa mathurat). doa juga agar anak kita tidak mudah meragam, sebaliknya membantu kita untuk melaksanakan ubudiyyah kepada ALlah swt dan tanggungjawab mu'amalah yang lain- layan ayahnya yang mahu bermanja juga etc. 3. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar juga perlu di penuhi. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah kerana ilmu dan keluasan hidup ini adalah milikNya. Mintalah kepadaNya dengan doa-doa yang mathur supaya mudah faham dan berjaya untuk mendapat segulung ijazah. Moga dengan itu dapat di sumbangkan untuk jalan Allah. Akhir kalam, selamat melayari bahtera pernikahan yang diredhai Allah swt bagi melahirkan pejuang-pejuang Islam dari rumahtangga Muslim tanpa masaalah, insyaAllah. Sekiranya ada masalah juga - marilah ikuti Modul Siri Rumahtangga Cemerlang yang umi adakan - sebanyak 2 fasa. Fasa 1 - teori - fungsi dan tujuan institusi kekeluargaan menurut Al-Quran dan Sunnah. Fasa 2 : Tips praktikal dan hafala doa untuk membentuk rumahtangga yang sakiinah, mawaddah dan penuh rahmah Allah swt- Keintiman hubungan suami isteri di bawah lembayung rahmat Allah swt membentuk keluarga muslim Cemerlang. InsyaAllah, Uhibbukumfillah untuk Ibu Muda, suami dan cucunda.
|
- 0
- 1
- 2
Resah ibu muda yang masih belajar![]() Soalan: Salam Ummu. Saya baru sahaja menimang cahaya mata dan merasa sangat bahagia. Cuma kadang-kala saya merasakan seperti hilang fokus atau minat kepada perkara selain y... |
Ibu Bapa Pilih Kasih![]() Soalan: Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala ... |
Mahu menerima lamaran atau tidak?![]() Soalan: Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan ... |
Tahnik - Sunnah Menyambut Kelahiran Yang Di Tunggu![]() Oleh: Thoriq Ahmad Sungguh indah cara hidup Islam yang sangat memerhatikan keperluan manusia. Sedari lahir, Islam sudah mempunyai rencana yang tersendiri dan unik untuk men... |
Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak K![]() Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, ... |
Wanita dalam Islam![]() Oleh: Mahdi Akif, Mursyid 'Aam IM Bismillaahirrahmaanirrahiem Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam atas Rasulullah saw. juga atas mereka yang berjalan bersamanya. ... |
Saatnya Untuk Menikah![]() "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau ridho terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan... |
Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan mengani![]() Oleh Dr Suriya Osman ISTERI yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segal... |
Wanita dan Dakwah![]() Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam ... |
Peranan Wanita Muslimah![]() Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau. Kita meng... |
Di sisi mujahid, ada mujahidah .![]() Oleh: Seruan Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa ... |
Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim![]() Oleh: Mustafa Masyhur Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan ... |
Membiasakan anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran![]() Oleh: Zulia Ilmawati (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga) Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-s... |
Pendidikan Seks Untuk Anak![]() Oleh: Zulia Ilmawati Psikolog, Pemerhati Masalah Anak dan Remaja Perdebatan tentang perlu-tidaknya pendidikan seks diberikan kepada anak bermula dari keprihatinan terhadap ... |
|




Salam Ummu. Saya baru sahaja menimang cahaya mata dan merasa sangat bahagia. Cuma kadang-kala saya merasakan seperti hilang fokus atau minat kepada perkara selain yang berkaitan dengan bayi saya. Saya tidak menyedari hal ini sehinggalah ditegur oleh suami. Bolehkah Ummu berikan tips bagaimana untuk saya menyesuaikan diri dalam keadaan yang serba baru ini? Untuk makluman, saya masih lagi bergelar mahasiswi dan sedang berusaha mendapatkan ijazah pertama saya. Terima kasih Ummu.







