Home » Muqaddimah You are browsing entries filed in “Muqaddimah”

PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM

Buku: Sirah Nabawiyyah Penulis: Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan [...]

Posted in Muqaddimah,Seerah Nabawiyah | Read More »

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH

Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kita bahagikan seperti berikut: Pertama: Kitabullah (Al-Qur’an) Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah dalam al-Qur’an melalui salah satu aliran berikut: a. Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq [...]

Posted in Muqaddimah,Seerah Nabawiyah | Read More »

RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAM

Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan Semenan-jung ‘Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dari bumi ini dan bangsa ‘Arab pula sebagai pembawa obor da’wah Islamiyyah. Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa ‘Arab [...]

Posted in Muqaddimah,Seerah Nabawiyah | Read More »

KELAHIRAN RASULULLAH DAN EMPAT PULUH TAHUN SEBELUM PENGUTUSAN

Rasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya. Ibn Sa’d [...]

Posted in Muqaddimah,Seerah Nabawiyah | Read More »

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS