|

Taubat Saleh (Aysmawi)….. Unggul

Tajuk Buku: Fadhaih Elfitan فضائح الفتن

Oleh: Syaikh Muhammad Ahmad al-Rasyid

Ustaz Saleh `Aysmawi semuga Allah merahmatinya telah memberikan contoh bagi golongan ini, mudah mudahan cerita dan taubatnya, mereka jadikan qudwah

Ustaz `Asmawi dengan kedudukannya yang tinggi adalah dari golongan du`at qudama’ dan tokoh generasi pertama. Dia teah bersama imam pengasas ( al-Banna) dalam satu tempoh sebagai seorang da`ie yang paling baik amalannya, dia menjadi salah seorang anggota maktab irsyad. Apabila imam Banna dibunuh,  mehnah/ tribulasi mencengkam, bercampur baurlah kertas-kertas (percaturan), semua urusan jadi keliru, desas desus bergerak, satu kumpulan terlibat dalam fitnah, mereka menjadikan ustaz (Saleh Eysmawi) kepala mereka. Kemudian tahun-tahun yang kalut berlalu, fitnah sirna, dia menyesal terhadap apa yang berlaku, dia minta taubat nasuha  yang paling berkesan.

Satu hari saya melawat pejabat Majalah Dakwah, saya dapati seorang lelaki tua yang merendah diri, dia duduk dengan penuh tawaduk di hadapan pintu satu unit kediaman dalam sebuah bangunan pangsapuri, di atas sebuah kursi rotan yang lusuh, seolah-olah dia adalah penjaga pintu, tetapi dia memilikki kehebatan, dia mempunyai sinaran ruhaniah.

Saya beri salam kepadanya dan minta izin, dia memberikan keizinan lalu saya pun masuk. Seorang akh yang berada di situ bertanya kepada saya: Kamu kenalkan lelaki terhormat seolah-olah penjaga pintu itu?

Jawab saya: tidak, tetapi dia menarik perhatian saya.

Jawab akh terbabit: dialah Saleh `Aysmawi. Dia pernah merasa dirinya selesa apabila mereka yang membuat onar mengangkatnya sebagai kepala dan memanggilnya amir. Dia berazam untuk kembali sebagai tentera biasa berada di akhir saf. Dia berkeras bahawa itulah kesempurnaan bagi taubatnya. Dia memilih menjadi penjaga pintu. Kalau dia tahu ada lagi kedudukan lebih rendah dari itu dia akan memilihnya. Dengan itu dia menghapuskan sikap lampaunya yang meginginkan berada dikedudukan kepimpinan

Saya hairan dan kagum dengan jiwa bersih dan hati yang besar ini.

Kemudian Ustaz Umar Tilimsani berkata kepada kami. Kami berdoa untuknya dan kami ajak dia supaya menjadi seorang akh yang ikut serta (berkongsi mengurus jamaah) seperti orang-orang yang lain. Dan Allah akan ampunkan mereka yang telah bertaubat, tetapi dia tetap enggan dan menolak. Kami terus berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkannya, namun dia tetap tidak berganjak dari menghukum dirinya dengan berada di saf paling akhir.

Selepas beberapa tahun Ustaz Umar Tilimsani menyampaikan ucapannya kepada kami, dia berkata:

Ustaz Saleh `Aysmawi telah bertaubat dengan satu taubat yang saya anggap kalau ia diagihkan kepada semua du`at Islam di Qahirah, ia akan merangkumi semua mereka.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mereka semua dan memelihara kita selepas kematian mereka daripada fitnah.

Leave a Reply

 

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS