|

tanya ustaz salam – tips memilih ayat untuk di tadabbur

Soalan:

Salam Ustaz. Boleh berikan tips bagaimana untuk memilih ayat-ayat yang sesuai untuk di tadabbur ketika halaqoh ?

Akhowat Muda

Jawapan:

Assalamu’alaikum wm.wb
Tadabbur ertinya pengamatan ayat dan berfikir kaitan dengan hidup kita. ia tidak melibatkan hukum tetapi melibatkan refleksi hati kita dan amalam kita berbanding dengan ayat yang berada di depan kita.
Oleh itu, pemilihan tadabbur ayat hendaklah sesuai dengan realiti semasa yang berada di depan mata kita atau yang sedang dihadapi betul2 oleh audien yang berada di depan kita.
untuk itu:
1. Perlu tahu realiti/waqi mad’u/audien yang berada di depan kita. (siapa mereka? student, pekerja, dewasa, ibubapa dll)
2. Tahu persoalan, masalah dan ihtimam mereka semasa tadabbur akan di buat.
3. Mencari ayat yang sesuai. ini memerlukan kita mempunyai banyak pembacaan dan luas membaca quran. untuk membantu hal ini, kita sendiri perlu banyak membaca quran, meneliti dan mentadabbur sendiri dan kemudian membuat catatan di tepi atau lain-lain cara.
Cara lain juga ialah banyak mendengar mp3 tadabbur oleh orang yang lebih faham atau asatizah atau alim yang banyak membuat sesi tadabbur. (hendaklah di ingat, tadabbur adalah lain dari sesi tafsir yang lebih detail dan lebih mendalami ertinya. tafsir biasanya lebih fokus pada pengertian yang lebih ilmiah).
4. Berdoalah pada Allah untuk membantu assadaa’ (betul dan tepat dalam pemilihan) dan attaufiq (betul dengan kebenaran).
Wassalam.

1 Comment for “tanya ustaz salam – tips memilih ayat untuk di tadabbur”

  1. Assalamualaikum, saya ingin terus melayari ruangan ini, insyaAllah.

Leave a Reply

 

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS