Home » Madinah You are browsing entries filed in “Madinah”

MADINAH AL-MUNAWWARAH

Detik hijrah pertama Nabi bersama para sahabat memancarkan Nur Islam di tapak baru daulah Islamiah iaitu Madinah al-Munawwarah. Islam bagaikan dijulang tinggi dan di pandang mulia oleh seluruh umat manusia.

Posted in Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

MARHALAH PERTAMA:KEADAAN SEMASA DI MADINAH KETIKA HIJRAH

Al-Hijrah itu bukanlah ertinya melepaskan diri dari fitnah dan ejekan kaum kafirin semata-mata, malah ianya merupakan (perkongsian bersama)bertolongan ke arah penegakan sebuah masyarakat baru disebuah negara yang aman damai. Oleh yang demikian maka menjadi satu kefardhuan dan kewajipan ke atas setiap muslim yang mampu, untuk menyumbang tenaga untuk membina watan baru, seterusnya mengorbankan seluruh tenaga; [...]

Posted in Featured,Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

STRUKTUR MASYARAKAT BARU

Telah pun kita perkatakan bahawa ketibaan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah di kalangan Banu al-Najar adalah pada hari Jumaat 12 Rabiul al-Awal tahun pertama hijrah bersamaan 27 September tahun 226 masihi. Baginda telah singgah di rumah Abu Ayub al-Ansari. Pada masa itu Baginda menyebut: “Di sinilah persinggahan, insyaAllah dengan itu Baginda berpindah ke rumah Abu Ayub. [...]

Posted in Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PERJANJIAN DENGAN YAHUDI

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, dan Baginda yakin dengan kekemasan struktur masyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah, politik dan sistem di kalangan umat Islam, Baginda mengalih pandangan untuk menyusun hubungannya dengan golongan “bukan Islam”, tujuan Baginda ialah untuk mewujudkan keamanan, kesejahteraan, kemuliaan dan kebaikan kepada manusia sejagat, di samping menyusun semula daerah al-Madinah dalam [...]

Posted in Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PERJUANGAN BERDARAH

Angkara provokasi Quraisy terhadap kaum muslimin selepas hijrah dan perhubungan mereka dengan Abdullah bin Ubai: Telahpun kita jelaskan angkara kejahatan dan penganiayaan pihak Quraisy terhadap kaum muslimin, juga angkara tindakan mereka semasa hijrah, yang kesemuanya ini mereka memang sewajarnya diperangi dan harta-harta mereka sewajibnya dirampas, malangnya mereka tidak sedar dari kesesatan dan keterlanjuran mereka itu, [...]

Posted in Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA:SALAH SATU PEPERANGAN AWAL PENENTU DALAM ISLAM

Faktor Pendorong: Setelah kita sebutkan mengenai Ghazwah al-Asyirah di mana Kabilah Quraisy dapat melepaskan diri dari sekatan Rasulullah, semasa pemergiannya dari Makkah ke negeri al-Syam, bila hampir masa kepulangannya dari sana ke Makkah, Rasulullah telah mengutus Talhah bin Abdullah dan Said bin Zaid ke sebelah utara, bertugas mengintip dan memperolehi maklumat terperinci mengenai hal tersebut, [...]

Posted in Madinah,Peperangan,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

GHAZWAH UHUD:PERSIAPAN QURAISY UNTUK PERTEMPURAN GANAS

Makkah dibakar bahang api kemarahan terhadap kaum muslimin. Ini adalah ekoran natijah kekalahannya dipertempuran Badar. lanya adalah suatu tragedi kerana kekalahan dan kematian pemuka-pemukanya. Desakan menuntut bela di atas kematian wira-wira Quraisy memuncak, pihak Quraisy melarang sebarang ratapan di atas kematian itu, dan melarang penebusan segera ke atas tawanan perang, supaya tidak dilihat oleh kaum [...]

Posted in Madinah,Peperangan,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PENGHANTARAN TENTERA DAN PERUTUSAN:DALAM TEMPOH DI ANTARA PEPERANGAN UHUD DAN AL-AHZAB

Peristiwa peperangan Uhud telah meninggalkan kesan yang buruk, terutamanya populariti kaum mukmin, keagungan mereka tercabar, kehebatan mereka tidak digeruni lagi, tekanan dari dalam dan luar semakin bertambah, malah Madinah dilingkungi bermacam-macam ancaman, puak, Yahudi munafiqin dan golongan Arab berani memusuhi secara terang-terangan, malah setiap kelompok ini telah cuba mempersendakan orang-orang mukmin, malah mereka ingin sangat [...]

Posted in Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ ATAU PEPERANGAN AL-MURAISI’

(Syaban enam (6) Hijrah) Peperangan ini tidaklah besar dan berlarutan sangat dari segi pergerakan ketenteraan, cuma satu segnifikan sahaja kerana di dalam rintitan peristiwanya terbentuk satu kisah yang mengemparkan masyarakat Islam di masa itu, padanya terbongkar keburukan kaum munafiqin, darinya terbentuk “hukuman darah” yang menampilkan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi yang mulia, suci dan bersih [...]

Posted in Madinah,Peperangan,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH Pada Bulan Zulkaedah Tahun Keenam (6) Hijrah

Dorongan Kepada Umrah al-Hudaibiah: Dalam perkembangan seterusnya di Semenanjung Tanah Arab banyak hal memihak kepada kaum muslim, pemangkin kepada pembukaan agung dan kejayaan cemerlang kepada dakwah Islamiah semakin terserlah, persiapan ke arah menegakkan hak dan keistimewaan kaum muslimin untuk menunai ibadat mereka di masjid al-Haram kini sudah bermula, yang dahulunya mereka dihalang dan dinafikan hak [...]

Posted in Madinah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS