|

Hadis – hadis Syarif

Tajuk Buku: Fadhaih Elfitan فضائح الفتن

Oleh: Syaikh Muhammad Ahmad al-Rasyid

Nas-nas Quran dan Hadis yang mulia menjadi saksi/bukti kepada kedudukan para amir dan memberikan kepada mereka hak ketaatan, tetapi sesetengah mereka yang membincangkan isu-isu fitnah beranggapan ayat-ayat dan hadis-hadis ini tidak diterimapakai dalam hubungan imarah dan jundiyah dalam medan dakwah. Dan berpendapat nas-nas ini tidak layak dijadikan bukti, kerana nas-nas ini turun dalam kes amir yang memerintah seluroh atau sebahagian negara Islam sebagai pemerintahan politik menerusi sebuah negara dan  satu sistem.

Kita tidak menolak ia diturunkan dalam konteks pemerintah, namun maksudnya melangkaui, hingga berlaku ke atas kepimpinan dakwah melalui analogi disiplin usul fiqh, begitu juga dengan mengingat kembali ruh  syariah yang umum dalam bab imarah, iaitu ruh yang dipegang Ibn Taimiyah dalam sebahagian fatwanya. Unsur kekuatan dalam menerima qiyas dalam isu ini ialah baiah kepada amir-amir dakwah telah berlaku menerusi suatu akad berasaskan kerelaan yang sempurna. Para duat telah mengilzamkan diri-diri mereka dengan ketaatan ini secara sukarela. Ini berlaku setelah status kewajipan taat wujud dalam hati mereka demi merealisasikan realiti amal jama`ie yang menjamin dakwah diletakkan setara dengan musuh-musuh Islam di medan persaingan. Tiada seorang pun du`at yang mengatakan taat kepada amir dakwah wajib ke atas umum umat Islam. Mazhab mereka telah putus dengan mewajibkan ketaatan ke atas sesiapa yang telah memberikan bai`ah berasaskan keyakinan sendiri dan memilih untuk mengabaikan hak-hak dalam berijtihad dan berbuat sesuatu jika kedua-duanya bercanggah dengan arahan-arahan dan suruhan-suruhan para amir dakwah. Keabsahan qias ini lebih jelas lagi apabila du`at berada di masa atau tempat yang tidak mempunyai pemerintah syar`ie yang telah diangkat menerusi bai`ah syar`iyah berasaskan syura. Oleh itu tindakan segera para duat memberi bai`ah kepada amir dakwah merupakan satu bentuk gantian yang berlandaskan logik fiqh yang sah. Ini kerana ada andaian bai`ah yang belum sempurna dewasa ini akan membawa kepada berlakunya bai`ah siasiyah pemerintahan  di alam realiti pada masa akan datang. Dan (ما لا يدرك كله لا يترك جله) “ Apa yang tidak dapat dicapai semuanya tidak ditinggalkan semuanya”, dan ( ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب)  “ Sesuatu yang suatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengannya ,maka sesuatu itu  menjadi wajib”. Kata-kata Ibn Hajar yang menyokong qiyas ini akan disebutkan nanti.

Tinggalkan sikap mengambil mudah orang yang melepaskan  anda daripada ketegasan hadis-hadis nabawi al-syarif  berkaitan para amir atas hujjah ia tidak bertepatan dengan realiti dakwah dan nasihati diri anda dengan ketegasan hadis tersebut, perhatikan maksudnya baik-baik, insya Allah pada hadis-hadis ini ada sesuatu yang melindungi anda daripada penyelewengan yang telah berlaku kepada beberapa orang sebelum anda.

  • Dalam kitab Sahihnya Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Abbas radiallah `anhuma daripada Nabi saw, Baginda bersabda:

من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية

“ Siapa yang benci kepada amirnya lantaran sesuatu dia hendaklah bersabar, kerana sesiapa yang keluar daripada sultan kadar sejengkal dia mati dalam keadaan kematian  jahiliah”.(Bukhari: Saheh al-Bukhari9:59)

Dalam lafaz lain:

من رأى من أميره شيئا يكرهه فليصبر عليه ، فإن من فارق الجماعة شبرا فمات إلا مات ميتة جاهلية

“ Siapa yang melihat pada amirnya sesuatu yang dia tidak suka dia hendaklah bersabar, kerana siapa yang memisahkan diri daripada jamaah kadar sejengkal, kemudian dia mati (dia tidak mati:pent) kecuali mati jahiliyah”. (Bukhari:Saheh Bukhari 9:59)

abu Jamrah berkata: Maksud mufaraqah: berusaha merungkai bai`ah yang telah berlaku kepada amir terbabit, sekalipun dengan perkara paling kecil. Dia mengumpamakannya dengan kadar sejengkal. (Ibn Hajar: Fath al-Bari 12:9)

Maksud mati jahiliyah: keadaan mati saperti kematian orang-orang jahiliah diatas kesesatan, tidak punya imam yang ditaati, kerana mereka tidak pernah mengetahuinya. Ia bukan bermaksud mati dalam keadaan kafir, malah dia mati dalam keadan maksiat. (Ibn Hajar: Fath al-Bari 13:9)

  • al-Bukhari meriwayatkan daripada `Ubadah Bin al-Samit ra, beliau berkata:

دعانا رسول الله (ص) فبايعناه ، فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة فى منشطنا ومكرهنا ، وعسرنا ويسرنا وإثرة علينا ، وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

“ Rasulullah saw telah memanggil kami, lalu kami memberi bai`ah kepadanya. Baginda bersabda mengenai apa yang Baginda ambil daripada kami: bahawa kami berbai`ah untuk mrndengar dan taat pada perkara yang kami suka dan kami benci, masa kami susah dan senang ,diutamakan (Nabi) keatas kami dan kamu tidak mempertikaikan sesuatu urusan oleh seseorang yang berkeahlian mengenainya kecuali jika kamu melihat kekufuran yang sangat jelas dan kamu punya bukti tentangnya  dari Allah”. (Al-Bukhari:Saheh al-Bukhari 9:59)

Ibn Hajar menyebutkan dalam riwayat Ibn Hibban dan Ahmad (dengan lafaz:pent):

إلا أن يكون معصية لله بواحا

“ Kecuali maksiat yang jelas kepada Allah”.

Kemudian Ibn Hajar menambah: kata Imam Nawawi, yang dikehendaki dengan kufur di sini ialah maksiat dan maksud hadis ialah: jangan kamu mempertikai uli al-amri tentang kekuasaan mereka dan kamu jangan menghalang mereka kecuali kamu lihat pada mereka kemungkaran yang pasti yang kamu tahu tentangnya berdasarkan kaedah-kaedah Islam. Jika kamu lihat hal yang demikian kamu ingkarilah mereka dan kamu katakanlah kebenaran itu di mana sahaja kamu berada. Habis. (yakni nukilan:pent). Yang lain pula berkata: maksud dosa dan maksiat di sini ialah kufur. Oleh itu sultan tidak akan ditentang kecuali apabila dia sudah terlibat didalam kufur yang nyata.

Yang jelasnya: mengandaikan riwayat yang menyebutkan perkataan kufur dalam hadis ini ke atas kes tentangan dalam urusan kewalian/ kepimpinan. Oleh itu tiada tentangan terhadap amir dalam kes yang mencacatkan kewalian kecuali dia melakukan kufur. Dan mengandaikan riwayat yang menyebut perkataan maksiat dalam riwayat lain ke atas kes selain kewalian. Jika wali tidak melakukan apa-apa yang mencacatkan kewalian dia ditentang dalam kes maksiat dengan menunjukkan bantahan keatasnya secara berhemah dan mencari jalan untuk membuktikan kebenaran kepadanya tanpa melakukan kekerasan. Ini jika yang membantah mampu berbuat demikian. Wallahu `aalam.

Ibn al-Tin menukilkan daripad al-Dawudi; kata Dawudi: yang menjadi pegangan ulamak dalam kes para amir yang zalim ialah; jika dia mampu dipecat tanpa menyebabkan fitnah dan kezaliman maka ia wajib dilakukan, Jika tidak mampu, yang wajib ialah bersabar. Dari sesetengah ulamak lain pula: tidak boleh melantik orang fasiq sebagai pemimpin dari awal lagi. Jika dia melakukan kezaliman selepas dia mengurus secara adil fuqaha’ berbeza pendapat tentang boleh atau tidak menentangnya. Pendapat yang sahih melarang, kecuali dia melakukan kufur. Menentangnya jadi wajib. (al-Nawawi: Fath al-Bari 13:9)

Dalam perbicaraan (terdahulu) ini terdapat kaedah dakwah yang sangat penting. Mungkin sesetengah orang yang berpegang kepada zahir  tanpa kefahaman yang dalam beranggapan muslim wajib berdiam diri jika tidak melihat kekufuran pada amir. Bukanlah urusan itu begitu. Malah beliau mestilah menyuruh, melarang  dan membantahi pemerintah-pemerintah yang melakukan maksiat-maksiat. Ulama’ hanya berbeza pendapat tentang keharusan mempertikaikan kedudukan mereka sebagai pemimpin/ pemerintah. Bukan tentang kewajiban  membantahi mereka dan mempertahankan kebenaran. renungkanlah!.

  • Daripada Abdullah Bin Mas`ud ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

سَّباب المسلم فسوق وقتاله كفر

“ Memaki hamun muslim perbuatan fasik dan membunuhnya perbuatan kufur”. (al-Bukhari: Saheh al-Bukhari 9:13)

Ibn Hajar telah bercakap tentang panyebutan kalimah kufur kearah orang yamg membunuh saorang muslim. Kata beliau: pendapat paling kuat dalam isu ini bahawa perkataan kufur disebutkan kepada si pembunuh muslim atas dasar menekankan larangan berbuat demikian, supaya orang yang mendengar akan terhalang daripada melakukannya atau atas landasan perumpamaan, kerana perbuatan membunuh saorang muslim itu adalah perbuatan orang kafir.(Al-Nawawi: Fath al-Bari13:30)

  • Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

من أطاعنى فقد أطاع الله ، ومن عصانى فقد عصى الله ، ومن أطاع أميرى فقد أطاعنى ، ومن عصا أميرى فقد عصانى

“ Siapa yang taat kepadaku (bererti) dia telah taat kepada Allah dan siapa yang derhaka kepadaku (bererti) dia telah derhaka kepad Allah. Siapa yang taat kepada amirku (bererti) dia telah taat kepadaku dan siapa yang derhaka kepada amirku (bererti) dia telah derhaka kepadku”. (Al-Bukhari: Saheh al-Bukhari9:77)

Ibn Hajar berkata: dalam riwayat Humam dan al-`Aaraj, di sebut dalam Saheh Muslim dengan lafaz

ومن أطاع الأمير

“ Siapa yang taat kepada amir”.

Kedua-dua lafaz ini ( أميرى  -  الأمير) boleh dirujukkan kepada satu makna, kerana semua orang yang menyuruh dengan kebenaran dan dia sendiri adalah adil maka dia adalah amir yang syari`e, kerana dia terlantik dengan perintah Allah dan syariatnya. Ini disokong oleh jawapan yang sama kepada kedua-dua lafaz tersebut, iaitu sabda Bagind: maka dia telah taat kepadaku, yakni dia talah mengamalkan apa yang aku syariatkan. Seolah-olah hikmah menyebut ‘amirku’ secara khusus dalam hadis tersebut lantaran dia sememangnya menjadi tujuan semasa hadis ini dituturkan. Dan kerana dia ‘amirku’  itulah yang menjadi sebab hadis itu diturunkan   . Adapun, hukum daripada hadis ini ia tertakluk kepada kaedah :

العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

“ Yang diambil kira (dalam penentuan hukum) ialah keumuman lafaz (nas) bukan sebab khusus (turun nas)”.

Dalam riwayat Humam juga berlaku dengan lafaz:

ومن يطع الأمير فقد أطاعنى

“ Siapa yang sedang mentaati (dengan lafaz sedang berlaku) amir bererti dia telah taat kepadaku”.

Begitu juga lafaz:

ومن يعص الأمير فقد عصانى

“ Siapa yang sedang derhaka (dengan lafaz sedang berlaku) kepada amir bererti dia telah menderhaka kepadaku”.

Laras bahasa seperti ini lebih mampu memenuhi tujuan untuk meng umumkan hadis ini supaya merangkumi mereka yang diajukan ucapan pada ketika itu dan mereka yang datang kemudian. (Al-Nawawi: Fath al-Bari 31:120).

Apa yang dikatakan Ibn Hajar ini sangat penting, kerana ia memperkukuh apa yang telah kita sebutkn sebelum ini, iaitu mengqiaskan kes para amir dakwah yang menyuruh dengan kebenaran ke atas kes para amir pemerintahan. Apa yang kami telah sebutkan sebelum ini.

  • Daripada Abdullah Bin Umar radiallahu `anhuma, daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda:

السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب و كره  ما لم يؤمر بمعصية ، فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة

“ Dengar dan taat wajib ke atas saorang muslim pada perkara yang dia suka dan tak suka, selagi tidak diperintah melakukan maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib dengar dan tidak wajib taat”. (al-Bukhari: Saheh al-Bukhari 9:78-79).

Rasulullah saw bersabda kepada Abd al-Rahman Bin Samurah ra:

يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة ، فإنك إن أعطيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها

“ Wahai Abdulrahman, kamu jangan meminta imarah/ menjadi pemimpin, kerana, jika imarah diberikan kepada kamu kerana kamu minta ia akan diserahkan kepada kamu (bulat-bulat). Jika ia diberikan kepada kamu bukan kerana kamu minta, kamu akan dibantu atas (kendalian) nya”.

1 Comment for “Hadis – hadis Syarif”

Leave a Reply

 

Infak

Infak untuk kos selenggara laman

Langgan RSS