Tanya Ummu Atifah

Ruangan ini khusus untuk ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat untuk bertanyakan pelbagai persoalan tentang kewanitaan dan kekeluargaan bersama Ummu Atifah. Ummu Atifah merupakan Pakar Motivasi dan Kaunseling Baitul Muslim dan di lantik khas oleh dakwah.info untuk merungkai isi hati anda. Anda boleh bertanya pelbagai soalan dengan mengisi email / borang ini.

Ibu Bapa Pilih Kasih PDF Print E-mail
Wednesday, 09 September 2009 19:08

Soalan:

Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala tingkah laku saya seperti tidak ada yang kena di mata mereka. Saya merasa tersinggung kerana kerap dibanding-bandingkan dengan adik beradik yang lain terutama dalam bidang pelajaran. Bantulah saya untuk selesaikan masalah ini.
~ Amir

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh anakanda Amir, semoga Allah swt merahmatimu bermula ramadhan Al-Mubarak tahun ini hingga ke akhirat kelak. InsyaAllah.
Anakanda merupakan insan yang dipilih oleh Allah swt untuk diber hidayah dan taufiq olehNya. Bersyukurlah nak. Firman Allah swt dalam Al-Quran : Sambutlah perintah Allah swt kepada kita semua untuk melakukan kebaktian dan doa kepada kedua ibubapa kita dalam Surah Al-Israa’ : 24.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

Nasihat umi :

1. Anakanda Amir amalkan doa ini - sekurang2nya 5 kali sehari semalam (selepas solat) - bayang wajah ibu dan ayah Amir dengan penuh kasih sayang ketika membaca doa ini. Alirkan gelombang positif kasih sayang pada mereka. Tambah doa agar Allah swt limpahkan kasih sayang kepada ibu dan ayah untuk membimbing Amir untuk menjadi anak yang soleh.

2. Amir sentiasalah bersangka baik dengan ibu dan ayah. Tiada ibu dan ayah yang tidak sayang pada anaknya - cuma kadang2 mereka tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan kasih sayang itu. Dalam masa yang sama kadang2 mereka pun agak keliru/tidak tahu bagaimana nak mendekati atau menasihati anak2nya yang canggih di alaf baru ni.  Sekiranya mereka marah tidak semestinya mereka tidak sayang. Justeru maafkanlah mereka.

3. Langkah positif yang boleh Amir lakukan ialah :

a. Solat istikharah minta doa pada ALlah swt apa yang patut Amir lakukan untuk kebaktian kepada ibu bapa. Berapa umur Amir ? Contoh cuba bantu kerja2 di rumah- belajar masak@ kemas rumah, cari rezeki halal- beri sedikit untuk bantu ibu ayah dan sebagainya - niat ikhlas lillahita'ala untuk bantu ibu ayah.

4. Akhir sekali - teruslah berbuat baik kepada ibu bapa, terus berdoalah untuk mereka, lemah lembut pada mereka, rendah diri, minta maaf selalu dan minta mereka bimbing Amir untuk jadi anak yang soleh.  Semoga Allah swt membantumu untuk terus menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.

Akhir kalam, doa dari ummu untuk AMir sekeluarga. Ma'assalamah, Fi 'amalillah.

 

Add comment


Security code
Refresh

  • 0
  • 1
  • 2
prev
next

Resah ibu muda yang masih belajar

News image

Soalan: Salam Ummu. Saya baru sahaja menimang cahaya mata dan merasa sangat bahagia. Cuma kadang-kala saya merasakan seperti hilang fokus atau minat kepada perkara selain y...

Ibu Bapa Pilih Kasih

News image

Soalan: Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala ...

Mahu menerima lamaran atau tidak?

News image

Soalan: Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan ...

Tahnik - Sunnah Menyambut Kelahiran Yang Di Tunggu

News image

Oleh: Thoriq Ahmad Sungguh indah cara hidup Islam yang sangat memerhatikan keperluan manusia. Sedari lahir, Islam sudah mempunyai rencana yang tersendiri dan unik untuk men...

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak K

News image

Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, ...

Wanita dalam Islam

News image

Oleh: Mahdi Akif, Mursyid 'Aam IM Bismillaahirrahmaanirrahiem Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam atas Rasulullah saw. juga atas mereka yang berjalan bersamanya. ...

Saatnya Untuk Menikah

News image

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau ridho terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan...

Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan mengani

News image

Oleh Dr Suriya Osman ISTERI yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segal...

Wanita dan Dakwah

News image

Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam ...

Peranan Wanita Muslimah

News image

Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau. Kita meng...

Di sisi mujahid, ada mujahidah….

News image

Oleh: Seruan Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa ...

Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

News image

Oleh: Mustafa Masyhur Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan ...

Membiasakan anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran

News image

Oleh: Zulia Ilmawati   (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga) Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-s...

Pendidikan Seks Untuk Anak

News image

Oleh: Zulia Ilmawati Psikolog, Pemerhati Masalah Anak dan Remaja Perdebatan tentang perlu-tidaknya pendidikan seks diberikan kepada anak bermula dari keprihatinan terhadap ...