|
|
|
Written by admin
|
|
Saturday, 29 August 2009 10:53 |
|
Oleh: Thoriq Ahmad
Nampaknya sudah seminggu Ramadhan berlalu tanpa kita sedari. Masih ingatkah anda akan ikrar anda sewaktu sebelum kedatangan Ramadhan? Anda sering berdoa kepada Allah sepertimana yang di doakan oleh Nabi dan para sahabat, "Allahumma Ballighna Ramadhan" dan anda berkata di dalam hati kecil anda sesuatu yang ingin anda capai pada bulan Ramadhan ini.
|
|
Last Updated on Wednesday, 09 September 2009 18:16 |
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 17 June 2009 18:25 |
|
Oleh: Muhammad Hussaini bin Khairudin
Ada yang bertanya, akhwat bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?
Mana boleh ek?
Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari.. Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..
|
|
Last Updated on Sunday, 21 June 2009 20:54 |
|
Mahu Jadi Biasa atau Luar Biasa |
|
|
|
|
Written by admin
|
|
Tuesday, 23 December 2008 18:02 |
Impian saya semasa kecil dahulu ialah menjadi seorang yang luar biasa. Saya mahu menjadi seorang yang mempunyai kuasa istimewa. Mungkin bukan seperti ‘Superhero’ yang terbang di angkasa, tetapi seorang yang mempunyai kuasa istimewanya yang tersendiri. Saya mungkin banyak terpengaruh dengan buku-buku yang mengisahkan watak-watak dengan kuasa istimewa.
|
|
Last Updated on Tuesday, 27 January 2009 14:27 |
|
Written by admin
|
|
Friday, 21 November 2008 18:38 |
|
Oleh: Intan Fath
Semalam, pakcik Azzam betul - betul menghiburkan. Tidak seperti selalu. Selalunya, setiap kali selepas mendengar kata - katanya, aku terasa seperti mahu jatuh sakit. Mahu demam, muntah, pening - pening serta kebas - kebas seluruh badan. Tidak lain adalah kerana setiap kata - katanya benar - benar buat aku menjadi pemikir, setiap kali aku membuat kesimpulan, setiap kali itu juga seolah - olah ada bebanan sebesar gunung ganang menghempap tubuh ku hingga terasa mahu ranap lalu hancur semua.
|
|
Last Updated on Thursday, 29 January 2009 12:03 |
|
Written by admin
|
|
Saturday, 25 October 2008 01:09 |
|
10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.
Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'
|
|
Last Updated on Saturday, 10 January 2009 00:25 |
|
Written by admin
|
|
Friday, 10 October 2008 04:50 |
|
Oleh : Dikdik Andhika Ramdhan Sebuah pesan masuk di ponselku, segera kuraih dan kubaca pesan itu, ternyata dari sobatku Faizal. “Ass akhi, insyaAlloh ada pertemuan Dewan Syuro dg para pengurus LDK, u/ membahas dakwah kita, antum bisa?, sekalian ada yang ingin ana diskusikan sama antum”.
|
|
Written by admin
|
|
Wednesday, 08 October 2008 07:16 |
Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi 'tiket' ukhwah ataupun menerima 'tiket' ukhwah itu...
|
|
Last Updated on Thursday, 08 January 2009 22:25 |
|
Written by admin
|
|
Tuesday, 16 September 2008 21:53 |
|
Oleh: Syazwan Halim (Wea) Ramadhan menjelma lagi, kali ini ambang Ramadhan disibukkan dengan penganjuran konsert Avril Lavigne dan sambutan kemerdekaan negara yang Alhamdulillah agak sederhana pada tahun ini. Menjelang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan umat Muhammad untuk menyambutnya, ada yg mempersiapkan ruhi mereka dan tidak kurang yang mempersiapkan fizikal mereka. Namun yang terbaik adalah persiapkanlah keduanya.
|
|
Last Updated on Friday, 19 September 2008 06:08 |
|
Written by admin
|
|
Thursday, 11 September 2008 13:59 |
|
Kiriman: Dhiya’ Nur Ramadhan menjengah kembali pada tahun ini. Seperti biasa, persiapan menyambut Ramadhan tidaklah semeriah persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Apa yang aku lihat orang ramai menyambut Ramadhan dengan cara bersederhana. Kata orang, kesan kenaikan harga minyak dan harga barang menjadikan pengguna lebih jimat berbelanja. Tapi aku rasa tiap-tiap tahun memang beginilah gaya sambutannya. Tak ada banyak perbezaan pun cuma orang tidak banyak membazir semasa membeli juadah berbuka seperti dahulu. Harapnya sambutan Aidilfitri pun sederhana juga. Amat pelik sekiranya pada tahun ini Ramadhan disambut secara bersederhana disebabkan oleh kenaikan harga barang dan minyak tetapi Aidilfitri diraikan dengan hebatnya.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |