Tanya Ummu Atifah

Ruangan ini khusus untuk ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat untuk bertanyakan pelbagai persoalan tentang kewanitaan dan kekeluargaan bersama Ummu Atifah. Ummu Atifah merupakan Pakar Motivasi dan Kaunseling Baitul Muslim dan di lantik khas oleh dakwah.info untuk merungkai isi hati anda. Anda boleh bertanya pelbagai soalan dengan mengisi email / borang ini.

Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan menganiaya. PDF Print E-mail
Thursday, 29 November 2007 23:10

Oleh Dr Suriya Osman

ISTERI yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segala penderitaan sama ada dengan alasan mahu mengekalkan rumah tangga atau takutkan suami. Inilah dilema yang kerap berlaku dalam masyarakat sekarang.

Pada minggu ini dipaparkan kisah untuk renungan bersama mengenai wanita yang didera suami.

Zainon (bukan nama sebenar) mendakwa dia jatuh tangga dan kepalanya terhentak. Lebam pada lehernya tidak konsisten dengan cerita yang diberi. Lebam pada leher mempunyai kesan jari.

Saya bertanya siapakah yang melakukan ini terhadapnya? Zainon menangis sambil berkata: "Doktor, sebenarnya suami yang mencekik saya semalam.

"Kini leher sakit, saya tidak dapat pergi kerja. Saya terpaksa minta rawatan dan surat cuti sakit."

Zainon bekerja sebagai kerani di sebuah bank. Suaminya graduan menganggur, tinggal di rumah sementara Zainon bekerja.

Semua wang gajinya diserahkan kepada suaminya. Suaminya bersifat cemburu dan terlalu mengawal serta sering memukul dan menengking apabila berasa Zainon sengaja pulang lewat atau memberikan wang yang kurang.

Zainon menguruskan semua urusan rumah tangga, memasak dan juga bekerja. Suaminya lebih suka termenung dan menonton televisyen. Dua anaknya dijaga ibu Zainon ketika beliau bekerja.

Zainon akan menghantar dan mengambil mereka setiap hari. Ini kerana beliau kurang percaya suaminya berupaya menjaga anak mereka di rumah.

Dalam kes lain, Linda (bukan nama sebenar) baru lima bulan berkahwin. Linda berumur 17 tahun, belum bersedia mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang menjadi temannya sehingga dia mengandung.

Keluarga kedua-dua pihak bersetuju bahawa jalan keluar adalah menyuruh mereka berkahwin. Anak kecil berusia dua bulan didukung Linda dengan erat. "Suami saya marah apabila anak ini menangis kerana mengganggu tidurnya. Dia naik berang, hampir melemparkan anak ini," kata Linda dengan berlinangan air mata.

"Saya tidak tahan doktor, suami saya garang dan baran. Saya tinggal di rumah mentua sebab suami saya tidak mampu menyewa berasingan. Saya lihat emak mentua pun sering kena pukul dengan bapa mentua. Saya tidak ada tempat hendak mengadu."

Begitulah secebis kisah dari fail klinik saya. Ramai wanita tidak mahu melaporkan perbuatan suami dan akan menyembunyikan peristiwa yang berlaku.

Ada juga yang memikirkan bahawa suami mereka berhak memukul mereka kerana ada ayat al-Quran yang membenarkan suami memukul isteri.

Selain itu, ada pesakit wanita saya yang tidak tahan dengan penderaan berjumpa dengan pegawai di pejabat agama untuk membuat aduan. Mereka dinasihatkan supaya jangan lari dari rumah sebab perbuatan itu adalah nusyuz dan derhaka kepada suami.

Ayat 34 surah an-Nisa sering dijadikan hujah bagi mereka yang mempertahankan hak lelaki memukul isteri. Ayat ini diterjemahkan begini: "Lelaki adalah pelindung kepada wanita (qawwamuna) sebab Allah melebihkan sesetengah mereka daripada yang lain dan kerana mereka memberi belanja daripada hartanya.

"Wanita yang baik (qanitat) menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz, maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan daripada tempat tidur dan pukullah (daraba).

"Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka."

Dari ayat ini ramai penafsir mempunyai dua fakta:

Suami berhak memberi perintah kepada isteri dan menuntut isteri mengikut perintahnya.

Jika isteri tidak patuh, suami berhak memaksanya patuh dengan memukulnya.

Jika dilihat pada seluruh ayat yang sebenarnya bermula dengan menyebutkan bahawa lelaki yang bergelar 'rajul' adalah pelindung wanita. Ini disebabkan kelebihannya berbanding wanita iaitu dia membelanjakan pendapatannya untuk wanita.

Ini bererti bukan sebarang lelaki yang mempunyai kelebihan ke atas wanita tetapi lelaki yang memberi nafkah kepada isterinya.

Ayat ini seterusnya membicarakan mengenai kehormatan wanita. Perkataan nusyuz bererti wanita yang tidak menjaga kehormatan atau maruah dirinya dan bukan wanita yang tidak dengar kata sebagaimana yang difahami umum.

Rajul adalah fungsi sosial seorang lelaki yang mencapai kelebihan dengan menunjukkan ciri tanggungjawab yang dikaitkan dengan istilah rajul.

Ini bererti kanak-kanak lelaki tidak boleh digelar rajul. Begitu juga lelaki yang tidak mempunyai ciri rajul bukanlah rajul.

Perkataan daraba yang ditafsirkan sebagai pukul mempunyai lebih daripada satu erti antaranya mendidik, memelihara, mencangkul atau memberi contoh. Pemahaman ayat ini secara literal tanpa merujuk kepada amalan Rasulullah saw dan juga tanpa meneliti ayat lain dalam al-Quran adalah tidak mengikut lunas penafsiran.

Lebih banyak ayat al-Quran menyebutkan mengenai rahmat, kasih sayang, kesetaraan dan persefahaman antara pasangan suami isteri.

Riwayat hadis Baginda menunjukkan Rasulullah saw tidak pernah memukul isteri-isterinya, malah ada sebuah hadis Rasulullah saw yang berbunyi begini:

"Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya."

Dan juga Rasulullah saw bersabda: "Yang terbaik antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya."

Ulama juga menegaskan pukul yang dimaksudkan tidak boleh menyakit atau mencederakan seperti yang sering berlaku apabila suami memukul isteri.

Mengapa berlaku penganiayaan ke atas isteri? Jawapannya ada dalam budaya kita yang mempunyai pelbagai anggapan dan pendirian, yang meletakkan kuasa mutlak suami ke atas isteri dengan tiada pertimbangan terhadap hak isteri ke atas suami.

Masyarakat beranggapan penderaan dalam sebuah rumah tangga adalah hal suami isteri dan perlu diselesaikan antara suami isteri tanpa campur tangan orang lain.

Ada juga sikap yang meminta wanita bersabar atas kerenah suami konon memelihara keutuhan rumah tangga. Masyarakat lebih cenderung melihat isteri yang didera mengekalkan kedudukannya sebagai isteri daripada menjadi janda disebabkan perceraian.

Isteri yang didera juga takut pada status janda yang mempunyai stigma tersendiri. Ramai wanita yang bergantung rezeki sepenuhnya kepada suami, tidak berupaya menyelamatkan dirinya daripada keadaan keganasan yang dialami.

Kurang kesedaran terhadap tanggungjawab dan lebih penekanan terhadap kelebihan lelaki juga menghasilkan lelaki yang tidak berciri rajul seperti disebutkan sebelum ini.

Contohnya, anggota masyarakat dan umat Islam yang cintakan kedamaian dan kasih sayang, gejala penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berleluasa sekarang, hendaklah dibanteras.

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah meningkatkan kesedaran terhadap hak suami dan isteri serta memupuk rasa tanggungjawab, kasih sayang dan saling hormat menghormati sesama pasangan.

Paling diperlukan adalah didikan agama sempurna yang menghidupkan sifat penyayang, tanggungjawab dan adil dalam sanubari yang mana sifat ini terserlah dalam watak Rasulullah saw.

 

Add comment


Security code
Refresh

  • 0
  • 1
  • 2
prev
next

Resah ibu muda yang masih belajar

News image

Soalan: Salam Ummu. Saya baru sahaja menimang cahaya mata dan merasa sangat bahagia. Cuma kadang-kala saya merasakan seperti hilang fokus atau minat kepada perkara selain y...

Ibu Bapa Pilih Kasih

News image

Soalan: Assalamualaikum Ummu. Saya mengalami masalah dengan kedua orang tua saya. Memandangkan sekarang hanya saya sahaja yang berada di rumah bersama ibu dan ayah, segala ...

Mahu menerima lamaran atau tidak?

News image

Soalan: Salam ukhuwah buat Ummu. Saya ada soalan berkaitan baitul muslim. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya ada seorang lelaki yang saya senangi dari segi agama dan ...

Tahnik - Sunnah Menyambut Kelahiran Yang Di Tunggu

News image

Oleh: Thoriq Ahmad Sungguh indah cara hidup Islam yang sangat memerhatikan keperluan manusia. Sedari lahir, Islam sudah mempunyai rencana yang tersendiri dan unik untuk men...

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak K

News image

Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, ...

Wanita dalam Islam

News image

Oleh: Mahdi Akif, Mursyid 'Aam IM Bismillaahirrahmaanirrahiem Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam atas Rasulullah saw. juga atas mereka yang berjalan bersamanya. ...

Saatnya Untuk Menikah

News image

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau ridho terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan...

Tanggungjawab suami lindungi isteri, bukan mengani

News image

Oleh Dr Suriya Osman ISTERI yang didera suami kerap mahu melindungi perkara itu daripada pengetahuan umum, lebih-lebih lagi ahli keluarganya. Mereka sanggup menghadapi segal...

Wanita dan Dakwah

News image

Hukum amal dakwah wajib syarie, tidak gugur selagi tidak wujud kerajaan bertanggungjawab terhadap mempraktikkan dan mempertahankan Islam, malah setelah penubuhan negara Islam ...

Peranan Wanita Muslimah

News image

Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau. Kita meng...

Di sisi mujahid, ada mujahidah….

News image

Oleh: Seruan Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa ...

Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim

News image

Oleh: Mustafa Masyhur Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan ...

Membiasakan anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran

News image

Oleh: Zulia Ilmawati   (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga) Setiap orangtua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-s...

Pendidikan Seks Untuk Anak

News image

Oleh: Zulia Ilmawati Psikolog, Pemerhati Masalah Anak dan Remaja Perdebatan tentang perlu-tidaknya pendidikan seks diberikan kepada anak bermula dari keprihatinan terhadap ...