Tanya Ummu Atifah
Ruangan ini khusus untuk ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat untuk bertanyakan pelbagai persoalan tentang kewanitaan dan kekeluargaan bersama Ummu Atifah. Ummu Atifah merupakan Pakar Motivasi dan Kaunseling Baitul Muslim dan di lantik khas oleh dakwah.info untuk merungkai isi hati anda. Anda boleh bertanya pelbagai soalan dengan mengisi email / borang ini.
| Mahu menerima lamaran atau tidak? |
|
|
|
| Wednesday, 09 September 2009 19:04 |
|
Soalan:
~ Pelajar IPT Jawapan: Salam ukhuwwah buat anakbuah umi yang bertanya, semoga Allah swt merahmatimu kerana bertanya di bulan mulia lagi barokah, Ramadhan Al-mubarak ini. Nasihat umi ialah :
1. Anakanda solat istikharah minta Allah swt bantu dalam membuat keputusan yang terbaik untukmu di sisiNya.Tips dan petua beramal solat istikharah :
a. boleh dibuat pada bila2 masa, membaca sebarang surah selepas al-fatihah, dilakukan ikhlas lillahita'ala. Beristikharah merupakan tabiat orang yang beriman dalam menghadapi urusan untuk membuat pilihan yang tepat.
b. Doa selepas solat istikharah :
"Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon petunjukMu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmuMu dan aku memohon kekuatan kepadaMu untuk mendapat penyelesaian dengan kekuasaanMu, aku memohon anugerahmu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha Berkuasa, sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa..............(sebut nama lelaki yang meminang itu...sebut hajatnya cth : Dia adalah lelaki yang Engkau utus/redha untuk menjadi suamiku yang bertaqwa dunia dan akhirat), baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Bagaimanapun, apabila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu membahayakan diriku berkaitan agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian taqdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana2 saja dan berilah redaMu kepadaku," Rujukan Riwayat Al-bukhari no 1162, 6382, 7390.
2. Setelah anakanda solat dan merasa senang dan aman dengan keputusan untuk menerimanya -
a. Berbincang/bermesyuaratlah dengan ibu dan ayah. Firman Allah swt : Surah Ali Imran : 159
"Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal2 keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah swt mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya".
Setelah ibubapa setuju
b. Suruhlah lelaki tadi untuk masuk menghantar ibubapanya datang meminang.
3. Sekiranya anakanda berdua ditaqdirkan Allah untuk menjadi suami isteri - sebelum bernikah - hubungi umi kembali untuk mengikuti Modul Kursus Pra-Perkahwinan - Siri rumahtangga Cemerlang dalam 2 fasa -
a. Fasa 1 : Bakal suami isteri untuk mendapat pengisian tentang fungsi dan tujuan institusi kekeluargaan dalam Islam, haq dan tanggungjawab suami isteri dan prosedure pernikahan menurut Al-Quran dan Sunnah.
b. Fasa 2 : dilaksanakan secara berasingan bakal suami dan isteri. hafalan doa bersama, doa rumahtangga bahagia, doa mendapat anak soleh etc. Tips dan adab mengetuk pintu menurut Al-Quran dan Sunnah.
Akhir kalam semoga Allah swt membantu anakanda membuat keputusan yang tepat di sisiNya.
Uhibbukunfillah.
Salam ukhuwwah,
Ummu Atifah. |
- 0
- 1
- 2
Resah ibu muda yang masih belajar![]() Soalan: Salam Ummu. Saya baru sahaja menimang cahaya mata dan merasa sangat bahagia. Cuma kadang-kala saya merasakan seperti hilang fokus atau minat kepada perkara selain y... |
Ibu Bapa Pilih Kasih![]() Soalan: Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala ... |
Mahu menerima lamaran atau tidak?![]() Soalan: Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan ... |
Tahnik - Sunnah Menyambut Kelahiran Yang Di Tunggu![]() Oleh: Thoriq Ahmad Sungguh indah cara hidup Islam yang sangat memerhatikan keperluan manusia. Sedari lahir, Islam sudah mempunyai rencana yang tersendiri dan unik untuk men... |
Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak K![]() Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, ... |
Wanita dalam Islam![]() Oleh: Mahdi Akif, Mursyid 'Aam IM Bismillaahirrahmaanirrahiem Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam atas Rasulullah saw. juga atas mereka yang berjalan bersamanya. ... |
Saatnya Untuk Menikah![]() "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau ridho terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan... |
Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan mengani![]() Oleh Dr Suriya Osman ISTERI yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segal... |
Wanita dan Dakwah![]() Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam ... |
Peranan Wanita Muslimah![]() Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau. Kita meng... |
Di sisi mujahid, ada mujahidah .![]() Oleh: Seruan Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa ... |
Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim![]() Oleh: Mustafa Masyhur Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan ... |
Membiasakan anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran![]() Oleh: Zulia Ilmawati (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga) Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-s... |
Pendidikan Seks Untuk Anak![]() Oleh: Zulia Ilmawati Psikolog, Pemerhati Masalah Anak dan Remaja Perdebatan tentang perlu-tidaknya pendidikan seks diberikan kepada anak bermula dari keprihatinan terhadap ... |
|




Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan sosialnya, melamar saya (secara tidak formal, tidak melalui orang tua atau perantara)? Adakah saya boleh berpegang kepada janji tersebut? Saya harap Ummu dapat menasihati saya dalam hal ini. Terima kasih.








Comments
ana nak tanye...
apekah maksud sebenar BM?
ape beza antara keluarga org2 beriman dgn kita?
camne masyarakat nak tengok kite sbg keluarga islam....
bile dieorg tengok cam nak dekati islam?
RSS feed for comments to this post.