
Ahlan wasahlan fii dakwah.info
”Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.” (At-Taubah 9: 111)
Di akhir Risalah (بين الأمس واليوم) Imam Al-Banna berkata:Wahai Ikhwan! Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang terbatas. Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.
- Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Rabbaniyyah: Kerana asasnya itu berlegar di sekitar objektif kita yang membawa manusia mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Berusaha menghubung dan mengikat hati-hati mereka dengan pencipta mereka iaitu Allah s.w.t. supaya mereka ikhlas semata-mata untuk ugama dan dakwah mereka. Mereka hendaklah membetulkan niat supaya ikhlas beramal kerana Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.
- Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada Islam yang Maha Agung dengan kesyumulan, kesempurnaan dan kelengkapannya. Allah s.w.t. berfirman:
- Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Alamiyyah: Dakwah ini ditujukan kepada seluruh manusia kerana manusia pada hokum Islam adalah bersaudara. Asal usul mereka dari satu (Adam).
- Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Syumul: Dakwah ini tidak hanya mementingkan sudut tertentu dan mengabaikan sudut kehidupan yang lain. Ia tidak terbatas pada kerja-kerja politik dan pertembungan dengan parti serta sibuk dengan pilihanraya, sekalipun politik adalah sebahagian dari kerja kita. Sama halnya kita tidak boleh membataskan kerja-kerja kita pada sudut kemasyarakatan, kecemasan dan terlibat sama dalam aktiviti masyarakat, sekalipun kerja-kerja kebajikan tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab kita.
- Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Tarbiyah dan Takwin: Kerana tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan; kedua-duanya adalah tiang (pasak) bagi dakwah ini. Ia juga perbezaan terpenting yang membedakannya dari dakwah-dakwah lain. Melalui Manhaj Tarbawinya dakwah ini mampu digerakkan melalui soff yang mantap. Ini hasil terpenting tarbiyah (hasilkan individu muslim), sebabnya ialah kerana individu itu teras kepada kebangkitan ummah. Imam Al-Banna sentiasa ingatkan kita:
- Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Ikhlas dan Tajarrud: Dakwah ini mentarbiyah pengikutnya dan matlamat dari amal dan ucapan mereka tidak lain melainkan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan pahala dari sisi-Nya. Tidak ada nawaitu selain itu. Di sini bukan tempat untuk memperolehi kekayaan atau kemasyhuran atau pangkat dan gelaran. Justeru Ikhlas adalah satu rukun dari rukun-rukun Bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa mengungkapkan kepada ikhwan kata-kata ini: (إن الخفي على هذه الطريق خير من الظاهر)
Redaksi dakwah.info
- Editor: Muhammad Firdaus Shah bin Ismail, Harith bin Amaran, Tuan Taufik bin Tuan Hussin
- E-mail: admin at dakwah dot info
Visi Kami
Visi Kami buat dakwah.info adalah menjadikannya sebagai sebuah portal Islam terdepan yang bermanfaat bagi umat, bangsa dan peradaban.
Misi Dakwah.info
- Memberikan informasi yang benar tentang kejadian dan peristiwa umat.
- Memberikan muatan tsaqafah islamiyah kepada umat Islam agar mampu menghadapi permasalahan sehari-hari.
- Mendampingi sebagian permasalahan umat agar mendapatkan solusi yang tepat sesuai dengan syariat Islam.
- Menyajikan informasi ilmiah dan pemikiran yang dihadapi umat Islam dari masa ke masa.
- Menyajikan pengalaman yang bermanfaat bagi umat Islam di penjuru dunia dari generasi ke generasi.
Menyumbang ke dakwah.info
Demi kemajuan dakwah, informasi Islam, tatsqif dan ta’lim di dunia maya ini, kami nantikan penyertaan umat Islam di mana pun untuk berinfaq pada projek ini. Semoga Allah memberikan balasan yang berlipat di yaumil jazaa’ wa jazaakumullaahu khairal jazaa. Berikut adalah daftar paypal dakwah.info seperti di sebelah.
Penutup
Semoga kehadiran dakwah.info dapat menambah dan meningkatkan pemahaman Islam. Dakwah.info tetap menjadi penyejuk di kala dahaga, menjadi harapan di kala gundah dan menjadi obor di kala gelap. Semoga isinya bagaikan air yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Menjadi sumber kehidupan bagi hati yang hampir mati sebelum ajal menjelang. Bersama dakwah.info kita melangkah menuju cahaya Islam yang menerangi kehidupan.
Kepada para pembaca, kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya, semoga ikatan ukhuwah kita senantiasa dieratkan Allah Taala. Kritik dan saran demi kemajuan website ini senantiasa kami nantikan.
Bagi para pembaca, kami persilakan mengambil dan menyebarkan artikel yang dimuat di website ini dengan syarat menyertakan URL kami dan nama penulisnya, serta bukan untuk tujuan komersial, atau memuat banner link dakwah.info atau memasukkan RSS artikel dakwah.info di website atau blog.
Kepada para penulis dan kontributor, kami ucapkan, “Jazaakumullaah khairan atas segala kontribusinya dan semoga Allah memberikan pahala yang berlipat di yaumil akhir.”
