Home » Selepas Kerasulan You are browsing entries filed in “Selepas Kerasulan”

SELEPAS KERASULAN

Kemunculan dakwah Rasulullah S.A.W. di tengah kegelapan jahiliyah, mendorong dakwah itu dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat. Permulaan dakwah nabi secara rahsia, sebagai strategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil masa yang panjang dan penuh berhati-hati kerana apa yang hendak disampaikan adalah bercanggah secara total dengan kepercayaan dan amalan harian kaum jahiliyah Arab.

Posted in Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

MEKAH AL-MUKARRAMAH

Bermulalah lembaran dakwah Nabi Muhammad S.A.W. di awal kerasulannya. Di awal dakwah Baginda menerima tentangan yang hebat daripada masyarakat Quraisy hatta daripada kaum kerabatnya sendiri. Namun berkat kesabaran kesungguhan dan ketaatan Baginda pada Tunah yang Esa Baginda akhirnya berjaya menarik ramai orang untuk memeluk Islam. Ikuti sorotan peristiwa pahit manis suka dan duka di dalam [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN TAHAP-TAHAPNYA

Tempoh dakwah Rasulullah s.a.w boleh dibahagikan kepada dua peringkat, kedua-duanya itu berbeza di antara satu sama lain: 1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun. 2. Peringkat Madinah selama sepuluh tahun genap. Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya. Peringkat Makkah boleh dibahagikan [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

TAHAP PERTAMA – JIHAD MELALUI DAKWAH

Tiga tahun berdakwah secara rahsia Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arab dan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di Kota Makkah. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh bangsa Arab di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahan amat sukar sekiranya jauh dari Makkah itu sendiri, kerja ini memerlukan kepada kecekalan hati [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

TAHAP KEDUA – DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN

Arahan awal menggerakkan dakwah: Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalah berdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. ” Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara’, diawalnya dikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaun [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN REAKSI MASYARAKAT MAKKAH

Suara seruan Rasul di bukit al-Safa itu masih lagi bergema dipelusuk penjuru kota Makkah, hinggalah turuimya ayat Allah: “Maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpaling tadahlah dari kaum musyrikin ” (al-Hijr: 94) Rasulullah bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah memperingatkan hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PELBAGAI CARA MENENTANG DAKWAH RASULULLAH

Setelah mana kafir Quraisy mendapat tidak ada sesuatu pun yang boleh memaling atau melemahkan Muhammad dari usaha dakwahnya, mereka pun terus memikir lagi dan mencari jalan untuk mencegah dakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara yang boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempennain-mainkan, mendusta dan mempersendanya. Semuanya ini bertujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PEMBOIKOTAN RAMAI

Dalam tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar mengenai kaum musyrikin. Pertama, Hamzah memeluk Islam, kedua Umar memeluk Islam, ketiga penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya, keempat persetujuan Banu al-Muttalib dam Banu Hasyim, muslim dan kafimya secara bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan terhadap Muhammad, peristiwa-peristiwa ini menjadikan kaum musyrikin kebingungan dan memang sewajarnya [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB UNTUK KALI TERAKHIR

Rasulullah telahpun keluar dari lorong Abu Talib namun baginda tetap menjalankan tugasnya seperti biasa, dan Quraisy pula walaupun telah meninggal pemboikotan namun mereka masih juga dengan sikap penindasan ke atas orang-orang Islam dan menghalang kerja-kerja dakwah kejalan Allah, sedemikian dengan Abu Talib dengan sikapnya yang amat prihatin dan penjagaan rapi terhadap diri Rasulullah, usia Abu [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

TAHUN PERKABUNGAN

Kematian Abu Talib Kegeringan Abu Talib semakin menekan, tidak berapa lama beliau pun meninggal dunia, kematian beliau adalah dibulan Rejab’ tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, iaitu enam bulan selepas keluar dari pengepungan di lorong Abi Talib, ada pendapat yang menyebut beliau meninggal di bulan Ramadhan tiga hari sebelum kewafatan Khadijah (r.a). Di dalam sahih Bukhari hadis [...]

Posted in Mekah,Seerah Nabawiyah,Selepas Kerasulan | Read More »

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS