AL-Mu’allaqah ke Sebelas
Tajuk Buku: Fadhaih Elfitan فضائح الفتن
Oleh: Syaikh Muhammad Ahmad al-Rasyid
Makalah ini ditulis bukan untuk dibaca para du`at muslim dengan selamba sahaja, malah dia perlu menghafalnya sungguh-sungguh atau mengukir di tapak tangannya sebagai tanda mengambil ingat.
Ia merupakan qasidah syaer , malah merupakan mu`allaqah ke sebelas, sekiranya ia difahami Zuhair (nama penyaer zaman jahiliyah) nescaya dia menggantungnya di atas kelambu kaabah bersama mu`allaqah sab`ahnya.
Semua ayat dan hurufnya menjadi bukti bagi anda, anda jadikannya hujjah seperti mana orang berhujjah dengan rangkap-rangkap syaer. Oleh kerana itu penulisan ini datang dalam bentuk lambang-lambang dan perumpamaan.
Sekalipun perkatan-perkataan dalam penulisan ini tidak ditimbang rentaknya mengikut kaedah qafiyahnya, namun seluruh pengertiannya telah dimantapkan rentak alun syaernya. Seluruh huruf-hurufnya telah diresapi rasa hati yang bergelora, ini membuatkannya tidak lagi memerlukan kesamaan qafiyahnya.
Ia merupakan makna-makna penting dalam memberikan peringatan tentang fitnah, ia neraca yang dapat menghindar khilaf. kita mengambil kesempatan masa tenang yang ada sekarang untuk melariskannya, setelah menderita daripada dosa-dosa kata mengata antara saudara-saudara kita semalam yang terdekat atau yang jauh.
Sesungguhnya peringatan tentang fitnah hari ini akan lebih tersemat di hati, jika hati-hati itu berada dalam suasana tenang dan tenteram. (diwaktu itu) kita sudah mengambil sikap berhati-hati, yang tidak memerlukan gandaan peringatan semasa kita diserang khilaf, dan kita tidak pernah membayangkan saf (jamaah) muslim akan sepenuhnya lepas daripadanya walau bagaimana sekali pun peningkatannya kerana syaitan itu sentiasa hidup dan punya daya goda tersendiri.
Makalah ini tidak ditulis oleh seorang, malah separuh daripada makna-makna di dalamnya dikumpul dari mulut-mulut fuqaha’ dakwah di sepanjang jilsah mencari jalan penyatuan saf orang-orang yang mentauhidkan Allah.
Sambutlah kebaikan dengan hati yang bebas merdeka, jangan hampiri kelalaian mereka yang sesat barat.
Kertas-kertasku berserakan……… diselerakkan kanak-kanak
Kupetik bunga ……………………. kudakwa keindahan
Kutanggalkan selimut…………… di saat aku mengadu kesejukan





[...] 1-AL-Mu’allaqah ke Sebelas [...]
apa maksud mu’allaqah?