An-Nu’man bin Muqarrin Al-Muzani

Sesungguhnya bagi iman ada rumahnya, bagi nifaq ada rumahnya. Sesungguhnya rumah Bani Muqarrin adalah daripada rumah iman [‘Abdullah bin Mas’ud]

Memimpin Kabilahnya Untuk Memeluk Islam

An-Nu’man bin Muqarrin al-Muzzani al-Anshori adalah ketua kepada kabilah al-Muzzani yang memeluk Islam bersama kaumnya seawal ketibaan Nabi saw. di Madinah. Kedatangan Nabi saw. memang merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh semua penduduk Yathrib dan di antaranya adalah An-Nu’man sendiri.

Pada suatu malam, dia berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, Demi Allah ! kita tidak mengetahui mengenai Muhamad melainkan yang baik belaka. Kita juga tidak dengar mengenai seruannya melainkan seruan rahmat, kebaikan dan keadilan. Kenapalah kita masih berlengah-lengah, sedangkan orang lain bersegera menemuinya?!” kata an-Nu’man.

Beliau seterusnya berkata;

“Saya telah berazam untuk pergi menemuinya pada pagi esok. Sesiapa yang ingin bersama saya, hendaklah dia membuat persiapan.”

Kata-kata an-Nu’man menyentuh hati kaumnya lantas keesokan hari menjelang pagi, 10 saudaranya beserta 400 pahlawan Muzainah siap untuk menuju Yathrib bagi menyatakan keIslaman mereka. an-Nu’man tersangat gembira, cuma dia merasa bersalah untuk berangkat tanpa sebarang hadiah kepada Nabi saw. dan kaum Muslimin. Ternakan dan tanaman mereka musnah akibat kemarau menyebabkan an-Nu’man terpaksa berlegar-legar sehingga ke rumah adik-beradiknya untuk mendapatkan hadiah yang sesuai. Akhirnya, beliau berjaya mengumpulkan beberapa ekor kambing untuk dipersembahkan kepada baginda Nabi saw..

Madinah gempar !

11 bersaudara beserta 400 pahlawan memeluk Islam serentak dari bani Muzainah. Peristiwa yang penuh gemilang ini diabadikan Allah swt. di dalam surah at-Taubah, ayat 99;

وَمِنَ الأعْرَابِ مَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ قُرُبَاتٍ عِنْدَ اللَّهِ وَصَلَوَاتِ الرَّسُولِ أَلا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

“Dan sebahagian dari orang-orang A’raab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka) ketahuilah, Sesungguhnya apa Yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke Dalam rahmatNya; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

an-Nu’man yang setia

Diceritakan bahwa an-Nu’man merupakan seorang sahabat Nabi saw. yang setia. Beliau menyertai semua peperangan bersama Nabi saw.. Meskipun Nabi saw. telah wafat, an-Nu’man tetap berdiri utuh bersama bani Muzainah di belakang Abu Bakr ra. untuk sama-sama memerangi golongan murtad. 

an-Nu’man dan Kisra 1 Yazdaruj

Sewaktu era pemerintahan Umar al-Khattab ra., an-Nu’man memainkan peranan penting dalam pembukaan Parsi. Ia bermula apabila Saidina Umar menugaskan an-Nu’man untuk mengetuai rombongan untuk berdakwah kepada sang Kisra, Yazdaruj.

Berkata an-Nu’man kepada Yazdaruj;

“Allah swt. telah merahmati kami dengan mengutuskan kepada kami seorang Rasul. Baginda telah menunjuk danmemerintahkan kami melakukan kebaikan. Baginda juga mengajar kami mengenali kejahatan dan melarangnya.

Baginda juga telah berjanji kepada kami, jika kami menerima seruannya, Allah swt. akan memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat kepada kami.

Dalam masa sekejao sahaja, Allah swt. telah menukarkan kesempitan kami menjadi luas, kehinaan menjadi mulia, permusuhan menjadi persaudaraan dan kasih sayang.

Baginda memerintahkan kami supaya mengajak manusia kepada agama yang membawa kebaikan kepada mereka. Dan agar kami memulakannya dengan mereka yang berdekatan.

Oleh itu, kami mengajak kamu masuk ke dalam agam kami. Ia sebuah agama yang menghukum baik kesemua perkara baik dan menggalakkannya. Ia juga menghukum buruk kesemua perkara buruk dan menegahnya..

Agama ini mengeluarkan penganutnya dari kegelapan dan kezaliman kufur kepada cahaya dan keadilan iman.

Jika kamu menerima seruan kami kepada Islam, kami akan tinggalkan kitab Allah kepada kamu. Kemuaidna kami tugaskan kamu melaksanakannya dengan kamu berhukum dengan hukum-hakamnya. Setelah itu, kami pulang meninggalkan kamu dengan urusan kamu.

Jika kamu enggan memeluk Islam, kami akan mengambil jizyah daripada kamu dan melindungi kamu. Jika kamu enggan membayar jizyah, maka kami akan memerangi kamu”

Mendengar kata-kata an-Nu’man, latas Yazdaruj terus menengking-nengking marah yang menyala-nyala. Lantas beliau membalas di akhirnya untuk menghantar Rustum, panglimanya untuk menguburkan kaum Muslimin di parit al-Qaddisiyah.

Panglima Islam di Nahawand, menentang Parsi

Peperangan Qaddisiyah benar-benar tercetus, yang akhirnya dimenangi kaum Muslimin. Yazdaruj yang angkuh mengatakan parit al-Qaddisisyah akan dipenuhi kaum Muslimin ternyata salah, Allah swt. memihak kepada kaum yang beriman, dan membenam tentera Kisra di parit mereka sendiri.

Negara Parsi berang akan berita Qaddisiyah, lantas mereka mempersiapkan 150 ribu tentera untuk berhadapan dengan kaum Musimin di Nahawand. Umar al-Khattab akhirnya melantik an-Nu’man sebagai panglima. Berkata Umar tentang an-Nu’man;

Demi Allah ! Saya akan lantik untuk menerajui tentera Islam, seorang lelaki yang lebih tangkas daripada mata tombak apabila dua pasukan tentera bertembung. Beliau ialah an-Nu’man bin Muqarrin al-Muzani.

Pasukan an-Nu’man lantas menuju untuk menghadapi musuh. Apabila menghampiri Nahawand, kuda-kuda mereka berhenti tanpa disuruh. Setelah diperiksa, rupa-rupanya tentera Parsi telah menanam duri-duri besi sepanjang perjalanan ke Nahawand. Tetapi itu lansung tidak mematahkan gelora jihad kaum Muslimin. Mereka terus membersihkan duri-duri besi dan dan terus mara memerangi kaum Musyrik, Parsi.

Berkata an-Nu’man;

“Saya akan bertakbir sebanyak tiga kali. Apabila saya bertakbir kali pertama, sesiapa yang belum bersedia hendaklah bersedia. Apabila saya bertakbir kali kedua, setiap kamu hendaklah memgang senjata masing-masing. Kemudian apabila saya bertakbir kali ketiga, saya akan menyerang musuh Allah. Maka kamu semua menyeranglah bersama-sama saya”

Akhirnya, benteng Parsi robek musnah. Kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin, yang ditandai dengan nama “Fathu al-Futuh” iaitu ketua segala pembukaan. Dan an-Nu’man menerima kemenangan yang lebih besar, beliau syahid tatkala mara mengalahkan musuh-musuh Allah.

Semoga Allah merahmati an-Nu’man bin Muqarrin al-Muzani

Sumber – Shuwar Min Hayatus Shohabah, Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha, Terjemahan Pustaka Salam Mac 2006

Notes:

  1. Kisra adalah gelaran untuk raja Parsi, sedangkan Kaisar untuk raja Rom

Leave a Comment