|

Kebenaran-kebenaran…… Sekalipun Nasfu Menidakkannya

Tajuk Buku: Fadhaih Elfitan فضائح الفتن

Oleh: Syaikh Muhammad Ahmad al-Rasyid

Isu ini bukan bersifat peribadi, sehingga kita boleh mendiamkannya, tetapi ia  hak umum, oleh itu wajib tegas dan ia layak dihukum.

Jamaah-jamaah jika tidak dihormati undang-undangnya, peraturan-peraturan mengenai hak-hak dan kewajipan-kewajipan, kebuntuan hampir akan berlaku. Di setiap ruang lapang ada telinga-telinga yang tidak selesa dengan ratapan  إنا لله وإنا إليه راجعون , dan nyanyian pemandu unta tetapi yang menggembirakannya ialah bunyi-bunyi hentakan cangkul-cangkul.

Yang bersendiri tidak akan mampu membina sebuah kelab dirar walau bagai mana dia beranggapan dan  menganggap dirinya pemimpin, tetapi dengan penyokong dia mampu. Begitulah, kumpulan pengikut  bersama pemimpin yang mengajar mereka kezaliman

Sesungguhnya Haman, Firaun dan bala tenteranya, kesemua mereka adalah bersalah”

Sebagai mana Allah mensyariatkan ganjaran Dia juga mensyariatkan hukuman.

Malah hukuman tanpa belas kasihan jika kejahatan itu melampau

“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah setiap seorang dari kedua-duanya denga seratus sebatan dan  jangan belas kasihan terhadap keduanya menghalang kamu untuk (melaksanakan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat. Dan hendaklah (pelaksanan) hukumman ke atas mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

Seperti mana kita menyayangi sesaorang kerana Allah, kita membenci orang-orang lain juga kerana Allah

Islam tinggi di zaman Umar Bin al-Khattab kerana beliau tegas

Di sana jamaah …., bukan kedai runchit

Sesiapa yang merasa dengan perasaan batil kita katakana kepadanya: jadikan diri kamu di sebalik bahagian belakang kamu

Kehidupan jamaah dibina atas muhasabah

Penyelasaian secara emosi akan berlalu…bersama angin

Iltizam-iltizam yang mudah berubah….akan terbang menghilang, mantap hentiannya kurang

Sesiapa yang membina bangunan dirar, meceroboh rahsia-rahsia, menebuk lubang pada dinding-dinding, kita mengajaknya supaya bertaubat, jika dia taubat, (alhamdulillah: pent) jika tidak penyingkiran adalah satu kebenaran

“ Dan dalam qisas itu ‘ada jaminan kelansungan’ hidup”.

Yakni, bukan setakat faedah dan maslahat, tetapi kehidupan.

Kalau tiada lain dari batang tombak sebagai tunggangan

Apa lagi daya orang yang terpaksa, selain menaikinya

Bagi yang bersalah kita tunjukkan jalan bebas dari nafsu, jika dia disertiai taufik dan sesalan atas apa yang berlaku, dia diminta berbaiah.

Sesetengah orang yang degil melihat baiah itu menghinakan, lalu dia enggan.

Ini satu yang songsang dalam pertimbangan, suatu yang sunnah itu dianggap bid`ah.

Kita tidak minta taat dengan paksa, namun jika seseorang ingin mendapat kemuliaan dan ganjaran amal jama`ie dia mestilah beriltizam.

Pintu terbuka dengan syarat ini, kemudian orang yang teragak-agak terus bingung….. dan kehausan.

Leave a Reply

 

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS